Malam itu, aku dan Nade sudah bersedia untuk membunuh sasaran. Sejak akhir-akhir ni memang sukar juga untuk bunuh Zack. Tiada siapa pun yang upah kitorang untuk bunuh mamat tu. Tapi, ianya atas kehendak aku dan Nade sendiri. Disebabkan mamat tak guna itu lah Black dan White Joker diketahui orang ramai.
Sebelum ini, mana ada nama itu sentiasa disebut oleh orang sekeliling. Apatah lagi masuk media massa. Dalam masa yang sama, Zack salah seorang musuh yang nak bunuh aku dan Nade.
Kereta dipandu memasuki kawasan tempat parkir kereta. Aku parkirkan kereta ditempat yang agak tersorok daripada pandangan orang ramai supaya ia memudahkan kerja Kami berdua.
Jam tepat menunjukkan pukul 11 malam. Ianya adalah waktu-waktu yang amat mudah untuk merrka berdua buat kerja. Terutamanya, bagi Nade yang suka buat kerja waktu malam.
"Walla! Lama dah kau bercuti kan. Hari ni kau dapat habuan wahai buchuk..buchuk.."
Aku pandang ke arah Nade yang berkelakuan pelik disebelahku itu. Minah ni tahap tak waras memang level 100 siap cium dan membelai-belai senjata dia tu.
"Dah siap mandikan kau punya Sniper Rifle tu?" Sindirku pada Nade.
"Ha'ah, dah habis mandi dah sahabat aku ni. Ready nak makan habuan je lagi."
Nade memasukkan peluru ke dalam senjata miliknya. Dia mengacukan senjata miliknya itu ke depan.
"Wei! Kau nak hancurkan kereta aku kah apa?"
"Agak-agaklah aku nak hancurkan kau punya kereta. Balik nanti takkan lah nak jalan kaki?"
"Mana lah tahu kau ni terlebih mabuk. Itulah penyebab kau makin bebal."
"Hurmm..suka hati aku lah. Asalkan stress aku hilang."
Nade memeriksa kesemua bahagian senjata Sniper Rifle miliknya itu.
Aku? Aku tak perlukan senjata api untuk bunuh musuh. Sebab, aku lebih suka kerja jarak dekat. Apa yang aku perlukan cuma, pisau.
Kerja aku tidak sesenang Nade yang suka buat kerja jarak jauh. Aku lebih suka mangsa pandang wajah aku yang cantik ni sebelum malaikat maut datang menjemput.
Aku menyisipkan pisau lipat pada tali pinggangku. Nade pula sudah bersedia dengan senjata kesayangannya itu.
"Are you ready my dear?" Tanyaku pada Nade dengan nada yang amat gembira.
"Ofcourse."
Kami berdua keluar daripada kereta milikku. Nade mengambil jalan untuk ke bangunan yang berada di seberang jalan. Bangunan itu merupakan bangunan yang berhadapan dengan syarikat tempat Zack bekerja. Aku pula terus menuju masuk ke dalam bangunan tempat mangsa bekerja.
Aku takkan lepaskan kau Zack. Kau cari nahas dengan aku dan kawan aku. Kau cari jalan maut.
Kakiku melangkah masuk ke dalam lif dan menekan pada butang tingkat 5. Dimana kawasan itu merupakan pejabat Zack. Aku mengukirkan senyum lebar seakan-akan senyuman syaitan yang ingin membaham mangsa.
Banyak benda yang berlegar pada fikiran aku.
Apa yang aku fikirkan?
Hehe, aku nak kerat satu per satu bahagian tubuh badan Zack. Melapah daging mangsa. Membelah jantungnya dan BANYAK LAGI. Aku suka menyeksa. Seksaan adalah penderitaan yang disukai olehku.
TING
Pintu lif terbuka luas dan pandanganku tepat pada sebuah bilik yang bertanda huruf Z yang sudah pastinya itu adalah pejabat Zack. Aku berjalan dengan lagak biasa mendekati pejabat tersebut yang masih lagi bercahaya pada waktu sebegini.
Bersungguh-sungguh kau bekerja Zack. Tak apa, kau takkan boleh lari dari aku.
Aku pandang satu figura yang sedang berjalan masuk ke dalam pantri di dalam pejabat tersebut. Aku melangkah masuk ke dalam pejabat tersebut.
Tidak lama kemudian..
PRANG
Aku terdengar suara barang dapur jatuh ke atas lantai. Aku mulai pelik. Takkan mamat tu dah tahu yang aku datang untuk bunuh dia? Ah, tak apalah kalau dia tahu. Asal aku bahagia dapat bunuh kau, Zack.
Aku membuka pintu pantri dan terlihat susuk tubuh seorang lelaki terkaku baring di atas lantai. Kepalanya dipenuhi dengan darah.
"Woi! Asal kau tembak awal sangat?" Kataku pada Nade melalui earpod yang menghubungkan talian Kami berdua.
"Masalahnya, sekarang ni. Kau kena pergi dari situ."
"Apa hal pula?"
"Kedudukan aku diketahui oleh Zack."
"Habistu yang kau pergi bunuh awal sangat asal?"
"Kau tengok dulu siapa yang aku tembak tu."
Aku mengangkat kepala mati yang berlumuran darah itu dan memusingkan kepalanya menghadapku. Aku terkejut.
It's not him.
Aku meluru keluar daripada pantri dan menuju keluar daripada pejabat tersebut. Aku gunakan laluan tangga supaya ia memudahkan aku untuk melarikan diri.
"Dekat mana kedudukan Zack?!"
Sunyi...
Aku pelik. Kenapa tak ada sahutan.
"Nade! Wei jawablah!"
Sunyi. Tiada sahutan daripada Nade.
"Bullshit!"
Hatiku mulai diundang rasa yang tidak menyenangkan. Aku dapat rasa yang Nade ditangkap oleh Zack.
Tiba-tiba, gegendang telingaku menangkap bunyi derapan tapak kaki berlari dari tingkat atas. Bunyinya boleh dikesan dengan bilangan yang agak ramai.
Polis?
Mamat tu main kotor ya. Lapor polis? Hebat.
Aku sempat berkata-kata dalam hati yang semakin gusar itu. Aku tak suka kalau ada rasa macam ni kalau Nade sudah tertangkap. Ish..
Aku mengambil jalan pintas untuk turun daripada tingkap. Nasib baik aku ada bawa tali dan pencangkuk. Aku sangkutkan pencangkuk pada tingkap lalu aku turun dengan kadar laju yang sederhana laju daripada tingkat 3.
Kakiku menjejak tanah dan mengorak langkah untuk melarikan diri. Namun..
ZUPP
Malang menimpa diriku apabila bahuku ditembak dari depan. Aku menahan rasa sakit yang semakin menyengat.
"Urghh, fuck that shit!"
Aku cuba mencari jalan untuk menyorok. Tetapi, sekali lagi sebutir peluru menjunam masuk tepat pada kakiku.
Fuck!
Tidak lama kemudian, aku dikelilingi oleh pasukan SWAT. Huhh, bukan calang-calang anggota yang kau bawa ya, Zack.
Akhirnya, aku jatuh tersungkur ditangan polis.
![](https://img.wattpad.com/cover/207588617-288-k600532.jpg)
YOU ARE READING
B&W |THE PERFECT MATCH|
Aksi[⚠MATURE] COMPLETE✅ Black and White satu persamaan yang sangat padan. Semuanya berjalan dengan lancar apabila mereka berdua bersama. Namun, akibat pendedahan oleh lelaki yang bernama Zack mengenai kerja buruk mereka berdua membuatkan mereka berdua d...