Mataku tidak lepas memandang ke arah skrin hologram yang memaparkan kawasan gudang itu. Aku lihat sekeliling gudang itu terdapat banyak kotak-kotak kayu dan sebuah kilang yang sedang bekerja memproses senjata.
Aku dapat kesan yang Nade dibawa masuk ke dalam sebuah bilik. Aku tidak tahu apa yang ada di dalam kawasan bilik itu dan apa yang mereka buat membawa Nade ke dalam bilik tersebut.
"Hmmm, aku rasa bilik tu tak ada CCTV. Ishh, susahlah kalau macam ni." Getusku pada diri sendiri.
Hampir 45 minit aku berdiri memerhati keadaan di dalam gudang itu. Tidak lama kemudian, keluar seorang lelaki bersama tiga orang lagi lelaki yang menjaga kiri, kanan dan belakang Nade. Gadis itu diletakkan di tengah-tengah bagi mengawasinya.
Aku zoom kamera pada wajah Nade. Nade tiada sebarang reaksi dan dia seperti lembu dicucuk hidung. Ikut sahaja arahan yang dikatakan oleh Zack dan konco-konconya.
"Haih, Zack kawal Nade melalui cip tu."
Aku teringat dengan kata-kata Alex. Aku boleh nampak dari segi riak Nade yang cukup mendiamkan diri dan tidak melawan itu bahawa dia masih dalam kawalan Zack. Tapi, apa yang Zack buat sampai dia boleh kawal Nade?
"Fuck that guy." Sumpah aku seorang diri di situ.
Aku menekan semula untuk melihat peta kerana aku dapat rasakan yang dia akan membawa Nade ke villa. Seperti yang aku jangkakan, titik merah itu bergerak tepat berhenti di sebuah kawasan perumahan dan tepat pada jam yang sama iaitu pada pukul 8 malam.
Aku membuat sesuatu untuk mendapatkan pelan bangunan villa tersebut. Tidak sia-sia aku belajar semua benda ni daripada Alex.
Ianya tidak mengambil masa lebih daripada 10 minit dan aku sudah dapat pelan bangunan villa tersebut.
"Hmmm, too easy. Zack..Zack. You messed up with me, you will regret it."
Apa yang aku dapati cuma ruangan di luar rumah sahaja yang mempunyai CCTV. Di dalam rumah pula tiada. Aku cuba sekali lagi untuk mencari satu alat teknologi yang boleh aku godam supaya aku dapat lihat keadaan di dalam villa tersebut.
Tidak lama kemudian, skrin hologram memaparkan satu sistem komputer yang aku boleh godam. Aku menggodamnya dengan laju tanpa pengetahuan mereka. Dalam masa 5 minit, kamera yang ada pada komputer itu memaparkan satu keadaan di dalam sebuah bilik kaca. Di dalam bilik tersebut pula terdapat banyak wayar dan mesin-mesin yang pelik.
"Wait? What? Is that..Nade?"
Aku lihat seorang gadis berambut perang ditahan pada sebuah katil. Badannya pula dipenuhi dengan wayar-wayar yang pelik. Namun, satu saluran yang mengalirkan sejenis cecair yang disambungkan pada lengan Nade menarik perhatian aku. Ianya mengalirkan sejenis cecair kelabu.
Nade berada dalam keadaan yang tidak sedarkan diri. Aku dapat rasakan yang dia memasukkan sesuatu untuk mengganggu cip yang ada dalam badan Nade. Sebab, cip tersebut mengalir pada saluran darah Nade. Ianya terlampau seni untuk dikesan melainkan menggunakan teknologi yang canggih sahaja boleh mengesan keberadaan cip tersebut.
Aku lihat seorang lelaki masuk ke dalam bilik kaca tersebut. Aku kenal wajah yang aku sangat benci dengan penuh dendam itu.
Zack...
Aku lihat dia tersenyum senget memaparkan riak wajahnya yang gembira melihat kesengsaraan Nade. Aku menggunakan kamera dan sambungkan dengan alat yang boleh mengesan percakapan seseorang itu hanya melalui gerak bibirnya sahaja.
Pada mulanya, ia cuma kedengeran seperti bunyi radio rosak. Tapi, ia berjaya menangkap suara Zack apabila aku dapat dengar suara lelaki itu melalui speaker.
YOU ARE READING
B&W |THE PERFECT MATCH|
Hành động[⚠MATURE] COMPLETE✅ Black and White satu persamaan yang sangat padan. Semuanya berjalan dengan lancar apabila mereka berdua bersama. Namun, akibat pendedahan oleh lelaki yang bernama Zack mengenai kerja buruk mereka berdua membuatkan mereka berdua d...