48 W.J.

752 18 0
                                    

Aku duduk di ruang tamu apabila diarahkan oleh lelaki itu. Aku sebenarnya masih tak tahu nama diorang bertiga. Sebab, aku malas nak tanya. Mereka berdua duduk depan aku dan membawa bekas putih first aid kid bersama mereka.

Seorang lagi antara mereka habis sahaja makan malam tadi, dia terus naik ke atas dan masuk ke bilik. Aku perasan yang mamat seorang tu nampak muram je. Aku tak suka tengok orang kemuraman ni. Lagi-lagi, ianya kalau melibatkan kawan baik aku, Carolyn.

"Aku nak tukar balutan kau tu." Kata lelaki yang berkerusi roda itu.

Lelaki itu mendekati aku dengan menyorongkan kerusi rodanya kedepan menghadap aku yang duduk bersila di atas sofa. Datang pula seorang mengambil duduk bersebelahan dengan aku.

"Aku nak tukarkan." Kata lelaki yang berada di sebelahku itu manja.

Lelaki itu mendapat jelingan tajam.

"Kau pandai kah? Aku takut nanti kau sentuh benda lain pula."

"Ehh, dia aku punya. Aku sentuh lah."

"Kau jangan nak mengada-ngada aku tak nak bagi kau tukarkan. Kau bukannya reti pun."

Aku pelik dengan kelakuan mereka berdua yang sempat lagi bergaduh semata-mata nak tukarkan balutan aku je.

"Yelah.. kau je pro, Dr. Alan Zane Cruze." Sindir lelaki itu memanggil nama penuhnya.

"Mestilah aku pro wahai datukku Rayyen." Alan membalas sindiran Rayyen.

Okey, nampaknya tak payahlah aku nak tertanya-tanya lagi nama diorang.

"Kau tukar balutan sendiri pun, kau pergi balut kau punya pinggang dengan punggung sekali."

"Mana ada. Suka hati kau je nak tuduh aku."

"Kau jangan nak menafikan apa yang aku cakap."

Rayyen akhirnya diam tidak berkata-kata. Alan sudah bersedia untuk melakukan tugasnya. Alan sentuh bahu aku dan dia pandang aku ragu-ragu.

"Kenapa?" Tanya aku pelik ke arahnya.

"Emm, kau tak kisah kah nak buka baju depan lelaki?"

Tanpa teragak-agak aku bukan baju t-shirt yang aku pakai depan mereka berdua. Baju t-shirt itu pula aku buat ia melintang dan aku ikat menutup bahagian dada aku walaupun aku memang sudah pakai bra.

Aku lihat ke arah mereka berdua. Mereka berdua kelihatan terkejut memandang aku.

"Kenapa korang pandang aku macam tu?"

"Tak ada lah. Tanggalkan kau punya tu..." tunjuk Alan pada pakaian dalam yang aku pakai.

Aku ikutkan sahaja dengan menanggalkan baju dalam aku. Tapi, dada aku masih setia dilindungi dengan baju t-shirt yang aku ikat tadi pada bahagian dada aku. Jadi, tak ada lah terdedah sangat.

Kalau aku sendiri yang tukar balutan ni memang tak akan jadi rasanya. Aku nak sapukan ubat sendiri pun tak nak dan aku tak tahu nak pakai ubat yang mana satu. Sebab, aku tak pernah cedera seteruk ni.

Alan melaksanakan tugasnya dengan menyapu ubat terlebih dahulu. Aku perasan yang Rayyen sejak tadi tak lepas daripada merenung aku.

"Nice babe. I like your boobs." Bisik Rayyen pada telinga aku.

Aku pandang ke arahnya dengan pandangan yang tajam. Aku tak suka orang gurau lucah dengan aku.

"Stop it before I kick you." Ugut aku padanya.

"If you kick me, I lick you."

Rayyen dengan beraninya dia menjilat cuping telinga aku. Aku terus menendang perutnya yang cedera itu. Lelaki itu kelihatan terasa senak pada bahagian perutnya yang ditendang oleh aku.

B&W |THE PERFECT MATCH|Where stories live. Discover now