Selesai mandi, aku melilitkan tuala pada seluruh tubuh aku. Kaki melangkah keluar daripada bilik mandi terus menuju ke arah almari yang menempatkan semua pakaian aku.
"Hmmm, aku nak pakai apa eh?"
Aku lihat pada baju yang banyak bergantung itu. Ada baju long sleve, T-shirt, sport singlet dan banyak lagi jenis baju. Semuanya hasil duit Rayden yang aku kikis. Hahahha!
"Pakai ni lah."
Aku mengambil baju T-shirt berwarna putih itu bersama seluar pendek jeans. Aku letak kedua-kedua pakaianku itu di atas katil. Dalam masa yang sama, mata aku tertancap ke arah gerangan yang berdiri bersandar pada pintu bilik itu.
"Rayden! Apa kau buat dekat situ hah?" Jerit aku padanya.
"Tengok kau lah."
Aku memegang lilitan tuala pada tubuh badan aku. Aku rasa meremang dengan pandangan Rayden yang melekap pada aku yang masih tidak berpakaian itu.
"Bodoh! Pervert! Pergilah. Aku tak suka! Gatal!" Jerit aku padanya.
"Pakai je lah baju tu."
Aku menghadiahkan satu jelingan padanya.
"Takkan aku nak pakai baju dengan seluar dalam aku depan kau. Kau dah gila kah apa?"
"Aku pun nak tengok juga. Takkan Rayyen je yang boleh tengok."
Aku mengurut dahi aku mendengarkan kata-katanya. Mamat ni dah tak betul kah apa?
"Ishh, kau ni. Belum pernah dalam seumur hidup aku bogel depan Rayyen. Apatah lagi nak pakai baju depan adik kesayangan kau tu."
"I don't fucking care."
"Keluar!"
"Tak nak."
"Keluar daripada bilik aku!"
"Ini bilik aku, bukan kau. Aku ada hak untuk masuk bilik aku sesuka hati."
"Get out from here! Fucking dumb ass."
"Nnnnnno. Fullstop."
Rayden tetap juga berkeras tidak mahu meninggalkan bilik tersebut. Dia setia mahu berdiri di depan pintu tersebut. Aku mendengus geram. Malas aku nak layan orang gila macam dia tu.
Buang tenaga dan air liur aku je bertekak dengan orang yang tak faham bahasa. Nanti aku pakai bahasa latin lagilah orang gila tu tak faham.
BODOH.
Aku dengan selamba badaknya mengambil pakaian dalam aku daripada laci almari. Aku pakaikan terus pada badan aku dalam keadaan membelakangi Rayden.
Aku mengenakan pula baju yang menjadi pilihan aku tadi. Aku memulaukan Rayden yang masih setia bersandar pada pintu biliknya itu. Kakiku melangkah membuka laci almari pada bahagian paling bawah dan mengambil sikat rambut.
Rambut aku yang masih basah itu aku sikat di depan cermin. Tanpa aku sedari, Rayden sudah berdiri di belakang aku. Dengan beraninya dia mencium ubun-ubun kepalaku.
"You smells good baby." Kata Rayden dalam nada suara yang agak..rendah dan..aku rasa tak selesa dengar suara dia.
Rayden mendekatkan lagi badannya dengan badan aku. Aku rasa semakin janggal dan rasa tak selesa. Aku dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena dengan Rayden ni.
"Boleh tak kau jarakkan sikit badan kau daripada aku. Aku tak suka lah."
Aku bergerak ke depan sedikit membuat jarak antara kami berdua. Namun, Rayden berkeras kepala mahu juga mendekati aku. Dia memeluk pinggang aku erat membuatkan seluruh bulu romaku berdiri tegak.
YOU ARE READING
B&W |THE PERFECT MATCH|
Action[⚠MATURE] COMPLETE✅ Black and White satu persamaan yang sangat padan. Semuanya berjalan dengan lancar apabila mereka berdua bersama. Namun, akibat pendedahan oleh lelaki yang bernama Zack mengenai kerja buruk mereka berdua membuatkan mereka berdua d...