"Dia alami depress kali kedua."
Aku lihat wajah Nade seakan-akan faham dengan keadaan Rayden. Aku tak sangka sekejam-kejam Nade, dia masih boleh prihatin dengan orang lain.
Macam mana lah dia boleh jadi pembunuh upahan dengan adanya sifat macam tu.
"Depress sebab apa?"
"Yang pertama dulu, disebabkan oleh kematian mak ayah aku. Mula-mulanya mak aku yang mati, selang dua hari lepas itu, ayah aku pula yang mati."
"Ohhh.. diorang mati kena bunuh kah?"
"Ayah aku je yang mati kena bunuh. Mak aku mati, sebab dia tak dapat tahan rasa sakit pada pinggang dia yang retak masa lahirkan aku dan Rayden. Mak aku selalu sakit dan demam. Dia alami rasa sakit tu selama 2 tahun. Lepastu, Jericho lah ambil kitorang jadi anak angkat sampailah sekarang."
Rasa sedih menyapa diriku. Tak pernah dalam seumur hidup aku orang tanya mengenai mak ayah aku. Nade lah orang pertama yang tanya. Bila ditenung lama-lama, baru aku perasan muka Nade memang ada iras macam mummy. Sikitlah pada bahagian mata dan kening. Sebab, mummy ada mata berwarna coklat dan bentuk matanya sangat sama dengan mata Nade.
"Ohhh, jadi, disebabkan kematian Jericho Rayden depress lagi?"
"Ya lah kot. Sebab, dia pun ada kaitkan dengan Carolyn. Sebab, dia sendiri yang tengok Carolyn mati depan mata. Macam tu juga Jericho."
"What?"
Wajah gadis itu kelihatan terkejut memandang aku. Nade kelihatan keliru.
"Kenapa?"
"Kau cakap Carolyn mati?"
"Ya, kau tak tahu kah? Aku ingatkan kau dah tahu."
Aku lihat wajah Nade termenung sekejap menghadap meja kaca itu. Dia seperti ragu-ragu mahu mempercayai kata-kata aku.
"Kau yakin dia mati?"
"Aku rasa kalau dari segi apa yang Rayden cerita, aku yakin dia mati. Sebab, dia jatuh dari tingkat atas dalam keadaan yang masih parah sebelum dia sendiri yang letupkan gudang tu."
Apabila mengenangkan perkara itu, ia membuatkan aku rasa sedih. Aku dah anggap Carolyn macam adik perempuan aku. Selalunya setiap hari dia je lah yang selalu ceriakan keadaan dalam rumah ni. Aku rindu juga nak usik dia.
Nade diam tidak berkutik mendengarkan pengakuan daripada mulut aku. Aku rasa bersalah pula sebab jujur dengan dia bukan pada masa yang tepat untuk dia terima semua tu.
"I'm so sorry if you're not ready yet to accept the truth."
"It's okay. Kita yang hidup lagi ni, kena lah terus hidup kan." Kata Nade dalam nada yang sedih.
Namun, reaksi wajahnya tetap tenang menerima hakikat yang perit itu. Dia langsung tidak menitikkan air mata. Keras betul hati minah ni.
"Oh Ya, Nade, kau ada rasa sakit lagi pada bahagian jantung kau?"
Aku teringat akan cip yang ada dalam badannya itu. Aku takut pula ianya masih belum pulih dan akan menyebabkan Nade sakit. Aku tak nak orang yang aku sayang sakit.
Aku haraplah lepas ni dia dapat selalu berbual dengan aku dan tak mendiamkan diri macam sebelum-sebelum ni.
"Rasa sakit tu dah hilang dah. Sebab, lepas kau tinggalkan aku nak periksa keadaan dekat tingkat atas masa itu, Alex menyelinap masuk dan hapuskan terus cip tu daripada terus tinggal dalam salur darah aku."
Aku terbuntang melihat ke arahnya. Siapa pula mamat yang dia sebut ni?
Yang pastinya, mesti dia pakar dalam bidang IT dan kesihatan. Aku agak je lah. Sebab, bukannya senang nak buat semua benda tu dalam masa yang singkat. Mesti dia ada penawar untuk hapuskan virus dan cip itu.
"Siapa Alex?"
"Emmm, kawan rapat Carolyn lah."
Aku ragu-ragu pula tentang kematian Carolyn apabila mendengarkan gadis itu mempunyai kawan rapat bernama Alex. Takkanlah mamat yang sepak Liame tu adalah Alex. Sebab, hanya lelaki itu yang ada di tempat kejadian dan dia jugalah yang bantu Nade.
Boleh jadi Alex juga akan membantu Carolyn.
"Kau tak tidur lagi kah?" Tanya aku padanya apabila aku sudah menyedari jam sudah hampir masuk pukul 1 pagi.
"Belum lagi. Sebab aku dah tidur petang tadi."
Nampaknya Nade semakin senang untuk dibawa bercakap sebab dia mulai menjawab semua apa yang aku tanya. Selalunya aku selalu dapat jelingan minah tu je.
Aku lihat dia bersandar pada kepala sofa sambil matanya menghala ke arah televisyen. Dengan beraninya aku mendekatkan diriku padanya.
"I want to sleep with you." Usik aku padanya.
Dia pandang aku dengan pandangan yang pelik.
"Are you out of your mind? Pervert."
Aku tersengih dapat mengenakan Nade. Aku pun nak merasakan bahagianya tidur dengan buah hati, bukannya Rayden je boleh rasa bahagia.
"I didn't mean to have sex. I mean..just sleep and nothing else. Hug me tight, hold my hand and silence." Kataku dengan nada yang rendah.
Nade memberi aku jelingan tajam tanda tidak puas hati dengan aku. Dia suka jeling aku kan? Aku suka perempuan cabar aku.
"I don't like to sleep with anyone."
Aku meletakkan lengan aku memeluk bahunya. Aku rapatkan badannya pada aku. Semakin suka aku mengusik gadis yang berbadan kecil ini. Buatkan aku rasa macam nak bawa lagi masuk bilik dan tidur dengan dia.
"If you want it. I can give you tonight." Bisik aku padanya.
Badan aku ditolaknya kuat. Dia pandang aku denggan pandangan yang jijik. She's cute.
"Bitch. Just go away and fuck yourself."
Aku menahan rasa geli hati melihat dia semakin geram dengan perangai aku. Aku rasa macam nak gigit je.
YOU ARE READING
B&W |THE PERFECT MATCH|
Action[⚠MATURE] COMPLETE✅ Black and White satu persamaan yang sangat padan. Semuanya berjalan dengan lancar apabila mereka berdua bersama. Namun, akibat pendedahan oleh lelaki yang bernama Zack mengenai kerja buruk mereka berdua membuatkan mereka berdua d...