40 RAYDEN

621 21 0
                                    

Aku memberhentikan kereta di depan sebuah taman yang ada di kawasan perumahan tersebut. Taman itu tidak jauh daripada villa Zack. Carolyn memilih untuk berhenti di situ supaya mudah untuk aku mengambilnya ketika mahu melarikan diri nanti.

Carolyn sudah bersiap sedia dengan semua peralatannya. Aku berasa sedikit risau mahu melepaskan gadis itu pergi bersendirian.

Ya, aku tahu dia boleh buat dan sudah biasa buat kerja macam ni. Tapi, dalam hati aku tetap berasa risau. Aku takut nanti dia tak boleh nak larikan diri.

"Baiklah, aku masuk dan korang tunggu dalam kereta. Jangan keluar ataupun masuk ke dalam villa sesuka hati." Pesan Carolyn pada mereka berdua.

"Tertumanya kau Rayden. Kau jangan masuk. Jangan nak keras kepala sangat." Sambung gadis itu sambil menundingkan jarinya ke arah wajah aku.

"Masalahnya, nanti kau dalam bahaya. Bukannya sikit orang yang kena kau lawan." Kataku padanya.

Dengan pantas, Carolyn mengacukan mata pisau di depan wajah aku. Tindakkannya membuatkan aku kaku di tempat duduk pemandu.

"Jangan lawan cakap aku. Aku tak suka orang ganggu aku buat kerja. Duduk diam dalam kereta ni kalau tak nak mati awal. Faham!"

Gadis itu membuka pintu kereta dan keluar daripada perut kereta meninggalkan aku dan Rayyen di dalam kereta.

"Hoho.. padan muka kau." Sampuk Rayyen di belakang.

Aku menjulingkan mata aku ke atas tanda menyampah mendengar suara Rayyen yang mengejek aku.

"Kau diam, beruk."

Aku pandang ke arah Carolyn yang berjalan menuju ke arah villa tersebut. Setiap langkahnya menuju mendekati villa itu membuatkan jantung aku berdetak dengan laju.

"Kau risaukan dia kan...?" Usik Rayyen pada aku.

Budak ni aku lempang nanti tertanggal pula kepala dia daripada badan.

"Tak ada masa."

Aku tetap berkeras dengan egoku. Aku tak nak mengaku yang aku risau. Nanti makin menjadi pula Rayyen nak usik aku.

"Elehhh.. kau risau kan dia kan? Ngaku je lah. Kau ni malu pula nak ngaku depan adik sendiri."

"Boleh tak kau diam! Aku tak suka dengar suara kau yang menyerabutkan kepala otak aku." Suara aku sedikit meninggi pada Rayyen.

Rayyen bersandar pada kepala kerusi sambil kepalanya dilapikkan dengan kedua-dua belah lengannya.

"Yelah.. aku dapat rasa abang aku ni dah mulai sayangkan orang lain. Dah tak sayangkan aku lagi dah." Perli Rayyen pada aku.

"Hanatlah kau. Tak ada maknanya."

"Hehe, jadi kita duduk dalam kereta ni cuma nak tunggu dia keluar dan jadi driver dia lah je kan?"

"Nampaknya macam tu lah." Jawab aku dingin.

Kami berdua kembali senyap duduk di dalam kereta. Sesekali aku mengalihkan pandanganku ke arah villa tersebut yang boleh dilihat terus melalui kawasan taman permainan. Masih belum ada apa-apa tindakan yang membawa kepada serangan berlaku di dalam villa tersebut.

Di kawasan perumahan itu, cuma villa itu sahaja yang jauh daripada kejiranan orang ramai. Sekali pandang sahaja cuma ada villa itu sahaja yang ada di situ. Kiri, kanan, depan dan belakangnya langsung tiada rumah orang lain.

Tidak lama kemudian, gegendang telingaku mendengar satu bunyi tembakkan dari jauh yang datang daripada villa tersebut. Detakkan jantung aku semakin laju mengepam darah. Aku dapat rasakan ada sesuatu yang bakal terjadi.

Kami berdua tidak lepas daripada memandang ke arah villa tersebut. Kedengaran bunyi tembakkan bersambung-sambung menandakan peperangan sudah bermula. Hati aku rasa tak tenang mengenangkan keselamatan Carolyn.

Tiba-tiba, bahu aku ditepuk kuat oleh Rayyen.

"Woi Woi! Pandu sana! Dia dah berjaya larikan diri." Tunjuk Rayyen ke arah Carolyn yang sedang memapah seorang gadis.

Pedal minyak aku tekan laju dan memandu kereta mendekati gadis itu. Aku dapat lihat Carolyn berada dalam keadaan yang kritikal. Bunyi tembakkan sahut-menyahut menembak ke arah kereta aku.

Kereta sudah diberhentikan untuk mendapatkan Carolyn. Rayyen membantu dengan membuka pintu kereta dibahagian belakang.

"Rayyen, jaga dia." Arah Carolyn.

Gadis itu mengambil tempat duduk bersebelahan dengan aku. Kereta aku pecut melarikan diri daripada kawasan tersebut. Sempat aku melirikkan pandangan aku ke arah Carolyn.

Aku dapat lihat dada gadis itu perlahan sahaja menghembuskan nafasnya. Kepalanya dilumuri dengan darah yang banyak. Aku dapat lihat seluruh tubuh badan gadis itu terkena peluru.

Aku lihat daripada pantulan cermin kereta, seorang gadis berada dalam keadaan yang tidak sedarkan diri berada dalam pangkuan Rayyen. Pandangan aku melihat semula ke arah Carolyn yang berada dalam keadaan yang cedera parah itu.

Bahu kanannya terdapat sebutir peluru.

Lengannya juga terdapat kesan calar dan luka yang dalam seperti ditikam menggunakan pisau.

Wajahnya penuh dengan lebam dan hujung bibirnya pecah akibat ditumbuk.

"Cepat sikit..." Kata Carolyn pada aku.

Dapat aku dengar suaranya rendah dan seperti sedang menahan rasa sakit.

"Aku tahulah. Jangan paksa diri kau tu sangat untuk bercakap!" Marahku padanya.

Aku marah bukan sebab aku tak suka. Tapi aku takut dan risau akan keadaannya yang cedera parah itu.

Kereta aku bawa pada kelajuan yang tinggi. Aku tidak endahkan lampu isyarat yang merah, aku langgar sahaja. Yang penting sekarang ni adalah keadaan Carolyn.

B&W |THE PERFECT MATCH|Where stories live. Discover now