Sesampainya di pulau, aku terus merebahkan badan aku di atas sofa di ruang tamu. Mataku mulai terasa mengantuk sebab seharian aku tak tidur. Rasanya hampir 20 jam aku tak tidur kerana sibuk dengan kerja di Las Vegas.
Dari pagi berjumpa dengan Alex, bunuh Sven pada waktu malam buta dan pagi ini baru sahaja aku membebaskan Rayden. Langsung tidak berhenti untuk berehat. Aku cuba untuk melelapkan mata aku sekejap.
Erggh, penatnya~~
"So...kau dah percayakan dia?"
Aku dapat dengar suara Rayyen bercakap dengan Rayden. Aku biarkan sahaja kerana aku lebih melayan mata aku yang mengantuk ini. Tetapi, telinga aku tetap mahu curi-curi dengar perbualan mereka.
"Hmmm.."
Rayyen pandang Rayden seakan-akan tidak suka dengan soalan aku.
"Kau patut berterima kasih tahu tak. Aku ni still sayangkan keluarga sendiri."
"Yeah..Yeah. Thanks because you save me."
"Ehhh, salah orang tempat kau berterima kasih. Tuuu...sana tu tempat kau nak berterima kasih bagai."
Aku bangun daripada terus berbaring sebab aku dapat rasakan mereka sedang bercakap pasal aku. Jadi, lebih baik aku larikan diri sebab aku tak selesa dengar orang bercakap pasal aku. Aku melangkah menuju ke dapur dan mengambil segelas minuman.
Aku membawanya bersamaku ke gazebo yang ada di belakang rumah. Aku cuba untuk tenangkan fikiran aku selepas penat lelah aku bekerja.
Telefon yang berada di tangan aku buka kerana aku Alex menghantar mesej padaku. Aku biarkan sahaja mesej itu tidak berbalas kerana aku tahu dia cuma nak ganggu aku. Cakap pasal benda yang merepek dan tak ada motif langsung. Baik aku diamkan diri je.
Aku menutup mulutku yang menguap serupa badak air itu. Gila kau mengantuk mata aku ni. Walaupun aku tahu sekarang masih waktu pagi dan bukannya malam, aku tetap nak tidur juga.
Aku masuk semula ke dalam rumah dan meletakkan gelas kosong itu di atas meja. Aku melimpasi meja makan di mana Rayden dan Rayyen sedang bersarapan pagi.
"Kau tak nak breakfast kah?"
"Tak nak. Aku mengantuk. Nak tidur."
Kakiku membuka langkah menuju ke arah anak tangga. Aku masuk ke dalam bilik dan mengambil bantal serta selimut keluar daripada bilik. Aku turun semula menggunakan tangga dan menuju ke arah ruang tamu.
Aku menyelaraskan sofa tersebut dengan menurunkan kepala sofa itu sama rata dengan tempat duduk. Sofa itu kini kelihatan seperti katil. Bantal aku letakkan di hujung dan aku terus berbaring di atasnya. Aku selimutkan badan aku dan.. akhirnya, aku pun lena diulit mimpi.
♥♠♣◆
Aku meregangkan otot badanku yang terasa lelah itu. Hmmm, lenanya tidur. Tapi, aku nak tidur lagi. Aku ketatkan lagi bantal yang aku peluk.
Kejap..bukankah aku bawa satu bantal je. Sejak bila aku ada bantal lebih nak dipeluk ni?
Aku celikkan mataku sedikit. Hmmm, berotot.
"Aaaa!" Jeritku kecil apabila aku mengetahui yang aku memeluk tangan sasa seorang lelaki.
Eee, geli...euw...
Aku dapat rasakan yang seluruh tubuhku menggeletar kegelian. Ini adalah bilik Rayden. Macam mana aku boleh ada dalam bilik ni. Aku kan tidur dekat ruang tamu. Takkan aku mengingau sambil berjalan?
Aku pandang wajah Rayden yang langsung tidak bergerak walaupun aku sudah lama terjaga daripada tidur. Wajah lelaki itu kelihatan sangat letih.
Huh, baru duduk sehari dalam penjara biasa mamat ni dah letih. Apalah nak dibandingkan dengan aku yang duduk dalam penjara yang lebih ketat itu.
YOU ARE READING
B&W |THE PERFECT MATCH|
Action[⚠MATURE] COMPLETE✅ Black and White satu persamaan yang sangat padan. Semuanya berjalan dengan lancar apabila mereka berdua bersama. Namun, akibat pendedahan oleh lelaki yang bernama Zack mengenai kerja buruk mereka berdua membuatkan mereka berdua d...