Carolyn mengambil tempat duduk berhadapan dengan aku. Kami berdua memesan makanan kepada pelayan. Setiap kali jumpa mesti aku dengan minah ni pilih kafe. Tempat yang paling seronok nak lepak lah, kafe. Berbual sambil makan. Kan, bahagia tu.
"Kau datang seorang je?"
"Ye lah. Takkan aku nak bawa dua orang manusia tu. Ganggu je."
"Mana lah tahu. Siapa yang hantar kau pergi sini?"
"Aku jalan kaki lah. Bukannya jauh mana pun kafe ni daripada kawasan perumahan. Limpas bus stop, dah jumpa kafe ni depan mata."
"Ohhh. Kenapa kau nak jumpa aku ni?"
"Nak jumpa kawan sendiri pun tak dapat kah?"
"Hmmm, memang tak salah. Masalahnya kau jumpa aku ni mesti ada benda yang kau nak, kan?"
Aku tenung muka gadis yang berada di depan mata aku itu. Dia hanya mengukirkan sengihan sahaja.
"Yelah, mestilah ada. Kau je yang aku ada."
Tidak lama kemudian, makanan sampai di meja mereka berdua. Pelayan berlalu pergi dan kami berdua menyambung semula perbualan yang tergendala tadi.
"Aku nak bincang dengan kau pasal Nade ni."
Kami berdua menjamah makanan yang sudah dipesan sambil bercakap.
"Ohh, minah tu. Kenapa?"
"Kau dah tau tak yang Nade dah bebas?"
Mata aku terbeliak memandang ke arahnya. Biar betul minah tu dah terlepas?
"Asal aku tak dapat berita pun yang Nade dah bebas? Tak keluar TV pun pasal kebebasan dia?"
"Itu lah aku nak beritahu sekarang ni. Kau tak rasa pelik kah? Macam mana dia boleh keluar daripada situ?"
"Hmmm, tak ada lah nak cakap pelik. Nade pun apa kurangnya kalau bab-bab nak bebaskan diri daripada penjara ni. Kalau kau boleh buat, tipulah kalau dia tak boleh buat."
Aku pandang ke arah wajah Carolyn yang sedang khusyuk melahap makanan itu. Minah ni setiap kali jumpa aku, memang lapar eh? Takkan laki dia dekat rumah sana tu tak masak untuk dia? Hahahahaaha.
"Memanglah. Masalahnya, masa aku pergi nak bebaskan Nade, penjara yang kurung dia tu canggih kot. Siap pakai password dan scanner bagai. Sebab itu aku syak dia dibebaskan oleh orang lain."
Aku berkerut memandang wajah Carolyn.
"Siapa yang tolong dia?"
"Aku dah cari dah siapa yang tolong Nade bebas daripada penjara. Nama dia Zack."
"Kejapp, mamat yang korang berdua nak bunuh tu?"
"Yup."
"Jadi, sekarang ni Nade dengan mamat tu kah?"
"Ha'ah."
Aku cuba untuk memikirkan tentang perkara tersebut. Setahu aku memang Nade tak suka kerja dengan orang lain. Dia kan suka kerja seorang diri. Bila difikirkan balik..
"Nade ada cederakan kau tak?"
"Ada, dia tembak aku sampai jatuh gaung masa aku balik daripada penjara Florence."
Hmm, boleh jadi Nade berada dibawah kawalan mamat bernama Zack tu. Mustahil Nade nak cederakan kawan sendiri. Lagipun, Nade dan Carolyn lama sangat dah berkawan. Tapi, boleh jadi juga dia cederakan Carolyn atas faktor dendam.
Nade pendendam orangnya.
"Macam mana kau boleh tahu lokasi Nade dekat Florence?"
"Ingat lagi tak cip yang kita buat sama-sama dulu?"
Aku cuba untuk mengerah ingatan aku semula. Cip? Cip apa eh?
"Oh, I got it. W09 Microchip, isn't it?"
"Yeah, I found her through the microchip."
Jadi, tekaan aku betul. Aku memang rasakan ada yang tak kena dengan Nade.
"Aku rasa cip dalam badan Nade mulai rosak."
Carolyn pandang muka aku dengan pandangan yang sukar untuk mempercayai kata-kataku.
"Takkanlah rosak. Bahaya kalau rosak."
"Yup, ianya bahaya dan disebabkan itulah aku dapat rasakan Nade dalam keadaan separuh sedar."
Wajah gadis di depan aku itu kelihatan keliru dan tidak faham dengan apa yang aku cakapkan. Aku melepaskan keluhan berat. Minah ni kalau tak faham memang tak akan fahamlah jawabnya.
"Senang ceritalah. Nade sebenarnya berada dalam kawalan Zack."
"Makkkkkksudnya.."
"Haih, Zack kawal Nade melalui cip tu."
"Ohhh, Okey Okey..aku dah faham. Jadi, Nade sekarang ni under mind control, lah? Macam tu?"
"Yup. Mustahil Nade nak cederakan kau. Nade percaya kau seratus peratus tau. Aku yang berkawan dengan kau pun dia tak suka dan dia tak percayakan aku."
"Biasalah..Joker."
"Heh..kau tau tak asal orang gelar korang berdua White and Black Joker?"
"Entahlah labu~~" Kata Carolyn sambil menikmati suapannya itu.
"Hmmm, kau tau Yin Yang?"
"Ohh, yang kepercayaan orang cina tu kah?"
"Yeah, korang ibarat macam tu lah."
"Asal pula? Takkan nak samakan Nade yang jahat tu dengan benda yang baik?"
"Apa lah kau ni. Bukannya dari segi maksud yang sebenar. Korang berdua ni macam..tak boleh dipisahkan. Kalau pisah, mesti akan cantum balik. Macam tu lah."
"Ohhh~~~"
Aku gelengkan sahaja melihat muka menjengkelkan minah tu. Rasa macam nak baling pakai meja je.
Tiba-tiba, telefon Carolyn berdering menandakan ada orang yang membuat panggilan. Gadis itu terus angkat panggilan tersebut.
Aku hanya diam mendengar Carolyn berbual dengan seseorang dalam talian telefon.
"Aku kena balik sekarang ni. Big boss the Lion King dah mengamuk sebab aku keluar macam tu je."
"Okey, sebelum tu aku nak cakap dekat kau yang kau kena stabilkan cip tu balik sebelum nyawa Nade diragut."
YOU ARE READING
B&W |THE PERFECT MATCH|
Action[⚠MATURE] COMPLETE✅ Black and White satu persamaan yang sangat padan. Semuanya berjalan dengan lancar apabila mereka berdua bersama. Namun, akibat pendedahan oleh lelaki yang bernama Zack mengenai kerja buruk mereka berdua membuatkan mereka berdua d...