"Wake up!"
BUKK
"Aduhh.."
Belakang aku terasa sakit yang amat menghempap lantai. Mataku masih terasa mengantuk. Namun, aku paksa juga untuk bangun. Aku menoleh ke arah gerangan yang kurang ajar sungguh mengejutkan aku daripada tidur.
Wajah Rayden memandang aku dingin. Aku dah agak dah memang mamat ni yang dengki tengok aku lena sangat tidur.
"Apa hal kau bangunkan aku awal sangat?" Kataku dengan nada yang sedikit serak.
Aku masih lagi terbaring di atas lantai kerana terlalu malas mahu angkat daripada situ. Sudahlah badan aku sakit akibat Rayden mengangkat sofa itu cuba untuk menjatuhkan aku daripada sofa. Pagi-pagi dah menggila.
"Awal kau kata? Matahari dah terpacak atas batang hidung, kau kata pagi lagi? Bangun!" Jeritnya tegas padaku.
"Ishhh, malas..."
Tangan aku menggagau mencari bantal yang aku pakai dan aku menyembamkan wajahku pada bantal tersebut. Aku dapat dengar derapan tapak kaki Rayden berjalan mendekati aku dan berhenti betul-betul di hadapan aku.
Tiba-tiba, kepala aku diangkat dan mataku bertembung dengan mata kelabu milik Rayden.
"Wake up!"
"No..i don't want." Kataku perlahan dan malas.
Wajah Rayden mengukir senyuman senget.
"Hehhh, you know what. You sound sexy."
Aku yang pada mulanya meniarap kini, duduk tegak apabila ditegur sebegitu. Bantal yang berdekatan dengan aku itu, aku ambil dan aku baling tepat mengena pada wajah Rayden. Tidak berpuas hati dengan balingan tersebut, aku mengambil kotak telefon yang berada di atas meja dan membalingnya ke arah Rayden.
Rayden menerima kedua-dua hentaman itu tanpa sempat pun dia mengelak.
"Lari!" Jeritku macam budak-budak.
Aku melarikan diri menuju ke arah tangga. Aku tak endahkan Rayyen yang baru sahaja turun daripada tingkat atas.
"Shit you. Fucking bitch!"
Aku dapat dengar dari tingkat atas Rayden menyumpah seranah aku.
"You deserve it, fucking damn bitches ass hole!" Balasku dari tingkat atas.
Aku terus masuk ke dalam bilik dan menguncinya daripada dalam.
Rayyen memandang ke arah Rayden yang sudah kemerahan kulit wajahnya akibat menahan marah terhadap gadis itu.
"Amacam?"
Rayyen menjongketkan keningnya ke arah Rayden. Rayden menghadiahkan jelingan tajam ke arah adik kembarnya yang langsung tidak berpihak padanya itu.
"Macam sial."
"Hahahahahaha!"
Rayyen hanya mampu bergelak ketawa melihatkan abangnya itu. Dia peduli apa. Bukannya selalu tengok Rayden kena buli dengan budak perempuan.
♥♠♣◆
Aku sudah dipaksa awal-awal oleh Rayden untuk masuk ke dalam helikopter selepas aku selesai daripada membersihkan diri. Aku pandang ke arah Rayyen yang berada di sebelah aku yang sedang khusyuk dengan rokok pada bibirnya.
Asap rokok dihembus setiap kali Rayyen menyedutnya.
"Siapa mamat ni?" Tanyaku pada Rayyen tentang lelaki yang sejak tadi duduk di tempat duduk pemandu helikopter.
FUHHH
Sebelum Rayyen menjawab pertanyaan aku, dia menghembus asap rokok tersebut di depan wajahku.
"Pemandu helikopter lah. Nama dia Kris."
Aku terbatuk-batuk menerima asap rokok tersebut. Kurang ajar betul budak ni. Aku merampas batang rokok tersebut yang berada di bibirnya.
"Wei, kau.."
Tanpa melengahkan masa, aku menekapkan hujung rokok yang masih berapi itu pada lengannya sehingga membuatkan baju yang dipakai oleh Rayyen terbakar dan mengena pada kulitnya.
"Argh! Sakitlah bodoh!"
Rayyen menepis kuat tanganku sehingga terpelanting batang rokok itu jatuh ke atas lantai. Aku tersenyum lebar ke arahnya.
"Padan muka!"
"Ishh, kau ni. Aku.."
"Apa?! Kau apa?! Tak sengaja? Aku sepak kau sampai mati nak?" Ugutku pada Rayyen.
Rayyen mencebik sambil mengusap lengannya yang terbakar akibat api daripada rokoknya sendiri itu. Terlihat jelas kesan bulatan merah pada kulit Rayyen yang putih itu.
Aku tersenyum gembira dapat mengenakan Rayyen. Memang sejak semalam lagi aku tahankan aje nak kenakan budak ni. Rasa macam nak tikam-tikam je.
"Oh ya, Rayyen. Asal korang berdua bawa aku ikut korang keluar daripada pulau ni?"
Rayyen tidak memandang wajahku.
Alaa, merajuk kah?
"Kau tanyalah Rayden." Katanya dengan nada yang marah.
"Uishh, merajuk ya labu.."
Aku ketawa kecil melihat perlakuan Rayyen yang serupa kanak-kanak itu. Comel dan euw.
Tidak lama kemudian, masuk Rayden ke dalam helikopter terus mengambil tempat duduk bersebelahan dengan aku. Aku berada di antara dua orang kembar itu.
Tanpa melengahkan masa, helikopter dipandu ke udara dan keluar daripada kepulauan itu.
"Rayden."
"Hmm."
"Asal kau bawa aku sekali?"
Rayden memandang wajah aku serius. Dia ni kalau tak serius memang tak boleh eh? Sama je macam Nade. Suka sangat buat muka serius.
"Kalau aku tak bawa kau, kau akan lari. Sebab itu lah aku bawa kau."
"Lari? Hmmm, buat apa aku nak lari daripada korang, kalau aku pun tak tahu cara nak lari daripada dua ekor beruk macam kau dan Rayyen." Sindir aku padanya.
"Kau kan..Black Joker. Mana lah tahu pandai melesap macam dalam TV."
"Perftt, itu kartun. Bukan aku."
"Sama lah tu."
"Tak! Tak sama." Bantahku padanya.
Akhirnya, Rayden senyap tidak mahu melayankan kerenah aku yang banyak mulut itu. Keadaan di dalam helikopter senyap dan sunyi. Hanya bunyi kipas helikopter yang terbang sahaja didengari olehKu.
Huhhh, bosanlah dengan dua ekor manusia ni.
Aku pandang ke arah pemandu helikopter yang bernama Kris itu. Tak pernah pula aku nampak muka mamat ni. Aku rasa dia datang bila diperlukan sahaja kot. Sebab, aku tak pernah tahu pun wujudnya helikopter dalam rumah Rayyen dan Rayden.
Ahhh, whatever. Heheh, aku tak sabar nak jumpa Alex.
YOU ARE READING
B&W |THE PERFECT MATCH|
Actie[⚠MATURE] COMPLETE✅ Black and White satu persamaan yang sangat padan. Semuanya berjalan dengan lancar apabila mereka berdua bersama. Namun, akibat pendedahan oleh lelaki yang bernama Zack mengenai kerja buruk mereka berdua membuatkan mereka berdua d...