41 RAYDEN

587 20 0
                                    

Sesampainya di rumah, aku terus membawa Carolyn ke tingkat yang paling atas supaya dia tidak dijejaki oleh Zack. Sebab, aku pasti Zack sedang mengejar mereka dibelakang. Aku tahu Zack mahukan White Joker semula.

Rayyen pula membawa Nade turun ke bilik bawah tanah dimana ia bersebelahan dengan bilik kerja Rayyen. Namun, tiada sesiapa yang dapat mengetahui lokasi bilik tersebut kecuali aku dan Rayyen sahaja.

Alan juga sampai tepat pada masanya. Dalam perjalanan tadi, aku sempat memanggil Alan untuk bantu aku merawat Carolyn. Aku bukanlah tak tahu pasal perubatan, cuma aku tak pakar dalam perkara yang kritikal.

"Stay with me." Kata aku padanya supaya dia tidak pengsan.

Carolyn hanya mengangguk dan sedaya upaya menahan dirinya daripada pengsan.

Badan gadis itu yang semakin lemah aku letakkan di atas katil. Alan terus menyediakan kesemua alat yang dia perlukan untuk merawat Carolyn nanti.

Wajah Carolyn aku tatap dalam untuk memberikan dia semangat untuk bertahan.

"Aku..nnak kau ttengokkan Nade. Aku ttakut nnnanti.."

"Pleas don't force yourself. I don't care about her except you. Rayyen can handle her."

Carolyn tersengih. Alan melakukan tugasnya untuk mencabut semua peluru yang ada pada badan gadis itu. Sesekali Carolyn akan mendesis rasa sakit.

"Bbukan kah kau yang nakkan sangat White Joker. Jadi...jagalah dia."

Aku mengepal tangan aku menahan rasa sakit hati disindir olehnya.

"Aku suruh kau senyap kan!" Gertak aku padanya.

"Dude, boleh tak kau keluar dari sini? Aku tak boleh fokus lah dengar kau menjerit." Kata Alan pada aku.

Aku lihat wajah Carolyn yang kelihatan lemah itu. Dia sempat mengukir senyuman menyindir aku.

"Okey, kau jaga dan buat apa yang patut untuk rawat dia. Aku akan turun untuk tengok keadaan dekat tingkat bawah. Kalau dengar bunyi tembakkan, jangan sesekali keluar daripada bilik ni." Kataku padanya sebelum aku melangkah pergi daripada situ.

Pintu bilik itu aku kunci daripada dalam supaya tidak memudahkan orang lain untuk masuk ke dalam bilik tersebut. Kakiku menuruni anak tangga dengan laju.

Badan aku penuh dengan kesan darah daripada Carolyn tadi. Setibanya aku ditingkat bawah, aku ditembak tepat mengena pada bahagian bahu aku.

Badan aku jatuh melutut. Aku tahankan rasa sakit pada bahu aku kerana peluru itu tertanam pada bahu kiri aku. Hampir-hampir mengena pada jantung aku. Darah pekat mengalir banyak.

Aku lihat gerangan yang melangkah masuk ke dalam rumah aku. Dia tersenyum lebar dan ditangannya terdapat pistol.

"Hmmm, tak ada lah susah sangat nak cari rumah kau." Katanya pada aku.

Zack...

"Mana kau sorokkan buah hati aku?" Tanya Zack dengan muka yang sinis.

"Buah hati kau? Heh, dia milik aku dan Rayyen. Kau takkan boleh dapatkan dia!"
Lelaki itu melangkah mendekati aku sambil bermain dengan pistol ditangannya.

"Milik kau? Rayyen? Aku suka rampas hak milik orang. I like it." Katanya sinis pada aku.

"Bawa orang tua tu masuk!" Arahnya pada beberapa orang lelaki itu.

"Baik, bos. Masuk lah orang tua!"

