Tembakkan aku lepaskan tepat mengena pada semua orang-orang Zack. Dalam keadaan gelap aku bergerak dengan pantas membunuh kesemua orang bawahan Zack. Aku dah muak dengan mereka semua!
Dengan rasa terujanya aku tidak boleh mengawal diri aku daripada ketawa yang kuat. Dalam keadaan gelap gelita itu sudah pasti amat seram dan penuh dengan rasa takut kalau mendengar suara orang ketawa.
"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!"
Tawa yang sambung menyambung tanpa henti itu menambahkan lagi rasa seram dalam gelap itu. Ianya bukan aku seoarang sahaja yang ketawa. Lampu serta-merta dibuka semula dan kawasan rumah agam itu kembali cerah.
"Hello guys! Miss me?"
Mereka semua tertumpu pada suara seorang gadis yang berdiri di tingkat atas itu. Badan gadis itu penuh dengan balutan dan kepalanya juga dibalut.
Aku pula mengambil duduk di salah sebuah sofa yang ada di situ. Tangan aku habis dilumuri dengan darah sebab aku bukanlah cuma menembak malah, bermain dengan pisau untuk membunuh mereka.
Tak sia-sia aku jumpa sebilah pisau yang melekat pada sofa tu.
"Kau! Kau masih hidup?!" Kata Zack pada gadis tersebut.
Zack menjadi keliru dengan situasi yang menimpa dirinya. Dia dapat lihat White dan Black Joker menguasai kawasan rumah tersebut.
"Aku tak pernah mati, Zack. Kau dan minah bodoh ni.."
Carolyn menunjukkan kepala seorang gadis yang ada pada tangannya itu ke arah kami semua. Aku pula hanya duduk diam di tempat aku yang berada di tingkat bawah bersama Zack dan yang lain. Aku tak kenal dua orang lagi lelaki yang aku rasa kembar itu kecuali Jericho sahaja.
"..sama-sama bodoh. Hahahha! Nak bodohkan orang lain konon. Diri sendiri tu bodoh tak nampak pula!" Sindir Carolyn pada Zack.
Kepala gadis itu disepak oleh Carolyn seperti menyepak bola sepak. Kepala itu tepat berhenti pada aku. Aku dengan muka selambanya menyepak kepala itu pada dua orang lelaki yang aku tak kenal itu. Mereka geli memandang kepala itu berhenti tepat di depan mata.
"Kau tahu tak? Jantung yang minah tu ambil..bukannya jantung aku. Tapi, ianya jantung artifisial yang aku curi dan aku masukkan ke dalam satu pek besar yang dipenuhi dengan darah dan daging. Kau nak tahu macam mana aku elak daripada kena bunuh dengan minah bodoh tu?"
Mereka semua senyap tidak menjawab.
"Okeylah, aku ceritakan ajelah. Letih lah tunggu korang jawab. Aku gantikan tempat aku dengan patung dan pek yang berisi jantung itu dan aku tanam dalam patung tu. Aku boleh agak tindakan kau Zack...Zack. Dalam masa Alan, sedang leka di tandas mencuci kotoran darah pada sarung tangan dia, masa itu lah peluang aku menyorok dibawah katil dan gantikan diri aku dengan patung itu lah. Hahahaahah! Dengan bodohnya orang-orang kau tak periksa dulu isinya dan terus bunuh patung yang tak bersalah tu."
Aku lihat ke arah Zack yang kelihatan risau itu. Namun, dia sorokkannya dengan senyuman yang sinis.
Zack ketawa tidak henti-henti macam orang gila.
"Hehh, nampaknya kau dah sedar ye wahai sayangku." Katanya pada aku.
Aku tidak menjawab. Aku mengambil pistol dan aku melepaskan tembakkan tepat pada bahagian perut dan kedua-dua belah lututnya.
Mereka yang lain yang tidak pernah lihat aku secara dekat itu kaku melihat tindakan aku kecuali Carolyn sahaja yang beriak biasa. Carolyn turun daripada tingkat atas dalam keadaanya yang masih cedera itu.
