Asap rokok aku hembus ke udara. Mataku tidak lepas daripada menonton televisyen sambil merokok di ruang tamu. Aku malas dah nak perhatikan titik merah yang langsung tak bergerak tu. 3 jam aku tunggu, mana ada dia bergerak langsung. Tak lama lagi tersembul biji mata aku kalau asyik tenung skrin hologram.
Gegendang telingaku menangkap suara deruman enjin kereta memasuki garaj. Siapa lagi..kalau bukan Rayden yang ambil minah tu dekat kafe.
Aku lihat kelibat dua orang manusia itu memasuki ruang tamu. Aku lihat wajah Carolyn masam mencuka dengan mimik mukanya yang mengejek Rayden itu. Mesti kena marah ni. Hahhahahaha.
"Asal monyok je muka tu? Kena bebel kah?" Tegurku padanya.
Dia melihat ke arah aku dengan muka masamnya itu. Haih..minah ni.
"Kau punya abang tu lah. Tak habis-habis membebel. Kalah mak aku."
Rayden pandang wajah gadis itu dengan renungan yang tajam.
"Kau ada mak kah?" Perli aku padanya.
"Ada..dah mati."
Aku pandang wajah Rayden. Rayden pula langsung tidak memberikan sebarang reaksi pada aku.
"Sebab?"
"Aku bunuhlah."
Aku tersentak mendengarkan kata-kata gadis itu. Selamba je muka dia cakap macam tu. Tak ada rasa bersalah langsung.
"Rayyen, kau buat apa dari tadi?" Tanya Carolyn padaku.
Gadis itu menukar topik, tidak mahu berbual tentang perkara tersebut.
"Rokoklah. Malas aku nak tenung titik merah yang tak guna tu. 3 jam aku tunggu, buatnya berasap bontot aku."
"Hahahha!"
Aku dan Rayden serentak memandang pelik ke arah gadis itu yang tiba-tiba sahaja ketawa.
"Adoh, bengap pula kau ni. Harapkan PHD, PHD kau letak bawah bontot. Buat apa lah kau pergi tenung selama 3 jam? Nak mampus kah? Hahahahaha!"
Ishh, minah ni aku tampar nanti berpusing 360 darjah kepala kau.
"Dah kau suruh aku jaga. Aku tenunglah sampai tersembul biji mata aku ni."
Carolyn menekan perutnya yang senak akibat ketawa itu.
"Aduh kau ni. Kenapalah dikurniakan PHD? Aku rasa kau dah terlampau bijak agaknya ni. Asal kau tak record je pakai screen recorder? Kau ikut juga arahan aku tanpa berfikir dah kenapa? Aduh, kau ni bengal pun tidak apatah lagi bodoh."
Sabar Rayyen. Sabar. Aku tahu minah tak guna ni memang suka cabar kesabaran aku sebagai seorang LELAKI dalam rumah ni. Kalau Rayden memang pelempang dah melayang.
Perftt, tak adalah. Rayden is a Man. A good and amazing Man in the world. He will not hurting a girl.
"Dah dahlah kau kutuk aku. Aku pun ada hati dan perasaan."
Rokok yang sudah menjadi pendek itu aku buang ke dalam tempat abu rokok.
"Aku tak pernah terfikir pun nak kisah pasal perasaan kau. Puas makan asap?"
Sekali lagi, gadis itu memperli aku.
"Eh, kau! Aku rogol kau sekarang juga baru kau tau." Ugut aku padanya siap menunding jari ke arah gadis itu.
Rayden pandang muka aku dengan pandangan yang aku rasa dia tidak menyukai dengan kata-kata aku.
Aku dapat rasakan aura bapak garang nak marah aku lepasni. Rayden tak ubah macam garang mummy. Seram..
"Rogollah kalau kau nak mati." Cabar gadis itu dengan berani.
"Hmmm, malas aku. Nanti aku kena tampar dengan abang sendiri pula." Kataku berbaur sindiran untuk Rayden.
