43 B.J.

609 20 0
                                    

Zack yang cedera parah itu aku heret masuk ke dalam gudang. Gudang yang tidak ada sesiapa yang mengetahuinya kecuali aku dan Nade sahaja. Dekat sini lah tempat aku selalu buat kerja menyeksa orang. Gudang aku tidaklah besar sangat sebab aku takut ianya terlampau menyerlah nanti kalau aku buat besar sangat.

Aku letakkan Zack di tepi kerusi kayu yang ada disitu. Aku mengambil kunci di dalam poket seluar aku untuk membuka lagi satu bilik yang ada di dalam gudang itu. Di situlah banyak peralatan yang aku perlukan untuk seksa mamat tak guna ni.

Aku memasukkan kunci itu ke dalam mangga dan membuka mangga tersebut. Buka sahaja pintu satu tembakkan mengena pada bahagian perut aku. Aku kaku dan menahan perut aku ditembak itu. Sudahlah baru sahaja dikeluarkan peluru dari dalam badan aku. Sekarang, kena lagi pada bahagian perut aku.

Darah banyak mengalir. Lelaki itu menyepak perut aku sehingga membuatkan aku terdorong ke belakang.

"Kau ingat kau boleh bunuh adik aku? Jangan mimpilah minah gila. Kau kena langkah mayat aku dulu." Kata lelaki itu pada aku.

Aku hanya tersengih melihat kemunculannya. Dia berjalan mendekati aku lalu mencangkung di depan aku.

"Nampaknya aku kena langkah dua badan mangsa pula kali ni. Liame..Liame you fuck with a wrong person!"

Aku menghunuskan sebilah pisau tepat mengena pada bahagian pinggangnya. Aku mencabut semula pisau itu dan aku tendang Liame ke belakang. Lelaki itu mengaduh rasa sakit yang amat.

"Hahahha! Kau ingat dengan pisau kau boleh bunuh dia? Kau dah terlambat gila!" Kata Zack pada aku.

"Aku dah tembak kau dengan peluru yang aku ciptakan dalamnya ada racun. Bila peluru itu pecah, racun akan tersebar dan kau mati dengannya. Hahahha!" Sambung Liame dengan gagahnya menahan rasa sakit pada bahagian pinggangnya.

Aku berdiri dalam keadaan yang lemah. Aku dapat rasakan yang racun itu mulai mengalir dalam salur darah aku.

"Kalau dia mati, korang tak boleh hidup."

BANG

Aku lihat Nade yang baru sahaja sampai itu terus melepaskan tembakkan ke arah Liame sehingga lelaki itu jatuh terduduk. Tembakkan Nade tepat mengena pada bahagian alat sulit Liame dan kedua-dua belah kakinya.

Aku lihat Zack yang tidak boleh berbuat apa-apa itu hanya mampu memandang ke arah abangnya, Liame.

"Nice shot, Nade." Kata aku padanya.

"Your welcome."

"Erghh fuck you!" Tengking Zack pada aku dan Nade.

"Mana kau letak diorang?"

"Tuu..."

Aku lihat ke arah yang ditunjukkan oleh Nade. Aku lihat Rayden, Rayyen dan Alan diletakkan olehnya bersebelahan dengan kotak kayu.

"Need help?" Tanya Nade pada aku.

"Nope, I can handle this." Aku menolak pelawaan Nade.

Aku gagahkan diri untuk berjalan mendekati Zack. Nade pula kembali duduk bersama Rayden, Rayyen dan Alan.

Tiga orang manusia itu hanya diam tidak bersuara melihatkan aku dan Nade yang berpewatakan kejam itu.

"What you gonna do with him? Bbbitch." Tanya Liame yang masih mampu bersuara itu.

"Alah, kau diam je lah. Dah hilang anu tu diam je lah. Bodoh!" Jawabku kasar padanya.

Aku rasa semakin sakit pada bahagian perut aku.

"Wei! Kau yakin kau okey kah?" Tanya Nade pada aku yang perasan akan aku yang cedera itu.

"Shut up! And don't disturb me!"

Aku mengheret Zack ke tengah-tengah gudang tersebut. Disitu terdapat dua cangkuk yang besar.

"Kau akan jadi umpan aku malam ni. Hahahha!"

Zack semakin cuak melihat aku yang masih juga mampu untuk mengangkatnya itu. Aku sangkutkan Zack pada batang pencangkuk itu. Zack mengaduh rasa sakit dan ngilu apabila kulitnya dicucuk dengan cangkuk yang menyerupai mata kail itu. Badannya tergantung di udara.

"I can see your place in the hell, Zack. Ooo, Liameee... come and see your brother. He gonna die tonight."

Aku mengikat perut aku yang semakin sakit itu dengan tuala. Rasa sakitnya menyengat keseluruh tubuh badan aku.

"Uhuk.."

Aku terbatuk dan darah keluar mengalir daripada mulut aku. Aku rasakan racun itu sudah mulai menyerang bahagian atas badan aku. Cuma, perlu tunggu menyerang bahagian jantung aku sahaja lagi.

Kalau aku mati, mati lah. Aku dah tak kisah dah. Asalkan sebelum aku mati Zack dan Liame kena mati dulu.

B&W |THE PERFECT MATCH|Where stories live. Discover now