Namun, dia gagahkan dirinya untuk berjalan.
"Macam mana? Dah Okey?" Tanya dia pada aku.
Aku hanya menunjukkan isyarat ibu jariku tanda 'okey' pada nya. Aku tak banyak cakap di depan orang ramai sebab itu memang aku sebagai White Joker.
"Hahahahah!"
Zack ketawa buat kali kedua. Dah gila lah tu. Boleh kena penjara sekarang juga.
"Jadi, sekarang kau nak bunuh aku lah?"
Carolyn hanya tersenyum lebar.
"Cadangan yang bagus. Tapi, aku tak bunuh secara terus. Aku kena bunuh kau secara perlahan. Sebelum tu..."
BANG
Aku terkejut melihat Carolyn menembak Jericho tepat pada bahagian jantung. Namun, aku tidak mempersoalkannya dan kekalkan riak wajah aku bersahaja.
"What?! What are you doing?!" Jerit lelaki bermata kelabu itu kearah Carolyn.
"What am I doing? I'm shooting, lol."
"Kau bunuh Jericho!"
"So What? Jericho je pun. Kau ingat aku tak berani kah nak bunuh korang berdua juga?"
Aku hanya diam di tempat aku duduk memerhati mereka berperang mulut itu. Aku perasan yang salah seorang di antara mereka berdua asyik memerhati aku sejak tadi. Namun, aku biarkan sahaja. Malas mahu melayan.
"Memang patut aku tak percayakan kau sejak dulu lagi!"
"Adakah aku yang paksa kau percayakan aku? Tak ada kan? Nade, bawa mereka bertiga dengan kau. Kita pergi gudang." Arah Carolyn pada aku.
Aku hanya diam mengikut arahannya. Carolyn pula membawa Zack bersamanya. Aku pula dibiarkan mengangkut tiga orang lelaki yang aku langsung tak kenal itu.
Aku mengacukan pistol ke arah dua orang lelaki itu. Seorang daripada mereka cedera pada kedua-dua bahagian bahu dan seorang lagi cedera pada bahagian perut. Jadi, masih boleh jalan lah tu.
Seorang lagi yang berada di anak tangga itu patah kaki. Terpaksalah aku heret dia.
"Kau nak bawa kitorang ke mana? Bodoh!" Tengking lelaki itu pada aku.
Aku hanya pandangnya dengan pandangan yang tajam. Aku membuat isyarat untuk angkat dan ekori aku sehingga ke kereta. Namun, salah seorang daripada mereka keras kepala tidak mahu mengikut arahan aku.
"Kau bisu kah?! Jawab lah soalan aku."
"Kau kalau nak selamat. Ikut apa yang aku cakap. Aku tak ada masa nak gaduh dengan kau."
"Bodoh!" Sumpahnya apda aku.
Aku hilang sabar lalu memukul bahagian kepalanya dengan pistol yang ada ditangan aku itu. Lelaki itu pengsan tidak sedarkan diri. Mereka yang lain kaku melihat tindakan aku.
"Jangan cederakan abang aku! Sial!" Tengking seorang lagi lelaki pada aku.
Aku lihat perutnya semakin banyak mengalirkan darah. Aku mengoyakkan separuh daripada baju yang aku pakai. Aku ikatkan helaian yang aku koyakkan itu pada perutnya yang cedera itu supaya darah tidak mengalir semakin laju. Aku takut risiko dia untuk kehilangan darah ataupun pengsan ataupun mati disebabkan perutnya cedera.
Mana lah tahu, Carolyn ada rancangan nak bunuh diorang pula.
"Ikut, aku kalau nak selamat." Kataku buat kaki terakhir pada mereka berdua.
YOU ARE READING
B&W |THE PERFECT MATCH|
Action[⚠MATURE] COMPLETE✅ Black and White satu persamaan yang sangat padan. Semuanya berjalan dengan lancar apabila mereka berdua bersama. Namun, akibat pendedahan oleh lelaki yang bernama Zack mengenai kerja buruk mereka berdua membuatkan mereka berdua d...