23 B.J.

752 19 0
                                    

Kapsul yang berada di tangan aku itu aku letakkan di atas meja siber. Wayar USB aku cucukkan pada kapsul lalu aku sambungkan hujung wayar itu pada meja siber.

Sebuah peta dipaparkan oleh hologram ke udara. Mataku merenung pada dua titik merah itu. Otakku masih juga berjalan memikirkan tentang hal tersebut. Sudah banyak berita aku periksa dan langsung tiada tanda-tanda Nade terlepas daripada penjara.

Loket yang berada di atas meja itu aku ambil dan letakkan pada meja siber. Meja tersebut membuat scan ke atas rantai tersebut. Sebuah cap jari terpampang pada skrin hologram. Ianya cuma ada kesan cap jari Nade. Sudah tentu ianya cuma ada cap jari Nade sebab rantai itu hanya dipegang oleh Nade.

Aku termenung melihat gambar aku dan Nade yang sejak kecil itu.

"Kenapa? Kenapa susah sangat aku nak...ergh.."

Aku meletakkan kepala aku beralaskan lengan di atas meja. Aku buntu. Aku tak tahu nak buat apa dan apa yang patut aku cari lagi pada rantai itu. Nota itu juga aku tak tahu nak buat apa. Kepala aku pusing memikirkan perkara tersebut.

Sekali lagi, aku merenung ke arah gambar lama aku dan Nade yang tersenyum itu. Senyuman nipis terukir pada bibirku apabila mengingatkan tentang kawan baik aku itu.

Fikiranku terkenang akan situasi bagaimana aku dan Nade boleh berkawan rapat.

"Hei, kau..Carolyn kan?"

Aku pandang ke arah seorang gadis yang berambut perang itu. Wajahnya mengukirkan senyuman lebar ke arah aku.
"Hmm." Jawabku mendatar.

Dia mengambil duduk di sebelahku yang kosong itu.

"Muka kau macam.. sedih je. Lifeless pula tu."

Aku tidak menjawab dan hanya membiarkan dia sahaja yang bercakap.

"Aku tahu kau selalu kena buli dalam sekolah ni. Aku pun sama."

Dia sedaya upaya menarik perhatian aku untuk bercakap dengannya. Namun, aku tetap tidak mahu membuka mulut untuk berbicara dengannya.

"Jom, ikut aku. Aku tahu kau tak ada family support yang nak buatkan kau gembira."

Gadis yang sebaya dengan aku itu menghulurkan tangannya pada aku.

"Jomlah.."

Aku pandang huluran tangannya itu pada aku.

"Kau nak bawa aku pergi mana?"

"Ke tempat yang boleh buatkan kau gembira lah."

Aku menerima hulurannya. Gadis itu tersenyum lebar ke arah aku apabila dia berjaya menarik perhatian aku.

"Sebelum itu, kau boleh panggil aku Nade."

"Okey, Nade."

♥♠♣◆

Petang itu, aku lihat Nade berlari dalam keadaan yang tergesa-gesa. Wajahnya kelihatan takut dan pucat.Aku yang kebetulan bersiar-siar di taman yang berdekatan dengan perumahan mereka, mendekati Nade yang kelihatan takut itu.

"Nade, kenapa dengan kau ni?"

"Akk..aku..nak lari. Ay..ayah aku nak pukul aku." Katanya dengan nada yang gugup.

Wajahnya sembap akibat terlalu banyak menangis. Dapat aku lihat kesan lebam yang berada di lengan dan mukanya.

"Kalau macam tu, kau ikut aku balik rumah."

Aku membawanya lari menuju ke arah rumah aku. Kami berdua masuk ke dalam rumah aku dalam keadaan yang tercungap-cungap. Aku membawa Nade ke ruang tamu dan cuba untuk menenangkannya yang sedang menangis itu.

B&W |THE PERFECT MATCH|Where stories live. Discover now