47 RAYYEN

669 20 0
                                    

Selepas sarapan pagi, kami semua meluangkan masa di ruang tamu kecuali Nade dan Rayden.

Gadis itu selesai sahaja makan terus naik ke tingkat atas dan masuk ke dalam biliknya. Aku perasan yang Nade langsung tak bersuara. Malah, Andy dan yang lain pun beritahu aku yang minah tu langsung tak nak bercakap. Dibawa bercakap pun tak nak bersuara.

Rayden pula? Aku tak rasa mamat tu dah okey. Aku lihat makin hari makin muram je Rayden tu. Aku takut pula dia alami kemurungan untuk kali kedua pula.

"Kitorang kena balik nanti. Ada kerja." Kata Kris pada mereka.

"Baliklah, korang memang tak dialu-alukan langsung dekat sini." Kata Alan pada mereka bertiga.

"Mulut kau....aku koyak sampai kau bisu macam budak tu nanti. Kaki kau yang dah patah tu pula aku patah-patahkan lagi." Kata Johnny pada Alan.

Mereka hanya melepaskam tawa apabila Johnny berjaya mengenakan Alan.

"Aku risau pula mak kita ni tak boleh masakkan untuk korang pula." Perli Andy pada Rayyen.

"Aku bukannya patah kaki patah tangan pun sampai tak boleh masak."

"Kau sindir aku kah, Rayyen?" Tanya Alan yang terasa.

"Lebih kurang. Hahahha!"

Kami semakin rancak mentertawakan Alan yang memang senang untuk dibuli mental itu. Mamat ni doktor je lebih. Tapi, otak dia macam otak budak nerd.

"Rayyen, macam mana dengan Rayden? Aku tengok Rayden makin hari makin teruk je? Dia sakit kah apa?" Tanya Kris prihatin pada aku tentang Rayden.

"Aku tak tahulah. Aku takut yang dia alami depression pula."

Itu sahaja yang aku paling takut pada Rayden. Aku tak nak dia alami kemurungan kali kedua selepas kehilangan mummy dan daddy dulu. Keadaan Rayden sekarang ni pun ada menunjukkan tanda-tanda dia akan mengalami kemurungan.

Senyap.

Suka mengurung diri.

Makan pun sikit sangat.

Selalu muram.

"Kenapa pula kau rasa macam tu?" Tanya Kris sekali lagi.

"Yelah, Jericho mati. Carolyn mati. Mungkin, itu penyebab dia macam tu. Mungkin..lah. Sebab, susah sangat nak berbual dengan Rayden kalau dia dah macam tu."

"Kalau Jericho mati, aku boleh pertimbangkan lagi. Tapi, apa kena mengena pula dengan kematian Carolyn? Minah tu kan bunuh Jericho."

"Memanglah. Mungkin, perasaan sedih dia bercampur-baur dengan dendam? Sebab, aku dapat rasakan yang Rayden sukakan budak tu."

"Aku rasa dia rasa dikhianati lah." Sampuk Andy.

"Boleh jadi juga. Kalau dia deperess, berapa lama nak pulih balik?" Tanya Kris pada aku.

"Entahlah. Boleh jadi ambil masa setahun. Sebab, depress yang pertama dulu, hampir setahun baru nak pulih balik."

"Ohhh, yang tu pasal mak ayah korang kan?"

Aku angguk menjawab soalan Johnny.

"Kalau macam tu, jaga diri korang baik-baik. Kitorang nak cepat ni."

Kris berdiri dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan aku dan Alan. Begitu juga dengan Andy dan Johnny.

"Kau pasti polis tak datang cari lagi?"

"Pasti, sebab tak ada jejak dan bukti pun yang boleh mereka jumpai dekat tempat kejadian. Gudang tu kan meletup."

"Betul juga tu."

"Apa-apa pun. Aku haraplah si Rayden tu cepat pulih. Pelik semacam je aku tengok dia muram sangat." Pesan Kris yang sentiasa prihatin tentang keadaan orang sekelilingnya.

♥♠♣◆

Aku sudah selesai masakkan makan malam.

"Alan, meh sini. Makan." Panggil aku pada Alan yang dari pagi sampai malam dia hadap televisyen.