Aku terkejut dengan mangsa yang berada di tangan Zack itu. Ianya Jericho. Jadi, dia ambil masa untuk culik Jericho. Ianya dah lari daripada rancangan Carolyn. Sepatutnya, mereka terus pulang ke pulau selepas sampai di rumah. Tapi, lain pula jadinya.

"Kau jangan risaukan tentang aku budak. Aku dapat selamatkan diri sendiri." Kata Jericho dalam kesakitan ditahan oleh orang-orang Zack.

Jericho tetap memberi kata-kata untuk mengenangkan aku yang berada dalam kerisauan. Walaupun, dia bukanlah ayah kandung aku, aku tetap anggap dia macam ayah sebenar aku.

"Kau jangan nak apa-apakan dia orang gila!" Jerit aku pada Zack.

"Hahaahaha, aku? Gila? Orang yang jadi hak milik kau tu yang gila! Aku tahu kau yang ambil Black Joker dan buah hati aku. Beritahu aku mana kau sorokkan dia?! Bengap!"

"Kau ingat aku akan beritahu kau kah? Gila." Sengih aku sinis ke arahnya.

"Okey."

BANG

"Argh! Fffuck."

Zack melepaskan satu lagi tembakkan pada bahu kanan aku. Tidak puas dengan itu, Zack masih mahu melepaskan tembakkan pada aku.

"Shit!"

Namun, sasaran tidak mengena pada aku. Tetapi, Ianya mengena pada bahagian perut Rayyen.

"Apahal kau naik?! Bodoh!" Sempat aku marah pada Rayyen.

"Hehh, aku nak selamatkan kau lah sial!"

"Kau ni..ish, bodohlah! Aku suruh kau duduk diam je kan!"

"Takkan aku nak biarkan kau mati! Bangang!"

"Kau tu yang bangang! Bodoh tak tentu pasal nak juga selamatkan aku."

Kami berdua sempat bertengkar antara satu sama.

"Korang berdua memang bodoh! Sama-sama bodoh. Kembar seiras lah kan. Tak ada bezanya kebodohan korang berdua. Hahahha!"

Aku dan Rayyen memandang tajam ke arah Zack. Aku paling pantang orang samakan aku dengan Rayyen. Aku gagahkan diri aku yang cedera itu mengambil pisau yang aku selitkan pada pinggang aku itu dan baling ke arah Zack.

Namun, lelaki itu sempat mengelak dan sasaran aku tidak mengena padanya. Ia tersasar pada sofa.

"Hehh, noob. Baling pun tersasar. Sekarang, beritahu aku mana kau sorokkan dia! Atau kau nak tengok adik dan ayah angkat kau ni mati?" Ugutnya pada aku.

"Tak payah. Aku dah bunuh pun kesayangan dia."

Suara seorang perempuan dari tingkat atas menarik perhatian kami. Ianya seorang gadis berkulit hitam dan badannya dipenuhi dengan darah. Alan ditahan oleh dua orang lelaki lalu Alan disepak jatuh menuruni anak tangga.

"Argh! Shit! Kaki aku...ergh.." aduh Alan sakit.

Aku dapat rasakan kaki Alan patah sebab boleh didengari tulangnya patah ketika disepak jatuh ke tangga.

"Good job my girl. Kau dah pastikan Black Joker memang betul-betul mati?" Tanya Zack dengan senyuman yang sinis dia lemparkan pada aku.

Aku rasa bahang panas semakin membara. Namun, ianya masih bergolak dengan perasaan yang sedih.

"Ofcourse. Ni jantung dia."

Gadis itu menunjukkan jantung itu pada kami semua. Dengan kejamnya dia membaling jantung itu pada wajah aku.

"Fuck you! Fucking demon!" Sumpah aku padanya.

Tiba-tiba, keadaan menjadi gelap-gelita. Siapa yang putuskan litar elektrik?

B&W |THE PERFECT MATCH|Where stories live. Discover now