44 W.J.

583 19 0
                                    

Aku duduk di atas kerusi sambil memerhati Carolyn yang buat kerja. Gudang bergema dengan bunyi jeritan kesakitan daripada Zack. Darah memercik di sana sini.

Carolyn selesai mengerat jari-jemari Zack. Kini dia mengambil pula sebilah pisau kecil lalu menghiris kulit Zack. Zack tidak mampu berbuat apa-apa melainkan melihat dirinya diseksa teruk oleh Carolyn.

"It's disgusting." Kata salah seorang daripada lelaki itu.

Aku lihat ke arah mereka bertiga. Masing-masing dah pucat mukanya akibat kekurangan darah di dalam badan. Aku hanya berpeluk tubuh duduk diam di tempat aku.

Aku lihat Carolyn tersenyum dan ketawa macam orang gila kerana puas menyeksa Zack. Aku lihat gadis itu menekan bahagian perutnya setiap kali melakukan kerja mahu menyeksa Zack. Aku risau juga tengok keadaannya yang ditembak oleh Liame itu.

Tapi, nak buat macam mana? Aku pula yang kena bunuh nanti kalau aku kacau dia buat kerja. Jadi, aku biarkan sahaja lah dia buat kerja dia dulu. Habis buat kerja nanti aku tolonglah rawat dia.

"Kkkau nnnak bunuh kitorang kah?"

Aku pandang ke arah lelaki yang cedera pada bahagian perut itu. Pandangan matanya menusuk dalam ke dalam anak mata aku. Aku membalas tenungan matanya.

Caranya bercakap dengan aku kelihatan sangat lemah. Nafasnya juga tidak teratur akibat menahan rasa sakit pada bahagian perutnya.

"Entahlah. Tengoklah kalau minah gila tu nak simpan ataupun bunuh korang." Kata aku padanya sambil menunjuk ke arah Carolyn yang masih leka dengan kerjanya itu.

Aku kagum melihat dia menyeksa Zack dalam keadaan lelaki itu masih hidup.

"Asal kau tak bunuh je kitorang terus?"

Aku lihat lelaki yang aku pengsankan tadi sudah sedar daripada pengsannya. Kedua-dua belah bahunya cedera dan mukanya sangat pucat.

"Oh, dah sedar kau rupanya."

"Answer me."

Dia tetap berkeras mahu aku menjawab soalannya tadi.

"Kau nak aku bunuh kau kah?"

Aku mengacukan pistol ke arahnya. Namun, lelaki yang cedera pada bahagian perut itu menghalang diri lelaki itu dengan badannya.

"Bunuh je aku. Tapiii...jjjangan bunuh abang aku." Katanya pada aku.

Aku menarik picu dan..

PLAK

Tiada sebarang tembakan pun yang berlaku. Sebab, aku kosongkan pistol aku.

"Hahahahah! No! Aku takkan bunuh kau sebab kau bukan urusan aku. Tapi, urusan kau dengan minah sana tu." Kata aku padanya sinis.

Aku meletakkan kembali pistol itu di meja yang bersebelahan dengan aku.

"Kau masih boleh bertahan?"
"Boleh lagi."

"Baguslah, jangan pengsan. Aku yakin kita boleh larikan diri daripada mereka yang gila ni."

Aku hanya membuka telinga sahaja mendengar mereka bertiga bercakap dengan antara satu sama lain.

"Nade!" Panggil Carolyn ke arah aku dari jauh.

"Apa?"

"Tolong ambilkan sesuatu dalam kereta aku. Kau tahu kan?"

"Okey."

Aku angkat dari duduk aku. Sempat aku memandang ke arah tiga orang lelaki yang berada di bawah jagaan aku itu. Mereka bertiga membalas pandangan aku. Aku ambil pistol bersama aku. Takut nanti mereka gunakan untuk ganggu kerja minah tu pula.

Aku berjalan keluar daripada gudang dan meninggalkan mereka bertiga bersendirian di situ. Aku yakin mereka tak boleh larikan diri kecuali dua orang adik beradik tu tadi. Kaki mereka tak cedera.

Lainlah seorang lelaki itu cedera teruk pada bahagian kakinya akibat patah. Aku Malas mahu memikirkan perkara tersebut.

Aku membuka pintu kereta Carolyn dan aku masuk ke dalamnya. Aku mencari barang yang diingini oleh gadis itu.

Aku sedaya upaya cari. Namun, apa yang aku dapat cuma kosong. Aku cari untuk kali kedua.

Di tempat laci kereta aku selongkar.

Di bahagian badan kereta aku cari juga.

Tetap juga aku tak jumpa. Aku melangkah keluar semula daripada kereta. Aku kunci semula kereta dan masuk ke dalam gudang semula.

Namun, ketika dalam perjalanan ke gudang, aku ada nampak satu kelibat yang aneh menyelinap masuk dari arah belakang. Aku mempercepatkan langkah kaki aku untuk masuk ke dalam gudang.

B&W |THE PERFECT MATCH|Where stories live. Discover now