Nade dan Rayden pula langsung tak muncul sebab mereka berdua kurungkan diri dalam bilik. Aku tak nak ganggu sebab nak beri mereka masa untuk tenangkan diri.

Aku menaiki anak tangga menuju ke tingkat atas untuk panggil mereka berdua turun makan. Pintu bilik Rayden aku ketuk. Namun, langsung tidak ada tanda-tanda Rayden mahu membukanya. Aku pulas tombol pintu bilik tersebut dan ianya tidak berkunci.

Aku menolak pintu tersebut. Bilik Rayden sangat gelap dan muram. Rayden aku lihat dia sedang duduk bersandar pada kerusi sofa yang ada di dalam biliknya itu. Dia duduk termenung merenung dinding bilik.

Aku melepaskan keluhan berat melihat keadaan Rayden itu. Takkan lah dia sejak lepas sarapan pagi tadi termenung je kerjanya sampai sekarang. Keadaan Rayden itu membuatkan aku rasa semakin risau dengan dirinya.

"Rayden, makan."

Aku sentuh bahunya membuatkan dia terkejut dan pandang muka aku. Wajahnya tidak memaparkan sebarang riak. Hanya riak kosong sahaja. Langsung tak ada sinar dan kegembiraan seperti dulu yang aku lihat pada Rayden.

Dia berdiri dari duduknya dan melangkah keluar meninggalkan bilik tanpa bersuara pada aku. Aku perasan yang dia masih belum mandi. Selalunya waktu-waktu macam ni dia pasti sudah mandi.

Aku hanya mampu mengeluh melihat keadaan Rayden itu. Tapi, memang aku rasa sunyi lah rumah ni sejak ketiadaan Carolyn. Sebab, budak tu je yang selalu bising dalam rumah ni. Asal dia ada je mesti gaduh tak tentu pasal.

Nak harapkan Nade yang bising? Nampak susah sangat minah tu buka mulut. Dia lebih susah nak dibawa bincang berbanding Carolyn. Perangai dingin Nade itu buatkan aku rasa takut nak usik dan bercakap dengan dia.

Well, belum cuba belum tahu.

Kakiku melangkah keluar daripada bilik Rayden dan menutup semula bilik tersebut. Aku berjalan pula menuju ke arah bilik tetamu yang menempatkan bilik Nade.

Aku rasa segan pula nak ketuk dan bertembung dengan dia. Ini kali pertama aku bersemuka dengan dia. Dalam masa yang sama, aku takut pula dia tak nak melayan aku.

Aku ketuk tiga kali. Tetap, juga tiada tanda-tanda mahu membuka pintu. Aku menuju ke tingkat bawah dan mengambil kunci pendua. Aku naik semula untuk membuka bilik tetamu.

Apabila aku membuka pintu bilik tersebut, aku lihat Nade baring di atas katil dan aku perasan yang dia masih tidur. Badannya diselubungi dengan selimut. Aku mendekati katil tersebut lalu aku mengambil duduk di birai katil.

Kedatangan aku langsung tidak membuatkan gadis itu terjaga daripada tidurnya. Aku tatap wajahnya lama.

She's more beautiful and cute.

Aku mencapai selimut yang menutup badannya itu lalu aku turunkan ke bawah. Aku nak periksa balutan pada dada kanan dia. Tapi, tindakan aku itu buatkan Nade terjaga daripada tidur. Wajahnya berkerut memandang ke arah aku.

"Apa yang kau buat dalam bilik aku?" Tanya gadis itu dingin pada aku.

Nade bangun daripada baringnya dan duduk bersandar pada kepala katil.

"Aku nak ajak kau makan."

Gadis itu pandang aku sekejap sebelum dia turun daripada katil lalu melangkah keluar meninggalkan aku di dalam bilik tersebut.

Aku hembuskan keluhan berat. Macam mana aku nak buat dia suka aku eh? Macam susah je? Yeah Yeah, aku memang mengaku aku suka Nade sejak dulu lagi. Aku bukan pengecut macam Rayden.

Too hard to get her. Because, she's a quite person.

B&W |THE PERFECT MATCH|Where stories live. Discover now