8 B.J.

1K 31 0
                                    

"Nah, ini semua untuk kau."

Aku pandang beg kertas yang dihulurkan oleh Rayden itu. Dahiku berkerut memandang wajah lelaki itu.

"Huhh, ambil ni."

Rayden mengambil tangan aku dan meletakkan pemegang beg kertas pada tanganku. Lelaki itu terus berlalu pergi daripada situ meninggalkan aku bersama Rayyen.

"Asal abang kau tu pelik sangat?" Tanya aku pada Rayyen yang sedang menghirup secawan kopi di depan aku.

"Entah. Tak pernah pun dalam seumur hidup aku tengok Rayden belikan barang untuk perempuan."

Aku menyelongkar isi di dalam beg kertas itu. Ianya terdapat dua pasang baju dan sepasang baju tidur.

What is..ergh...

Aku dapat rasakan yang pipi aku terasa membahang.

"Apa benda yang Rayden belikan untuk kau? Bak sini aku nak tengok."

Belum sempat aku menjauhkan beg kertas itu daripada Rayyen, tangannya lebih pantas merampas beg kertas tersebut daripada aku.

"Woi, bagilah balik."

Aku cuba merampas. Namun, Rayyen lebih pantas melarikannya daripada aku. Rayyen menyelongkar isi di dalamnya dan menarik keluar sesuatu yang amat memalukan di depan aku.

Rayyen pandang aku dengan pandangan yang semacam. Aku semakin rasa malu dan rasa nak hempuk je kepala mamat tu.

"Wow, Rayden tahu saiz kau. Korang berdua ada something kah?" Sengih Rayyen padaku.

Aku merampas semula beg tersebut lalu menghayunkannya tepat mengena pada kepala Rayyen. Rayyen mengaduh rasa sakit.

"Kau jangan nak fikir benda yang bukan-bukan pasal aku. Aku tak ada kena mengena dengan abang kau yang tak guna tu."

"Mana lah tahu ada apa-apa hubungan kah semenjak kau tidur dalam bilik abang aku."

Kali ini, rasa geram aku membuak-buak pada Rayyen. Cawan yang digunakan oleh Rayyen aku baling pada dinding sehingga pecah berkecai. Rayyen yang melihat perlakuan aku itu terkedu kaku di tempatnya duduk.

"Rayyen! Apa benda yang kau pecahkan tu?!"

Tiba-tiba, datang suara garau Rayden menyampuk memanggil nama adik kembarnya itu. Wajah Rayden kelihatan marah memandang aku dan Rayyen. Aku hanya memberikan jelingan yang tajam ke arah Rayden.

Rayden mengesyaki aku yang memecahkan barang di dapur. Lelaki itu merenung tajam ke arah aku.

"Kau jangan sesuka hati nak pecahkan barang dalam rumah ni." Pesan Rayden tegas padaku sebelum lelaki itu berlalu pergi daripada situ.

"Kau ni aku gurau sikit pun tak boleh."

"Gurauan kau tu memalukan aku. Faham tak?!" Gertak aku padanya.

"Hmmm, faham sangat-sangat. Selagi kau bercakap dengan aku tak pakai bahasa alien."

Aku malas mahu melayan kerenah Rayyen yang suka merepek tak tentu pasal itu. Beg kertas itu aku ambil dan tangan aku sempat ditahan oleh Rayyen.

"Aku nak cakap sesuatu dengan kau ni."

Aku pandang Rayyen bersahaja. Aku menarik kasar tangan aku yang berada di genggaman Rayyen itu.

"Esok je kau cakap pasal benda tu. Aku nak tidur. Mengantuk."

Aku berlalu meninggalkan Rayyen di dapur dan melangkah menuju ke arah tangga.

'Eee, malunya aku..'

'Hmmm, sejak bila aku pandai malu ni?'

'Black Joker? Malu?'

'Euw, what feeling is that.'

'Erghh.'

Aku masuk ke dalam bilik dan menghempas pintu bilik dengan kuat. Tombol pintu aku kunci lalu aku menyandarkan badanku pada pintu tersebut.

"Need something?"

Aku terkejut melihatkan Rayden yang hanya memakai boxer di atas katil sedang berbaring itu. Lelaki itu seakn-akan pelik melihat aku yang sedang berdiri di depan pintu biliknya.

Aku menggosok mataku berkali-kali dan ianya masih sama. Rayden tidak berpakaian.

Kali ini dapat aku rasakan muka aku seakan-akan mahu pecah akibat menanggung malu yang amat. Aku marah sangat sampaikan tak sedar yang aku salah masuk bilik.

Rayden berjalan mendekati aku. Aku yang masih berdiri kaku itu semakin kuat degupan jantung di dada. Arghhh.

Aku berpusing semula mahu membuka pintu bilik. Sudahlah aku siap kunci lagi pintu bilik itu tadi. Tombol pintu aku pulas kuat dengan rasa yang takut. Namun, tangan sasa Rayden lebih pantas menahan pintu tersebut daripada terbuka.

"What are you doing in my room, darling?"

Meremang bulu roma aku mendengarkan suara Rayden itu. Suara lelaki itu amat dekat seperti sedang berbisik di tepi telinga aku.

"Nothing and stay away from me!"

Aku menolak tubuhnya menjauh dari aku. Tolakkan aku berjaya menjarakkan kami berdua. Aku terus meluru keluar daripada bilik Rayden tanpa halangan yang menghalang aku.

Di luar bilik pula aku bertembung semula dengan Rayyen yang baru sahaja sampai di tingkat atas itu. Rayyen senyum senget melihat wajah aku.

"Aku memang rasakan kau dengan Rayden ada sesuatu lah." Kata Rayyen padaku.

"Eee, tak ada! Kau ni kan.."

Belum sempat aku meluru mahu menghentam Rayyen, lelaki itu sempat masuk ke dalam bilik lalu mengunci pintu biliknya daripada dimasukki oleh aku. Aku dengan perasaan geramnya, menendang pintu bilik Rayyen sekuat hati.

"Siaplah kau esok! Rayyen!" Jeritku dari luar bilik.

Aku dapat rasakan yang aku sangat malu bertembung dengan Rayden sebentar tadi. Rasa macam..ish, aku tak nak lah tengok muka mamat tu.

Dahlah pemarah.

Muka membosankan.

Langsung tak menggembirakan.

Suka menjerit-jerit macam ibu-ibu.

Erggh...

B&W |THE PERFECT MATCH|Where stories live. Discover now