Keluhan berat aku lepaskan cuba untuk menenangkan diri aku yang dalam keadaan buntu itu. Angin malam bertiup menyapa wajahku.
Aku lihat ke arah langit malam sebab orang kata pandang langit boleh tenang. Tapi, aku pandang macam tak ada rasa apa-apa pun. Hmm, sebab aku tenang bila lepas bunuh orang je.
Aku bukannya normal macam orang lain.
"Aku ni..kawan Nade kah? Ataupun, cuma.. orang yang biasa-biasa je?" Bisik aku pada diri sendiri.
Walaupun aku cuba untuk melupakan tentang Nade, tetap juga tak boleh sebab aku rasa tak tenang selagi aku tak cari samada Nade dah bebas ataupun belum.
Mesti dia rasa aku tak fikirkan pasal dia langsung kan? Sebab, dah terlalu lama aku bebas daripada penjara. Rasanya hampir sebulan dah dan langsung tak ada khabar pun aku nak tolong bebaskan Nade.
Agaknya lah kan, mungkin disebabkan itu lah Nade nak bunuh aku?
Nade mestilah boleh bebas secara senyap-senyap. Dia tu kan handal juga. Macam mana aku boleh bebas, macam tu lah kebolehan Nade juga. Aku dengan dia bukannya banyak beza pun.
Aku kembali semula masuk ke dalam bilik meninggalkan balkoni. Dalam masa yang sama aku mahu menarik sliding door itu, pandangan aku tertancap ke arah susuk tubuh seorang gadis yang sedaag berjalan di pejalan kaki.
Macam familiar sahaja susuk tubuh gadis itu. Gaya dia berjalan dan pemakaiannya. Sangat...biasa aku lihat.
Tiba-tiba, gadis itu berhenti di bawah tiang lampu yang bercahaya di pejalan kaki. Dia senyum lebar ke arah aku.
Aku tersentak sehinggakan aku terlanggar dengan seseorang yang berada di belakang aku. Aku dapat rasakan pinggang aku disentuh oleh seseorang dan pelukkannya dieratkan.
"Why..baby? Are scared of something?"
Suara itu berbisik di Tapi telinga aku dekat. Aku pandang ianya wajah Rayden yang sedang memeluk aku dari belakang.
"Yes! Because your face same with ghost." Perli aku padanya.
Aku berlari keluar daripada bilik Rayden. Aku perlu periksa titik merah tu. Langkahku lajukan menuju ke arah dapur dan masuk ke dalam bilik bawah tanah. Rayyen yang sedang masak makan malam itu juga pelik melihat aku yang tergesa-gesa itu.
Aku melihat ke arah hologram yang aku biarkannya terpancar begitu sahaja sejak petang tadi.
"Titik merah tu. Dia ada di kawasan perumahan ini."
Aku berlari semula menuju ke tingkat atas. Tiba di ruang tamu, aku dihalang oleh Rayden.
"Kau ken.."
"Let me go!" Tengking aku padanya.
Masa ni jugalah mamat tak guna ni nak ganggu aku. Kaki aku membuka langkah menuju ke arah pintu utama rumah dan keluar daripada rumah tersebut.
Aku dapat lihat dari jauh, sebuah kereta hitam terparkir ditempat gadis itu sedang berdiri. Gadis itu masuk ke dalam kereta di tempat bersebelahan dengan pemandu kereta. Dapat aku lihat melalui pantulan cermin sisi kereta itu adalah wajah Nade dan lelaki yang bersamanya itu tidak dapat aku kesan sebab dia membelakangi aku.
Aku mengejar kereta berwarna hitam itu yang semakin jauh daripada aku. Nafas aku semakin deras. Aku cuba untuk mengejar walaupun aku tahu ianya mustahil untuk dikejar.
Kereta yang membawa gadis itu pergi membelok ke arah kanan. Aku yang sejauh 10 meter daripada kereta itu melajukan lagi larian aku. Aku belok ke kanan dan hampa. Kereta berwarna hitam itu hilang dari pandangan aku.
