Makanan aku suapkan ke dalam mulut sambil mataku memerhati pada skrin hologram. Semua maklumat yang aku dapat daripada cecair itu aku dapat daripada menggodam sistem komputer makmal Menzel.
Tiba-tiba, telinga aku menangkap suara deruman enjin kereta memasuki garaj. Itu sudah pasti menandakan kedatangan Rayden. Aku sudah agak mereka akan makan di luar sebab hari ni aku tak masak breakfast.
Mengantuk gila mata aku hari ni. Sebab, aku tak sedar yang aku buat kerja sampai pukul 6 pagi. Tak sangka pula aku pandai melalut sampai macam ni sekali. Tapi, dah lama juga aku tak buat kerja sampai tahap macam ni.
Aku melangkah pergi meninggalkan bilik kerjaku dan naik ke tingkat atas. Apabila aku tiba di ruang tamu, kelibat Rayden dan Carolyn muncul.
"New style, huh?" Tanya aku padanya.
Aku perasan yang minah tu ikat rambutnya yang berwarna perang itu. Sebab, sebelum ni dia mana pernah ikat rambut.
"Aku rimas dengan rambut aku yang makin hari makin panjang."
"Ohhh..heh.. Raydennn..."
Aku pandang wajah Rayden dengan pandangan yang mengusiknya. Aku tahu dari tadi Rayden asyik pandang leher gadis itu. Rayden ni gila batang leher perempuan sikit.
Jadi, amat senanglah nak Carolyn dapat love bite nanti. Hahahahha.
"What?"
"Are you looking at her neck?"
"Hmmm, malas aku layan kau. Ni...ambil semua kau punya barang dapur ni."
Rayden menghulurkan aku 3 bungkus plastik besar yang berisi barang dapur. Aku letakkan di atas meja makan dan kembali semula ke ruang tamu. Rayden kembali semula daripada garaj dan membawa lagi empat buah plastik berserta 2 beg kertas di tangannya.
"Banyak betul barang yang korang beli."
"Macam lah kau tak tau barang siapa semua ni."
Aku pandang Carolyn yang datang mendekati aku dan Rayden. Gadis itu mengambil 2 buah plastik yang berada di tangan Rayden itu. Selebihnya pula Rayden pegang sendiri.
"Apa yang kau beli hah?" Tanyaku pada Carolyn.
"Candy." Katanya pada aku.
Aku merampas satu daripada plastik yang ada di tangannya. Aku selongkar dan di dalamnya terdapat pelbagai jenis gula-gula dan manisan yang lain.
"Sayang juga abang aku dekat kau. You must appreciate what he did to you young lady."
Carolyn hanya menjelirkan lidahnya ke arah aku dan berlari menuju ke arah dapur. Rayden juga mengekori gadis itu ke dapur. Aku turut sama mengekori mereka berdua.
Aku lihat Carolyn menyusun makanan miliknya di dalam salah sebuah kabinet yang masih kosong itu. Rayden membantu gadis itu menyusunnya juga. Bila aku pandang Rayden gembira. Aku rasa macam mamat tu dah dapat kebahagiaan dia sendiri.
Aku? Alahai, bila lah nak dapatkan? Tengok abang sendiri dah bahagia aku pun rasa dengki je.
"Mummy, jangan lah rapat sangat dengan Rayden. Adik tak suka. Daddy pun sama."
"Ehh, mummy dengan daddy sayang kamu berdua dan rapat dengan kamu berdua. Tak ada istilah berat sebelah okey." Kata mummy pada aku.
"Daddy sayang kembar daddy ni eh.."
"Wei, kau termenungkan apa jauh sangat sampai tembus dinding tu." Tegur Rayden pada aku mengembalikan aku semula ke alam nyata.
Aku hanya senyum nipis. Aku rasa aku ni memang dari kecil agaknya cepat dengki pada Rayden.
"Tak ada lah. Saja je termenung."
"Termenung tengok budak tu kah?" Kata Rayden pada aku sambil menunjuk ke arah Carolyn yang masih leka dengan barangnya itu.
"Eh, buat apa aku tenung dia. Not my type."
"Hmm, kau bangun pukul berapa tadi?"
"Lebih kurang dalam....40 minit yang lalu."
Lama aku tidur tu. Dari pukul 7 pagi sampai pukul 6 petang aku tidur. Gilerlah, 12 jam aku tidur. Hmm, asalkan bahagia.
"Okey, masak makan malam." Arah Rayden pada aku.
"Korang belum makan lagi kah?"
"Belum."
"Ishh, engkau ni. Aku lempang nanti kau marah pula. Kenapa lah tak beritahu aku awal-awal kau tak makan luar tadi. Boleh lah aku masakkan sekali."
Aku menghembus nafas geram. Mamat ni memang suka menyusahkan aku. Walaupun aku suka masak dan ianya salah satu hobi aku, tak semestinya aku suka buat kerja dua tiga kali.
"Siapa suruh kau baru nak breakfast? Monyet."
"Bodoh, aku kena lah tidur nak dapatkan tenaga."
"Yelah..."
"Wei."
Aku dan Rayden serentak memandang ke arah Carolyn yang baru sahaja mahu bersuara itu. Gadis itu sudah habis menyusun kesemua barangnya.
"Aku nak discuss something dengan korang berdua ni."
"Pasal apa?" Tanya Rayden pada Carolyn.
"Nade."
YOU ARE READING
B&W |THE PERFECT MATCH|
Aksi[⚠MATURE] COMPLETE✅ Black and White satu persamaan yang sangat padan. Semuanya berjalan dengan lancar apabila mereka berdua bersama. Namun, akibat pendedahan oleh lelaki yang bernama Zack mengenai kerja buruk mereka berdua membuatkan mereka berdua d...