Aku menuruni anak tangga untuk ke ruang bilik bawah tanah di mana ia menempatkan tempat Rayyen selalu buat kerja. Aku lihat ke arah Rayyen yang duduk di meja kerjanya sambil menaip sesuatu yang ada di situ.
Aku mendekati Rayyen yang masih sibu dengan kerjanya itu.
"Buat pe tu.." tanyaku dengan nada yang mengusik.
Aku tahu dia tengah cari pasal White Joker. Tapi, aku sengaja tanya bagi menambahkan rasa menjengkelkan itu.
"Tengah buat anak lah ni. Tak nampak?" Rayyen membalas dengan wajah yang geram.
"Hehee, mana anaknya?"
"Tu.. dalam perut tu. Buncit je aku tengok." Rayyen menunjuk ke arah perut aku.
Aku pandang wajahnya dengan pandangan yang tajam.
"Mana ada buncit! Kau tu yang buncit. Kuat makan."
Hehe, sedangkan aku yang paling kuat makan dalam rumah ni. Tapi, perut aku tak buncit eh!
"Ya kah? Rasanya kau je yang tolong habiskan makanan aku dengan Rayden. Kalau aku dengan Rayden je dalam rumah ni, makanan yang aku masak tak pernah habis tau. Ada je yang masih boleh disimpan. Datang-datang kau je pandai pula setiap kali aku masak makanan boleh habis. Pelahap kau ni kan?"
"Hmmm, aku pelahap tak akan gemuk."
"Yakah? Aku tengok pipi makin tembam je."
Rayyen mencubit pipi aku dan menariknya dengan kuat membuatkan aku mengaduh rasa sakit.
"Mesra semacam je main cubit-cubit pipi." Sampuk satu suara garau dari jauh.
Aku dan Rayyen memandang ke arah Rayden yang baru sahaja menuruni tangga itu. Rayyen yang tadinya mencubit pipi aku kini, sudah dilepaskan olehnya.
"Babi kau, Rayyen. Sakitlah bongok!" Sumpahku padanya.
Pipi aku yang dicubitnya tadi diusap aku perlahan. Aku rasa memang merah pipi aku lepas ni.
"Sejak Black Joker pandai rasa sakit?" Kata Rayden pada aku.
Aku menjelingnya dengan pandangan yang menyampah.
"Aku pun manusia juga. Bukannya batu yang tak boleh rasa sakit."
"Hmm, korang berdua ni asal tembung je gaduh. Apahal korang berdua datang ni? Nak kacau aku?" Tanya Rayyen pada aku dan Rayden.
Rayyen memandang wajah aku dengan Rayden silih ganti.
"Nak tengok kerja kau lah." Jawab aku padanya.
Rayden pula cuma mendiamkan dirinya. Aku mengambil tempat duduk di sebelah Rayyen.
"Kau dah dapat apa-apa maklumat tak?" Tanya aku pada Rayyen.
"Belum lagi. Baru je semalam aku cari. Bukannya terus dapat hari ni maklumat pasal Zack dengan Liame tu."
"Hmm, aku ada dapat maklumat baharu."
Rayyen dan Rayden memerhatikan sahaja aku yang mengeluarkan sekeping cip dan sebiji kapsul itu daripada beg kecil yang aku selalu bawa setiap kali aku nak buat kerja. Aku meletakkan kedua-dua barang milikku itu di atas meja siber.
Aku mengambil USB dan mencucukkannya pada biji kapsul yang akan bersambung dengan meja siber. Aku masukkan sekali cip tersebut ke dalam kapsul itu. Ia memaparkan banyak fail pada hologram. Jari aku menekan pada sebuah fail yang aku simpan mengenai pelan bangunan.
"Pelan bangunan? Kau nak buat apa dengan pelan ni?" Tanya Rayyen pada aku.
"Pelan ni merupakan pelan bangunan syarikat Zack tu. Ia memudahkan aku untuk tengok pergerakkan Nade."
Rayyen merenung pada hologram yang memancarkan imej pelan bangunan itu. Begitu juga Rayden.
"Dari apa yang aku dapat, Nade akan ditempatkan di dalam bilik bawah tanah yang ada dalam syarikat tu. Lepastu, dalam pukul 7 malam, Nade akan dibawa ke sebuah..tempat yang aku rasa tempat tu adalah gudang. Lepastu, sejam berlalu dalam pukul 8 macam tu.."
Aku menekan pada sebuah tempat yang aku sudah tandakan pada peta.
"..mereka akan menetap di villa."
"Asal diorang bawa Nade pergi gudang dan villa?"
"Entahlah. Aku tak pasti kenapa. Yang pasti, lepas mereka pergi ke villa, mereka akan pulang semula ke syarikat Zack."
"Jadi, kau nak buat apa sekarang ni?" Tanya Rayyen pada aku.
"Hmm, aku perlukan masa seminggu untuk perhatikan gerak-geri mereka. Dalam masa seminggu tu, aku akan rancang untuk dapatkan Nade balik."
"Kau pasti Nade akan ikut cakap kau?" Sampuk Rayden yang sejak tadi asyik mendiamkan diri di tempatnya duduk itu.
"Betul juga tu. Dia kan bekerja dengan Zack. Macam mustahil je." Sokong Rayyen pada kata-kata abang kembarnya itu.
"Kita tengok je dulu. Aku dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena dengan Zack tu."
"Maksud kau..Zack nak White Joker buat semua kerja untuk dia? Macam tu?" Kata Rayyen pada aku.
"Boleh jadi juga. Tapi, aku masih pelik dengan Nade. Tak semudah itu Nade nak buat kerja untuk orang. Apatah lagi nak kerjasama dengan orang lain."
"Macam mana kalau Nade memang nak bunuh kau? Kau nak buat apa?" Tanya Rayden padaku.
"I don't know. Maybe, I'm just..let her kill me. Lagipun, aku pun bersalah sebab lama sangat biarkan dia duduk dalam penjara. Tipulah kalau dia tak ada rasa dendam dengan aku."
"Ishh, tak yah difikirkan sangat benda tu dulu." Kata Rayyen pada aku.
"Hmm..yelah.."
"Kau perhatikan benda ni semalaman kah?"
Tunjuk Rayyen ke arah titik merah tersebut.
"Ha'ah.."
"Ohhh.."
"Kalau kau rajin tengok lah puas-puas. Mana lah tahu dapat apa-apa kah." Sengih aku padanya.
Aku haraplah dia faham apa maksud tersirat aku tu.
"Okey."
Aku ketawa kecil. Ini lebih bendul aku rasa. Memang dia tak faham apa yang aku maksudkan. Senanglah aku nak perdayakan dia.
"Kalau ada apa-apa nanti, beritahu aku."
Kaki aku membuka langkah menuju ke arah tangga dan melangkah untuk ke tingkat atas. Aku membuat panggilan pada Alex.
"Alex, aku nak kita jumpa."
YOU ARE READING
B&W |THE PERFECT MATCH|
Acción[⚠MATURE] COMPLETE✅ Black and White satu persamaan yang sangat padan. Semuanya berjalan dengan lancar apabila mereka berdua bersama. Namun, akibat pendedahan oleh lelaki yang bernama Zack mengenai kerja buruk mereka berdua membuatkan mereka berdua d...