22 W.J.

813 21 0
                                    

"Ikut je apa yang aku cakap!"

"Tak nak bodoh! Buat apa aku nak ikut orang macam kau?! Hahaha!"

"Heh.."

Muka aku ditarik dan kedua-dua belah pipi aku dicengkam kuat oleh lelaki itu. Mata coklatnya merenung dalam ke arah anak mata aku.

Aku tidak boleh buat apa-apa melainkan cuma kaku ditempat aku kerana tangan aku dicengkam kuat menggunakan gari.

"You will be my slave, baby."

Dahi aku dihadiahkan dengan satu kucupan oleh lelaki itu. Pipi aku diusap olehnya lembut. Aku menghantukkan kepala aku dengan kepalanya. Lelaki itu terdorong ke belakang sedikit akibat menerima hentaman daripada aku.

Aku tersengih sinis ke arahnya.

"Baru je kena hantuk dengan kepala, belum lagi aku sepak kau punya anu tu. Biar kau mandul!"

Aku mengakhiri kata-kata aku dengan gelak ketawa.

Wajah lelaki itu kelihatan tidak berpuas hati dengan aku lalu perut aku ditendang olehnya. Dapat aku rasakan bahagian abdomen aku terasa ngilu.

Fuck, this guy.

"Tak apa. Lepasni.."

Satu suntikkan dicucuk pada leher aku. Aku dapat rasakan satu cecair mengalir ke dalam tubuh badan aku. Sakit.

"...kau akan ikut aku."

Aku tersentak daripada tidurku. Aku lihat sekeliling aku dan ianya masih dalam tempat yang sama. Semuanya serba putih sebab aku memang sudah ditukarkan ke penjara baharu.

"It just..a dream. Huh, oh my goodness." Keluh aku seorang diri.

Aku bersandar pada dinding putih itu. Aku termenung sekejap.

Asal mimpi aku tu pelik sangat?

Aku mengusap bahagian leher aku yang aku rasa kena suntik di dalam mimpi itu.

"Auch.."

Aku rasa sakit apabila menekannya sedikit. Rasa macam kesan suntikkan. Aku cuba untuk mengingat sesuatu apa yang berlaku sebelum aku tidur tadi.

Tapi, aku gagal untuk mengingatinya.

Aku lihat tangan aku tidak bergari tetapi, terdapat kesan lebam pada pergelengan tangan aku disebabkan kena gari. Dan, ianya seperti kesan yang baru sahaja muncul.

Tapi, nak kata ada orang yang masuk ke dalam penjara aku..rasanya cuma ketua polis sahaja yang dibenarkan masuk. Tiada orang lain. Tapi, siapa lelaki yang ada dalam mimpi aku tu.

Ataupun, ianya bukanlah mimpi. Tapi, aku masih dalam penjara sebab mamat tu nak bawa aku lari daripada penjara. Aku tak tahu kenapa dan apa helah lelaki itu.

Tapi, yang pastinya aku rasakan dia nak mempergunakan aku. 

Aku berdiri dan berjalan ke arah hujung bilik di mana itu merupakan laluan keluar masuk orang luar. Aku menyentuh dinding tersebut dan cuba untuk mencari pintu tersebut.

Aku cari, cari dan cari tetapi, aku tak jumpa. Aku langsung tak jumpa satu pintu pun.

Takkan aku ni gila kot. Berkhayal? Aku tak ambil dadah. Nak kata aku minum arak, mana ada orang yang bagi aku minum wine, champangne ataupun seangkatan dengannya.

Tiba-tiba, di hujung sebelah kanan aku sebuah pintu terbuka dan masuk seorang lelaki. Lelaki itu tersenyum lebar ke arah aku.

Dia..dia lah mamat yang ada dalam mimpi aku tu.

"You! What are you doing to me?!"

"Me? I didn't do something. I just give you a night kiss before you sleep."

Aku berkerut memandang wajahnya. Pintu yang tadinya terbuka kembali ditutup membiarkan aku dan lelaki itu di dalam bilik yang serba putih ini.

"Apa yang kau nak? Macam mana kau boleh masuk dalam ni?!"

"Aku datang cuma nak lawat kekasih aku ni. Tak boleh kah?"

Aku tersengih sinis ke arahnya.

"Memang tak boleh dan amat dilarang."

"Hmmm, lantaklah kalau tak boleh. Asalkan aku dapat tengok muka kau je."

"What do you want from me?"

Sekali lagi aku mengasaknya dengan soalan yang sama.

"Hmmm, aku nak kau bebas. Almaklumlah, kawan kau..Black Joker tak pernah nak datang pun selamatkan kau. Jadi, aku datang nak selamatkan kau lah."

Aku merenung wajahnya tajam. Sudah agak lama aku tidak mendengar nama itu. Sebab, aku langsung tidak dibenarkan mengetahui dunia luar.

"Kau tahu tak. Kawan kau tu sekarang ni bahagia tanpa kau dan langsung tak fikirkan pasal kau pun."

"Hmmm, I don't fucking care. Liars."

"Ohhh, you call me a liar?"

Lelaki itu mengeluarkan sesuatu daripada poket jaketnya lalu menunjukkan telefonnya ke arah aku. Skrin telefon itu memaparkan satu gambar dua orang lelaki bersama seorang perempuan.

Aku dapat mengecam wajah perempuan itu, Carolyn.

"Kalau kau tak percaya..dia memang tak ambil kisah langsung pasal kau. Kau duduk dalam penjara ni...dia langsung tak fikirkan pasal kau pun. Lagi satu, dia buat semua kerja dia tanpa fikirkan kau."

Lelaki itu menunjuk ke arah aku berita dari dunia luar.

Mr. Cordy has been shot on the head.

Black Joker? Is she helping Rayden Rixton ran away from jail?

Aku rasa sakit hati bila membaca berita yang kedua itu. Dia lagi sanggup lepaskan mamat tu daripada lepaskan aku?

"Kau nampak kan? Dia bahagia sangat-sangat sekarang ni."

B&W |THE PERFECT MATCH|Where stories live. Discover now