"Sejak bila pandai larang ni? Bukan memang perogol bersiri dari dulu kah?" Sindirnya sekali lagi.
"Arghh!"
Malas aku melayan kerenah gila minah ni. Nanti aku juga yang gila sama.
"Kau tak nampak kah jam tu dah lebih daripada pukul 7 malam." Kata Carolyn padaku sambil menunjukkan ke arah jam dinding yang melekat pada dinding ruang tamu.
Aku pandang ke arah jam tersebut.
"Woaa, sampai 7:35 aku gaduh dengan kau."
Aku bergegas menuju ke arah bilik siber dan terus duduk di depan meja siber yang masih memancarkan hologram itu. Sebab, waktu-waktu sebegini White Joker akan dibawa keluar daripada syarikat Zack.
Aku pandang ke arah titik merah itu. Ianya betul-betul berada di sebuah gudang seperti yang dikatakan oleh Carolyn. Aku menekan pada lokasi tersebut.
Kelihatan Carolyn dan Rayden berdiri di tangga melihat ke arah aku. Aku cuba untuk menggodam mana-mana sistem kamera CCTV yang ada di gudang tersebut untuk melihat apa yang berlaku.
"Wei, kau tengok ni. Dia dah masuk gudang lah." Kataku pada Carolyn.
Gadis itu menjenguk dari belakang Rayden kerana pandangannya dihalang oleh badan Rayden yang agak tegap itu.
"Aku nak tengok..aku nak tengok."
Carolyn berlari ke arah aku tidak ubah seperti kanak-kanak yang mahukan gula-gula. Aku perasan pandangan Rayden seperti tidak suka dengan aku yang sangat dapat dengan gadis itu.
Nak buat macam mana? Dah minah tu sama perangainya macam aku. Macam budak-budak. Budak-budak kah aku ni? Ah lantaklah.
"Hish.."
"Nak ke mana tu Rayden?" Sempat aku bertanya.
"Lapar, aku nak makan." Katanya sebelum berlalu daripada situ.
Aku lihat Rayden mendengus geram lalu berjalan naik ke atas semula. Cemburu lah tu. Aku lihat Carolyn kelihatan khusyuk merenung skrin hologram. Apa yang ditenungnya pun aku tak tahu. Yang aku tengok dari tadi cuma peta dengan titik merah tu je.
"Aku rasakan..gudang tu macam ada.."
Belum sempat aku menghabiskan kata-kata, suara Rayden menjerit dari tingkat atas membantutkan percakapan aku.
"Woi, Rayyen! Masaklah, aku lapar ni!"
Aku menjulingkan mata ke atas tanda menyampah. Keluhan aku hembus melepaskan rasa geram dengan Rayden. Rasa macam nak sepak je kangkang Rayden sekarang ni juga.
"Aku naik dulu. Nanti mengamuk pula mamat gila tu." Kata aku pada Carolyn.
"Okey, masak banyak-banyak tau. Aku pun lapar juga."
Aku pandang gadis itu dengan kening yang terangkat sebelah. Minah ni perut kantung paus kah apa?
"Kau tak kenyang-kenyang lagi kah makan dekat kafe tadi?""Aku tak sempat nak habiskan. Kau punya abang kesayangan yang disayang-sayang tu lah yang bawa aku balik awal sangat. Belum panas lagi bontot aku duduk, sudah dijemput balik."
"Hmmm, masalah betul lah dia tu." Aku sempat mengata Rayden sebelum aku melangkah pergi daripada situ.
YOU ARE READING
B&W |THE PERFECT MATCH|
Ação[⚠MATURE] COMPLETE✅ Black and White satu persamaan yang sangat padan. Semuanya berjalan dengan lancar apabila mereka berdua bersama. Namun, akibat pendedahan oleh lelaki yang bernama Zack mengenai kerja buruk mereka berdua membuatkan mereka berdua d...