"Erghh, sakitlah. Kau jangan lah tekan kuat sangat!" Gertakku pada Rayden yang merawat pipi aku yang calar itu.
"Sakit sikit je pun."
Aku menjelingnya tajam. Habis seluruh badan aku cedera akibat jatuh ke dalam gaung. Kakiku pada bahagian lutut luka akibat berlanggar dengan batu yang tajam. Bahu aku yang baru sahaja cedera 2 hari lepas, kembali cedera. Tetapi, tidaklag terlalu teruk berbanding muka aku. Pipi kanan aku calar teruk akibat bergeser pada jalan tar. Kedua-dua belah siku aku juga cedera tetapi cuma calar sedikit sahaja.
Sakit dia, tuhan je tahu.
Nasib baik aku sempat buat panggilan kepada Rayyen untuk membawa aku balik semula ke Las Vegas ketika aku kemalangan tadi.
"Oh yaa, Rayyen. Asal korang boleh datang ambil aku tak sampai 5 minit pun dari Las Vegas ke Florence?"
Rayyen pandang aku senyap. Dia tersengih ke arah aku. Aku merenungnya tajam.
"Kitorang memang ada dekat Florence pun."
"Korang ikut aku sampai sana?"
Patutlah malam tu aku rasa macam ada orang ikut aku. Rupanya, dua orang manusia ni yang ikut aku sampai sana.
"Aku sebenarnya tak nak. Tapi, Rayden ni yang degil nak juga ikut kau. Aku iyakan aje lah."
Aku pandang wajah Rayden yang berada di depan aku. Dia masih merawat aku tetapi pada luka yang lain pula. Pipi aku sudah ditampalnya dengan plaster.
"Kau tak pernah nak percayakan aku kan?"
"Tak. Aku tak nak kau lari lepas kau selamatkan White Joker. That's why I follow you." Kata Rayden tegas pada aku.
Rayyen hanya diam melihat aku dan Rayden bertekak.
"Dia sayangkan kau lah. Sebab tu dia degil nak juga ikut kau dalam diam." Sampuk Rayyen mencelah perbualan mereka berdua.
Rayden pandang Rayyen dengan pandangan yang tajam. Dapat aku rasakan aura dingin Rayden yang akan memarahi Rayyen itu.
Tetapi, apa yang dilakukan oleh Rayden cuma senyap. Dia tidak bersuara malah menyambung semula untuk merawat siku aku yang cedera itu. Ingatkan akan terjadinya pergaduhan kah apa. Bertumbuk kah, membunuh kah. Yalah kan, Rayden ni kan suka sangat marah-marah.
♥♠♣◆
Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Aku masih juga tidak boleh tidur dan belum juga mengantuk. Tragedi aku kemalangan di Florence masih terngiang-ngiang di dalam fikiran aku.
Aku boleh agak ada orang yang akan mengancam nyawa aku. Tapi, siapa yang cuba untuk tembak aku?
Mataku sakit akibat pantulan cahaya matahari melalui cermin sisi motorsikal milik aku. Tiba-tiba, aku lihat sebuah peluru tepat melimpasi depan wajah aku. Hampir-hampir mengena pada aku tetapi tersasar.
Termasuk aku sekali hilang kawalan pada pemanduanku. Motosikal yang aku pandu terbabas dan aku jatuh daripada motorsikal.
"Hei, kau masih terkenangkan pasal tadi kah?"
Aku lihat ke arah gerangan yang menegur aku pada waktu malam sebegini. Ianya Rayyen yang masih belum tidur lagi. Rayden pula, rasanya ada dalam bilik. Lepas dia rawat aku, mamat tu terus masuk bilik dan langsung tak keluar lagi lepastu.
Lantaklah dia nak mati kah apa.
"Ha'ah."
"Kau cakap kau kena tembak kan? Tapi, tembakkan tu tersasar."
"Yup.."
"Kau tak rasa kah orang yang tembak kau tu adalah Nade?"
Kalau ianya Nade, sudah pasti ianya akan mengena padaku. Tapi, ianya terasasar. Adakah dia cuba untuk mempermainkan aku? Ataupun dia sengaja biarkan aku kemalangan dan biarkan aku masih hidup?
YOU ARE READING
B&W |THE PERFECT MATCH|
Action[⚠MATURE] COMPLETE✅ Black and White satu persamaan yang sangat padan. Semuanya berjalan dengan lancar apabila mereka berdua bersama. Namun, akibat pendedahan oleh lelaki yang bernama Zack mengenai kerja buruk mereka berdua membuatkan mereka berdua d...