13 RAYYEN

858 30 0
                                    

Batang rokok yang sudah pendek itu aku buangkan ke dalam tong sampah. Sebatang lagi rokok aku ambil dan menghidupkan pemetik api. Aku merokok untuk kali yang entah keberapa pun aku tak tahu. Sebab, sejak tadi lagi aku asyik menghadap meja siber ni dengan pancaran hologram itu.

Aku bersandar pada kepala kerusi dan menikmati hisapan pada rokok aku. Sedut dan hembus. Itu je lah yang aku buat sejak tadi. Nak berfikir pun otak rasa malas, langsung tak berfungsi.

"Heyyy, what are you doing?" Suara seorang gadis menyapa aku dari belakang.

Dan aku tahu siapa pemilik suara itu. Sebab, cuma dia seorang sahaja perempuan yang tinggal dalam rumah ni. Carolyn.

"Just smoking."

"Wow, kau tak cakap pun yang kau ada bilik bawah tanah."

"Hmmm, ini bilik khas untuk aku buat semua kerja."

"And...it full with technology. You're genius in searching and using the technology. Patutlah kau boleh tahu pasal aku."

"Ofcourse, I'm the genius behind the genius." Pujiku melambung-lambung.

"Hmmm, lebih pula kau ni."

Aku menghembus asap rokok ke udara. Carolyn mengambil tempat duduk di sebelah aku dan melihat ke arah hologram yang memaparkan pelbagai maklumat itu.

"Siapa mamat yang korang nakkan sangat tu?"

Aku menekan satu fail yang ada pada hologram tersebut lalu terpampanglah sebuah profil yang mengenai lelaki yang menjadi sasaran aku dan Rayden.

"Hmm, this guy..huh. So easy to get him." Kata Carolyn pada aku.

"Jadi, kau nak tolong aku dan Rayden?" Kataku sedikit teruja padanya.

Tiba-tiba, muncul kelibat Rayden. Aku pandang ke arah abang kembar aku itu. Dia kelihatan seperti hendak keluar.

Rayden mengambil duduk di kerusi sofa yang ada di situ.

"Kau nak ke mana?"

"Beritahu aku dekat mana Sven sekarang ni."

Dahiku berkerut mendengarkan arahan Rayden. Namun, tanpa sebarang bantahan aku membuka maklumat yang baru sahaja aku kumpul sebentar tadi.

"Apa yang aku dapati, malam ni tepat pada pukul 10 malam dia akan berada di kelab malam."

"Siapa juga yang datang dengan dia?"

"Macam biasa. Bodyguard dan beberapa orang polis kena rasuah tu."

"Aku akan pergi bunuh dia malam ni."

"No! Takkan kau nak pergi malam ni? Kita belum plan apa-apa pun lagi."

"Aku akan pergi juga."

Rayden berkeras mahu juga pergi membunuh Sven pada malam ini. Rayden kalau dah keras kepala mana boleh lawan. Walaupun aku adik dia pun, boleh je muka aku lebam lepas ni kalau aku tetap juga nak membantah.

"Aku tak nak kau pergi malam ni. We can discuss with her." Kataku menunjuk ke arah Carolyn yang duduk disebelah aku.

"Kenapa kau percaya sangat dengan minah ni?"

"Because, she Black Joker and she can help us with all this!"

Nada aku setikit tinggi bercakap dengan Rayden kerana aku mulai hilang sabar dengannya.

"Aku tak pernah nak percayakan dia. Kalau kau bawa White Joker tak apa lah kalau nak tolong kita buat semua benda ni."

Aku sedikit terkesan dengan kata-katanya. Bukan apa aku terkesan. Tapi, dia tak pernah nak hargai usaha aku kah?

"Masalahnya, cuma Black Joker je yang bebas buat masa ni. White Joker dan Black Joker tak ada banyak perbezaan pun. Mereka berdua sama-sama buat kerja jahat dan pandai dalam semua benda ni. Apa lagi yang kurangnya pada Black Joker?"

"Kurangnya dia sebab.." Rayden terkelu tidak tahu apa yang ingin dijawab olehnya.

"You never appreciate what I've done for you."

Rayden mendengus geram. Dia mengambil apa sahaja senjata daa alatan yang ingin digunakan olehnya di almari yang penuh dengan senjata. Aku biarkan sahaja Rayden melayan keras kepalanya itu.

"Kau pergi lah seorang diri. Aku tak nak ikut."

♥♠♣◆

Malam itu, aku tak boleh tidur. Sebab aku terlalu fikirkan keselamatan Rayden. Walaupun kadang aku benci abang sendiri, tak bermakna aku tak nak ambil tahu terus pasal dia. Sebab dia abang kembar aku dan satu-satunya keluarga yang aku ada.

"Hei, budak. Kau tak nak tidur lagi kah?" Tanya aku pada Carolyn yang masih leka dengan telefon ditangannya itu.

Entah apa lah yang minah tu main dekat telefon itu pun aku tak tahu. Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi di mana waktu sebegini sudah agak lewat malam. Budak ni boleh pula berjaga.

"Tak nak. Aku tak boleh tidur. Sebab, aku nak tengok Rayden berjaya ataupun tidak dengan tindakan dia yang dungu tu. Berlagak sangat tadi, kan?" Sindir Carolyn padaku walaupun aku bukanlah Rayden.

"Hmm.."

Aku menghirup air gas yang sudah separuh itu sehingga habis.

"Oh Ya, Rayyen. Kenapa Rayden kemaruk sangat dengan Nade?"

Aku berkerut memandang wajahnya cuba untuk memproses nama yang meniti pada bibir Carolyn.

"Oh, Nade, White Joker.."

"Ha'ah, kawan aku tu lah."

Setiap kali aku mendengar nama Nade pasti aku rasa berbunga.

"Tersengih-sengih. Kau dah kenapa senyum seorang diri? Gila?"

"Ehh, tak lah. Saja je senyum."

Aku melapikkan kepala aku dengan kedua-dua belah lengan aku.

"Kot ya pun, jawablah soalan aku tadi."

"Lupa pula. Rayden nakkan White Joker sebab dia suka cara White Joker buat kerja ataupun...Rayden ada..Hmm."

"Ada apa?"

Aku melepaskan keluhan di bibir.

"Aku rasa Rayden sukakan White Joker sebab itu lah dia nakkan sangat aku bebaskan White Joker. Bukannya kau. Tapi, nak buat macam kan. Kau je yang bebas."

"Hmmm, suka yang kau maksudkan tu..suka apa? Lain macam je bunyinnya."

"Alah, suka..suka macam dia nakkan White Joker jadi hak milik dia. Itu lah yang aku maksudkan."

"Ohhhh, aku ingatkan Nade yang gila tu tak ada orang yang suka dia."

"Hmmm, tipulah kalau tak ada. She's beautiful."

Our breaking news today, is about..

"What! Rayden get caught by the police?!"

B&W |THE PERFECT MATCH|Where stories live. Discover now