12 B.J.

885 21 0
                                    

Kereta yang dipandu oleh Kris berhenti di depan sebuah bangunan. Aku turut keluar bersama mereka berdua.

"Kau nak bawa dia masuk sekali kah?" Tanya Rayden pada Rayyen.

"Ha'ah lah. Dia kan tolong kita."

"Kau percaya dia boleh buat kerja dengan kita?"

"Ofcourse i trust her."

"Dia..erghh."

Rayden mendengus geram. Dia melangkah masuk ke dalam bar terlebih dahulu.

Aku pandang sekeliling bandar Las Vegas yang semakin banyak perubahan itu. Lama juga aku duduk dalam penjara sampaikan rasa macam dah lama sangat aku tinggalkan dunia luar.

"Jom, masuk." Kata Rayyen pada aku.

Aku melangkah membontoti Rayyen dari belakang masuk ke dalam bar. Aku lihat sekelilingnya dan terasa amat biasa dilihat pada pandangan aku. Kelihatan hanya sedikit sahaja pelanggan mengunjungi bar.

Biasalah, bar aktif waktu malam je akan ramai pelanggan. Petang macam ni memang taklah. 

Aku tertarik mahu melihat ke arah aquarium besar yang terdapat banyak ikan-ikan yang tinggal di dalamnya. Alah, comelnya ikan-ikan ni. Rasa macam nak cekik je sekor yang gemuk tu. Eee, geram.

Kalau aku bakar ni, lagi seronok.

"Woi.."

Aku menoleh ke belakang memandang wajah Rayyen yang menanggil aku. Dia buat isyarat untuk ikut dia dan Rayden masuk ke dalam lif.

"Kejap, aku nak ke tandas dulu."

Aku berlalu pergi ke arah bilik air yang sudah pasti aku tahu laluannya. Nah, tak ada banyak perubahan pada bar ini. Aku pernah pergi dan jejakkan kaki ke sini sebelum ni.

Selesai membuang air kecil, aku keluar dan melangkah ke arah lif. Tiba-tiba, tangan aku ditahan dari belakang oleh dua orang pengawal. Mereka merenung wajahku dengan pandangan yang dingin.

"Kau nak ke mana?"

"Hello~~ it's me. Takkan kau dah lupa?" Kataku pada mereka berdua.

Aku senyum sambil mengerdipkan mana aku ke arah mereka berdua yang merenung tajam wajahku ini.
I'm pretty sure, I'm the beautiful one.

"Ohh, Black Joker."

"Yeah, Carolyn. Dude, lama dah tak jumpa kau."

Bahu aku ditepuk kasar dan aku diberi satu tumbukkan pada bahu kanan aku. Memang sudah menjadi kebiasaan aku diorang tegur aku macam tu. Jadi, aku tak perlu ambil hati pun kalau mereka berdua pukul aku. Sebab ianya cuma gurauan.

"Sudahlah, jangan halang laluan aku. Ta..ta.."

Kelibatku hilang disebalik pintu lif.

♥♠♣◆

Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam bilik tersebut, semua mata memandang ke arah aku.

"What? Am i that strange to you guys." Kataku pada mereka.

Aku pandang wajah Rayyen dan Rayden yang duduk menyertai beberapa orang yang aku kenali di situ.

"You're back. Come and join us." Kata lelaki yang kelihatan semakin hari semakin tua itu.

"Jericho, you know her?"

Rayden kelihatan terkejut apabila Jericho mengenali aku.

"Yeah, she's one of us. Dia yang selama ni kerja dengan aku dan bantu aku." Kata Jericho pada Rayden.

Aku mengambil tempat duduk menyertai mereka di situ, di meja bulat yang selalu menjadi tempat mereka bermesyuarat.

"Kau tinggal dengan siapa sekarang ni?" Tanya Jericho pada aku.

Perbincangan yang sepatutnya membincangkan tentang kerja Rayden dan Rayyen, kini bertukar kepada perbualan kosong dengan aku.

"Dengan Lion King dan Smoker. Haa.." Kataku pada Jericho sambil terangguk-angguk.

Jericho berkerut memandang wajah aku.

"She call us using that name." Sampuk Rayden sekali lagi.

Jericho memandang ke arah aku, Rayden dan Rayyen silih ganti.

Rayden ni memang suka menyampuk, eh?

"Aku tak kisah dia panggil aku smoker. Kau je yang menyinga. Hahahaha!" Ketawa Rayyen menyokong kata-kata aku.

Rayyen menerima pandangan tajam daripada Rayden.

"Okay, stop it. Aku suruh korang berdua datang sebab nak bincang pasal kerja. Bukannya nak bergelak ketawa." Kata Jericho tegas.

"Hmm, dia dulu yang melencong. Mengata kita pula." Kata Rayyen pada Jericho.

Jericho buat muka unta menerima hentaman daripada Rayyen itu. Dasar anak angkat tak guna.

"Okey, sekarang ni kita serius. Macam mana dengan plan korang?" Tanya Jericho pada Rayden dan Rayyen.

Aku yang duduk di kerusi itu hanya duduk diam dan membuka telinga sahaja mendengarkan perbincangan mereka.

"Susah. Kitorang dah sedaya upaya fikir jalan nak bunuh Sven."

"Dia tu licik dan banyak helah nak kenakan balik aku dan Rayden."

"Sebelum ini, aku pernah cuba nak bunuh dia. Tapi, aku salah langkah sampaikan boleh kantoi dengan Sven depan mata."

Jericho cuma menganggukkan kepalanya mendengar kata-kata daripada Rayden dan Rayyen.

"Sekarang ni...agak sukar sebab Sven main kotor dan dia minta bantuan polis dengan merasuah diorang untuk jaga keselamatan dia." Kata Rayyen pada Jericho.

"So, what you gonna do next? It been 2 weeks i give you time to kill him."

"We try and.."

Belum sempat Rayyen menghabiskan ayatnya, Jericho terlebih dahulu memotong percakapannya.

"Okay, i give you 3 days from now to kill him. Aku tak nak mamat tu hidup atas muka bumi ni."



 

B&W |THE PERFECT MATCH|Where stories live. Discover now