Aku turun daripada helikopter dan menuju masuk ke arah lif. Lif ditekan pada butang tingkat 2. Aku lihat pada jam tangan sudah menunjukkan pukul 8 malam.
TING
Pintu lif terbuka dan aku membuka langkah keluar daripada lif. Aku terus menuju ke arah bilik aku sendiri. Pintu ditolak dan benda pertama yang aku nampak adalah...minah tu tidur atas katil aku.
Apa hal dia masuk dan tidur dalam bilik aku?!
"Woi, Rayyen!" Jeritku dari tingkat atas.
"Apa?!"
Rayyen menjenguk daripada dapur memandang aku yang berada di tingkat atas.
"Minah tu.."
"Ahh, biarkan dia. Aku nak masak!"
Rayyen kembali semula ke dalam dapur dan menyambung masakkannya.
"Erghh!"
Aku masuk semula ke dalam bilik aku dengan perasaan yang geram. Beg kertas yang berada di tanganku aku letakkan di atas katil. Aku pandang susuk tubuh gadis itu atas bawah. Hmm, boleh tahan. Lama dah aku tak ratah perempuan ni.
Ishh, Rayden...kau jangan buat kerja gila. Bukan masanya untuk kau main benda tu. Lagipun, minah ni macam low standard je.
Aku membuka baju yang aku pakai dan aku masukkan ke dalam bakul baju yang kotor. Aku pakai baju singlet yang biasa aku pakai setiap malam. Sekali lagi pandanganku beralih pada gadis itu yang nyenyak tidur di atas katil aku.
Apa hal Rayyen bawa minah ni tinggal dalam rumah ni?
Aku biarkan sahaja gadis itu tidur di dalam bilik aku. Aku tak ada lah kejam sangat sampai nak halau dia tidur depan koridor.
Kakiku membuka langkah turun daripada tangga menuju ke arah dapur. Dapat aku lihat Rayyen yang baru sahaja siap masak makan malam. Memang tugas dia pun masak dalam rumah ni. Lagipun, itu memang hobi adik kembar aku.
Dia je lah yang paling bijak kalau bab-bab memasak ni.
Aku lihat meja makan sudah dipenuhi dengan pelbagai jenis lauk.
"Wei, Rayyen. Asal kau biarkan minah tu tidur dalam bilik aku?"
Rayyen pandang aku dengan pandangan yang pelik lalu dia menjongketkan bahunya padaku.
"Mana lah aku tahu. Aku dah warning dia jangan masuk bilik kau. Mungkin, dia melekat dengan kau eh."
"Tak ada kena mengenanya. Kau yang bawa dia masuk rumah ni. Sepatutnya, dia tidur dalam bilik kau."
"Ehhh, buat apa aku suruh dia tidur dalam bilik aku. Takkan aku nak tidur dekat bilik tetamu."
"Bukan minah tu perempuan simpanan kau eh?"
"Hahahahha, tak nak aku ambil perempuan ganas macam dia tu jadi perempuan simpanan aku. Tak pasal-pasal aku mati pula nanti. Lagipun, aku selamatkan nyawa dia daripada mati lemas."
"Yang kau bawa dia tinggal sini kenapa? Dan, siapa dia?"
"Takkan kau tak kenal budak tu?"
Soalan pertama aku dibiarkan sepi begitu sahaja malah Rayyen boleh pula dia tanya aku balik.
Aku mengangkat kening sebelah kiri aku ke arah Rayyen tanda aku tak tahu.
"Jumpa pun tak pernah. Apatah lagi pandang muka dia pun aku rasa macam tak wujud pun."
"Hmmm, dia lah Black Joker."
Aku berkerut memikirkan nama yang disebutkan oleh adik kembar aku tu. Aku pernah dengar nama tu. Tapi, aku tak pernah kenal pun muka dia macam mana.
YOU ARE READING
B&W |THE PERFECT MATCH|
Action[⚠MATURE] COMPLETE✅ Black and White satu persamaan yang sangat padan. Semuanya berjalan dengan lancar apabila mereka berdua bersama. Namun, akibat pendedahan oleh lelaki yang bernama Zack mengenai kerja buruk mereka berdua membuatkan mereka berdua d...