4 tahun berlalu..
"Huhh, bosan gila duduk dalam sangkar burung ni. Rasanya mati dalam ni pun langsung tak aman." Kataku pada diri sendiri.
Aku sengaja bermain-main seperti hari-hari biasa aku duduk dalam penjara. 4 tahun berlalu duduk terperuk dalam penjara sampaikan umur aku sudah mencecah 19 tahun. Nade pun aku dah lama tak jumpa. Apa lah agaknya minah tu buat sekarang ni ya? 4 tahun duduk dalam penjara? Hah, untuk orang gila macam aku memang duduk dalam penjara lah namanya.
Duduk disisih daripada orang ramai. Dilayan macam binatang. Makan makanan yang separuh basi. Itu sudah cukup lali bagi aku.
Sepanjang aku tinggal di tempat baharu yang dipanggil penjara ini, sepanjang itu lah aku keluar masuk ke mahkamah untuk dibicara atas kes jenayah yang aku lakukan. Rasa hampir 5 kali dalam setahun aku keluar masuk penjara untuk ke mahkamah.
Hehe, selama itulah aku membuat rancangan untuk melarikan diri. Aku sudah tahu siapa yang akan silih ganti jaga aku di penjara. Aku sudah tahu selok-belok keluar penjara. Bukankah senang tu?
Hehe, tapi, rancangan aku bukanlah semudah itu. Aku sudah merancang dengan lebih dalam supaya aku berjaya melarikan diri. Pasukan yang menjaga aku dan Nade di dalam penjara bukanlah calang-calang pasukan.
Mereka daripada pasukan elit yang sukar untuk dilepasi. Jadi, plan aku mesti menjadi.
Tepat pada waktu sebegini, seorang ketua daripada pasukan elit akan masuk melawar aku. Melawat? Hmm, dia lawat sebab nak pastikan aku tak terlepas. Aku dah hafal sangat dah waktu-waktu dan hari-hari dia akan melawat aku.
Tidak lama kemudian, masuk seorang lelaki berbadan tegap ke dalam penjara di dalamnya ada lagi penjara kecil yang khas untuk aku. Spesial kan aku ni?
Aku melihat wajahnya dengan senyuman yang sinis dari dalam penjara yang mengurung aku ini. Pandanganku tidak lagi daripada melihat anak mata lelaki itu.
"Hoi, bapok. Datang nak berborak dengan aku kah? Hahahahahahhahaha!" Ketawaku kuat padanya.
Aku suka menguji kesabaran lelaki gagah itu dengan kata-kataku yang penuh dengan sindiran.
"Aku? Nak berborak dengan kau? Aku yang waras ada standard sendiri. Kau yang tak waras tu patut bercakap dengan tiang besi je."
"Oh ya kah? Aku ingatkan kau tak waras juga. Sebab orang yang waras takkan bercakap dengan aku yang gila ni."
Senyumku lebar ke arahnya. Psycho? Hahaha, itu memang kerja aku. Aku memang suka psycho pemikiran orang lain.
"Huhh, patutlah kau memang tinggal dalam ni. Memang layak pun."
"Kau pun layak juga. Sebab kau melayan aku yang gila ni. Luas lagi tempat dalam ni. Cukup untuk kau."
Sekali lagi aku menghentamnya dengan kata-kataku yang cukup pedas itu. Wajahnya sedikit berubah seperti menahan kesabaran bercakap dengan aku yang gila ni.
Sengaja aku dekatkan wajahku padanya. Jarak antara kami hanya dihalang oleh besi. Aku tersenyum sumbing ke arahnya. Lelaki itu tersengih sinis membalas senyuman aku yang Sengaja mencabar kesabarannya itu.
Lelaki itu mencengkam kedua-kedua belah pipiku dengan agak kuat seakan-akan mahu melepaskan rasa marahnya padaku.
"Kau cantik..hehh, tapi gila." Katanya padaku.
Kepala aku ditolaknya kasar melepaskan geram.
"Jadi, kau nak kata perempuan cantik ni gila lah? Macam tu? Nampaknya selama ni isteri kau hodoh tu waras lah." Kataku melibatkan isterinya yang tidak bersalah itu.

YOU ARE READING
B&W |THE PERFECT MATCH|
Akcja[⚠MATURE] COMPLETE✅ Black and White satu persamaan yang sangat padan. Semuanya berjalan dengan lancar apabila mereka berdua bersama. Namun, akibat pendedahan oleh lelaki yang bernama Zack mengenai kerja buruk mereka berdua membuatkan mereka berdua d...