"Mana...mana dia pergi?!" Jeritku seorang diri. Marah.
Aku mengepal tangan aku menjadi penumbuk. Tiang lampu yang ada disitu aku tumbuk berkali-kali melepaskan rasa amarah dalam diri aku. Aku tak kisah lah orang nak kata aku gila kah apa.
Aku berhenti menumbuk dan melepaskan keluhan yang merupakan beban berat yang aku tanggung itu.
Tidak lama kemudian, berhenti sebuah kereta berwarna putih di depan aku. Aku tahu siapa yang ada dalam kereta tu. Tingkap diturunkan dan wajah Rayden terpampang depan aku.
"Kau...masuk." Arah Rayden pada aku.
Aku masuk ke dalam kereta dalam keadaan yang geram dan masih panas membahang dengan api kemarahan itu.
Shit! Dia terlepas, terlepas, TERLEPAS!
"Asal kau ni? Nak larikan diri kah?"
"Ishh, tak payah tahu pun!"
"Kau tahu kan..yang kau tak boleh larikan diri daripada aku dna Rayyen."
"Ya, aku tahu lah! Tak payah nak ingatkan aku pasal peraturan bodoh kau tu." Marah aku padanya.
"Tangan kau tu..kenapa pandai cedera pula?"
Aku lihat pada tangan aku yang mengalirkan darah dan terdapat kesan lebam akibat aku menumbuk tiang lampu tadi. Aku tumbuk bukannya remuk pun tiang lampu tu. Saja je lepaskan geram.
Aku biarkan sahaja soalan Rayden tidak berjawab. Sesampainya di rumah aku keluar daripada kereta daa terus masuk ke dalam rumah.
"Kau pergi mana? Tiba-tiba je lari."
Aku lihat wajah Rayyen seperti risau akan keadaan aku. Rayyen mengambil tangan aku yang cedera itu dan membeleknya. Aku biarkan sahaja lelaki itu menyentuh aku.
"Joging je."
"Hmmm, kepala otak kau. Kau ni agak-agaklah nak joging waktu malam macam ni. Orang gila je joging waktu malam."
"Aku memang gila. Nak buat macam mana?"
Rayyen lepaskan tangan aku ke bawah bila dia dapat rasakan yang Rayden memerhati dari jauh.
"Dahlah, jom kita makan! Aku lapar ni." Kataku dengan nada yang teruja.
Mereka semakin pelik melihat aku itu. Aku mengambil tempat duduk aku di meja makan yang masih kosong itu. Lauk sudah banyak terhidang di atas meja. Menanti untuk dilahap oleh aku je lagi.
"Tadi marah macam singa, sekarang gembira pula." Sampuk Rayyen pada aku.
"Itu tadi. Atleast, aku tak marah selalu macam Rayden tu." Perli aku pada Rayden.
Rayden mengambil tempat duduk bersebelahan dengan aku.
"Hmmm, nanti aku rawat tangan kau tu." Kata Rayden dingin.
"Haaa, tengok tu. Aku dah kata dia marah." Kataku siap tunjuk lagi ke arah Rayden yang berada disebelah aku.
Rayden tidak memandang wajah aku. Malah, dia hanya sibukkan dirinya untuk menjamah makanan. Rayyen pula hanya senyum ke arah aku.
"Biasalah tu." Kata Rayyen pada aku sebagai menjawab kata-kata aku tadi.
Aku ambil semua lauk yang ada di atas meja. Aku masukkan ke dalam mulut dan ahh, sedapnya.
"Banyak betul kau makan?" Tanya Rayyen pada aku.
"Tak apa. Aku makan banyak takkan gemuk. Sebab aku suka joging malam."
"Hmmm, merepek."
YOU ARE READING
B&W |THE PERFECT MATCH|
Aksi[⚠MATURE] COMPLETE✅ Black and White satu persamaan yang sangat padan. Semuanya berjalan dengan lancar apabila mereka berdua bersama. Namun, akibat pendedahan oleh lelaki yang bernama Zack mengenai kerja buruk mereka berdua membuatkan mereka berdua d...