Aku mengeliat meregangkan seluruh otot tubuh aku yang sudah sedar daripada tidur itu. Aku lihat ke arah tingkap yang membenarkan cahaya matahari masuk ke dalam ruangan bilik. Bilik Rayden kelihatan lebih cerah. Aku lihat keseluruhan bilik itu.
Satu tempat yang ada di dalam bilik itu menarik perhatian aku. Iaitu, bilik mandi. Gegendang telingaku menangkap bunyi air yang ditutup dari dalam bilik mandi itu menandakan ada seseorang yang sudah selesai mandi.
Takkanlah tu Rayden. Aduh, memang lah tu Rayden sebab ni kan bilik dia. Mestilah lepas bangun daripada tidur dia akan masuk bilik sendiri.
Macam mana ni. Takkan aku nak hadap muka dia pagi-pagi macam ni. Lepas kejadian malam tu buatkan aku rasa macam nak larikan diri daripada Rayden sejauh-jauh mungkin. Kalau boleh aku nak duduk kemurungan di penjuru dunia ni.
Ehh, merepek.
Lebih baik aku kurungkan diri aku dalam selimut ni dan pura-pura tidur.
Aku menyelimuti keseluruhan diriku di dalam selimut. Tidak lama kemudian, aku menangkap bunyi pintu bilik mandi tersebut dibuka. Itu tandanya Rayden sudah keluar daripada bilik mandi.
Degupan jantung aku semakin terasa laju. Pipiku membahang panas merasa malu apabila fikiranku melayang memikirkan situasi malam tadi. Membuatkan aku rasa macam nak tercabut je jantung ni. Lepastu sedekah dekat orang yang sakit jantung.
Okey, merepek lagi.
Tiba-tiba, tilam yang menempatkan aku sedang berbaring itu terasa bergerak. Aku rasakan Rayden sedang mendekati aku dan aku dapat rasakan Rayden berada di atas aku. Badan aku terasa menggeletar sebab rasa takut.
Aku tak nak kena cabul. Aku tak nak kena cabul. Tolonglah, aku tak nak kena cabul!
Tiba-tiba, selimut aku ditarik ke bawah menampakkan wajah aku dan pandangan aku terus bertembung dengan anak mata Rayden. Rayden cuma hanya mengenakan tuala yang melilit bahagian pinggangnya dan tidak mengenakan sebarang pakaian untuk menutup kawasan dada tegapnya itu.
Ketika itu, jarak wajah aku dengan Rayden amat dekat. Ibarat cuma sejauh 5cm sahaja jarak yang memisahkan kami.
Aku dapat rasakan hembusan nafas hangat Rayden menerpa seluruh wajah aku.
Jantung aku semakin berdegup laju dan bibir aku terkunci rapat tidak mahu bersuara. Otak aku juga sukar untuk berfikir sekarang ni. Tidak tahu nak buat apa.
Dengan pantasnya, Rayden menahan kedua-dua belah tangan aku. Tangan aku ditekannya pada katil menguatkan lagi cengkamannya supaya aku tidak dapat bergerak.
"TAK NAK! FUCK YOU!"
Aku bangun daripada tidur. Peluh mengalir daripada dahiku. Dada aku terasa laju berdegup dan nafas aku terasa laju.
Huhhh, selamat....mimpi je rupanya. Asal aku mimpi benda macam tu hah? Gila lah seram.
"Kau dah kenapa meroyan awal pagi? Gila?"
Suara garau itu menarik perhatian aku. Aku lihat Rayden yang sudah berpakaian itu berdiri di depan almari. Darah mulai menyirap naik pada seluruh wajahku. Aku rasakan pipi aku merah dan panas mengenangkan mimpiku itu tadi. Tambahan pula dengan adegan malam tadi.
Buatkan aku rasa macam nak amnesia sekarang ni juga. Tak pun minum clorox.
"Bodoh! Bodoh!" Sumpahku padanya.
Rayden semakin pelik memandang ke arah aku.
"Kau dah kenapa? Kena rasuk?"
"Eeee, kau..kau tu yang kena rasuk."
Rayden memandang aku pelik. Semakin berkerut dahi Rayden memandang ke arah aku.
"Kau tu yang kena rasuk. Yang kau menjerit-jerit kata tak nak lepastu menyumpah pula."
"Eee..erghh!" Getus aku geram.
Selimut aku letakkan atas kepala dan menutup wajah aku. Aku rasa malu sangat-sangat nak hadap muka mamat gila ni.
Why?!
Whyyyyyyyy?????!!!!!
Rasa nak jerit macam orang gila je!
"Kau kenapa tumbuk aku malam tadi? Mengigau gaduh dengan orang gila kah?" Tanya Rayden pada aku.
Kejap. Aku mengigau? Ehh, tapi yang tumbuk tu.. yaaa, aku tumbuk Rayden sebab dia cium aku malam tu.
Aku membuka selimut daripada terus menutup wajahku. Aku pandang wajah Rayden yang setia masih berada denganku di dalam bilik itu. Aku lihat dia sudah mengambil duduk di birai katil.
"Kau ada terjaga tak malam tadi?"
Wajah Rayden seakan-akan cuba untuk mengingatkan sesuatu.
"Ya...."
Pipi aku rasa panas. Ianya semakin panas! Arggh, takkan dia sengaja nak cium aku malam tu!
"..kau yang buat aku terjaga. Kau pergi tumbuk muka aku dah kenapa?"
"Kau yang cari pasal dengan aku."
"Masalahnya aku buat apa? Bengap."
"Kau..."
Aku senyap. Malu nak beritahu perkara sebenar.
"Asal senyap pula? Bagitau lah aku apa yang buatkan kau dengki sangat nak tumbuk aku malam tu?"
"Emmm, aku..aku mengigau. Aku mimpi ada orang nak rogol aku itu je."
Aku turun daripada katil dan berlari menuju ke arah bilik mandi. Sempat aku merampas tuala yang tersangkut pada penyangkut tuala.
OH MY GOD! THIS IS SO EMBARRASSING.
YOU ARE READING
B&W |THE PERFECT MATCH|
Action[⚠MATURE] COMPLETE✅ Black and White satu persamaan yang sangat padan. Semuanya berjalan dengan lancar apabila mereka berdua bersama. Namun, akibat pendedahan oleh lelaki yang bernama Zack mengenai kerja buruk mereka berdua membuatkan mereka berdua d...