Aku lihat sekali lagi pada jam dinding yang tersangkut pada dinding ruang tamu itu. Ianya sudah menunjukkan pukul 11 malam. Mata aku mulai terasa mengantuk menonton cerita pada televisyen.
Awal pula mata aku mengantuk hari ni. Mungkin, penat sangat cari pasal Nade kot. Walaupun duduk je dalam bilik kerja Rayyen, otak yang penat kena perah. Haih.. Nade..Nade.
Aku lihat ke arah Rayden yang berada di atas sofa yang menghadap televisyen itu sedang khusyuk menonton cerita yang disiarkan pada kaca televisyen. Langsung tidak berkelip mata lelaki itu menonton cerita.
Aku pula dah macam budak-budak yang kena tidur awal sebab mata aku semakin layu sekarang ni. Aku yang duduk pada sofa yang khas untuk diduduki seorang sahaja itu, cuba untuk mencari posisi yang selesa untuk tidur atas sofa itu.
Aku pusing kiri..tak selesa. Pusing kanan..pun tak selesa. Aku membaringkan badan aku menghadap siling ruang tamu. Tetap juga tak boleh.
"Hmm.." keluh aku seorang diri.
Aku lihat ke arah sofa yang diduduki oleh Rayden itu terdapat ruangan kosong di sebelahnya. Aku dengan selambanya, melangkah menuju ke arah sofa tersebut. Kepala sofa aku turunkan dan sofa itu menjadi seperti sebuah katil.
Aku dapat rasakan Rayden memerhati kelakuan aku itu. Namun, aku tidak mengendahkan pandangan lelaki itu. Yang penting sekarang ni adalah mata aku kena tidur.
Aku...kena tidur.
Aku membaringkan badan aku di atas sofa itu. Kepala aku dialaskan dengan kusyen sofa. Mata aku semakin layu dan akhirnya pandangan aku menjadi gelap.
♥♠♣◆
Aku terjaga daripada tidur. Tetapi, mata aku masih dalam keadaan yang tertutup. Sebab aku dapat rasakan yang waktu-waktu sebegini masih awal. Aku mengagak yang jam pada waktu ini menunjukkan pukul 2 pagi walaupun mata aku masih bertutup.
Aku dapat rasakan ada sesuatu yang bergerak pada kawasan leher aku. Aku yang masih dalam keadaan menutup mata itu, cuba untuk lena semula. Tetapi, aku tak selesa.
Kejap.. asal aku rasa macam hembusan angin menerpa pada leher aku?
Kuat sangat kah aircond yang dipasang? Tapi, angin yang menerpa leher aku itu terasa suam-suam panas. Takkan lah aircond tu pandai buat angin panas pula.
Akhirnya disebabkan aku rasa sangat rimas, aku membuka mata aku dan aku lihat wajah Rayden amat dekat pada leher aku. Lelaki itu seakan-akan ingin mencium kawasan leher aku.
'Hell ya!' Getus aku dalam hati.
Aku cuba untuk menolak kepala Rayden yang masih berada pada leher aku itu. Tetapi, sesuatu yang amat tak disangka-sangka berlaku pada diriku apabila Rayden tiba-tiba sahaja menarik wajah aku menghadap wajahnya dan..
Satu kucupan hangat melekat pada bibir aku. Mata aku terbuntang luas akibat menerima tindakan yang mengejut itu. Dapat aku rasakan Rayden semakin rakus mahu mengucup aku.
BUKK
Satu tumbukkan kuat tepat mengena pada pipi kanan Rayden. Aku mengambil nafas aku yang tersekat akibat ciuman daripada Rayden. Jantung aku terasa laju berdegup. Rasa macam lepas berlari pusing padang 1 km.
Rayden mengaduh sakit akibat menerima tumbukkan daripada aku.
"Ishh, kau gila kah?! Aku nak tidur pun tak dapat." Tengking Rayden pada aku.
"What? Kau kata kau tidur?! Kau mengigau kah apa ni gila!"
"Ishhh, bodoh! Aku nak tidur bodoh. Tak ada masa nak gaduh dengan kau." Marah Rayden pada aku.
Aku lihat Rayden kembali semula berbaring dan tidur membelakangi aku pula. Mamat ni layankan tidurnya sahaja seperti tak ada apa yang terjadi pun.
Aku memang dapat agaklah Rayden ni mengigau. Tapi, mengigau dia ni seram bodoh!
Dia...dia cium aku.
Aku sentuh bibir aku dan ingatan aku kembali mengingatkan situasi tadi.
Eeee, geli geli geli geli!
Kepalaku digeleng dengan laju menghilangkan adegan tadi daripada terus berlegar di mindaku. Bibir aku pula aku lap dengan hujung lengan baju tidur aku yang panjang itu.
Aku lihat keadaan ruang tamu yang agak gelap itu. Aku ingatkan aku dalam bilik tadi.
Aku lihat Rayden yang sudah kembali nyenyak dalam tidurnya.
Ergghhh, that is shit!
Aaaa! Bodoh! Aku rasa maruah aku dah calar!
Aku berlari ke arah tangga dan menaikinya dengan laju menuju ke arah bilik Rayden yang kosong tidak berpenghuni itu. Tak apa, malam ni aku akan tidur seorang diri dalam bilik ni. Aku lah yang akan conquer katil sebab mamat tak guna tu tidur dekat ruang tamu.
YOU ARE READING
B&W |THE PERFECT MATCH|
Acción[⚠MATURE] COMPLETE✅ Black and White satu persamaan yang sangat padan. Semuanya berjalan dengan lancar apabila mereka berdua bersama. Namun, akibat pendedahan oleh lelaki yang bernama Zack mengenai kerja buruk mereka berdua membuatkan mereka berdua d...