21 RAYDEN

751 23 0
                                    

Pagi itu, aku bangun seorang diri. Selalunya yang selalu buat hati Aku berbunga di waktu pagi mesti Carolyn. Tapi, entah kenapa pagi ni tak ada pula. Aku semalam pun penat sangat dan terus tertidur di atas katil tanpa memikirkan dia lagi.

Aku turun dari tingkat atas. Aku lihat ke arah ruang tamu dan tiada sesiapa yang berada di situ. Aku harapkan Carolyn ada di situ, tapi, tak ada pula. Muka Rayyen pun aku tak nampak.

Mana dua orang manusia ni pergi?

Bila aku mengenangkan Rayyen bersama Carolyn, mesti aku rasa sakit hati. Huhh.. whatever.

Aku menuju ke arah dapur dan membuka kabinet yang berdekatan dengan tingkap itu. Sebuah kotak first aid kit aku keluarkan daripada situ dan letakkan di atas meja makan. Aku masih juga tidak henti-henti memikirkan tentang Rayyen dan Carolyn.

"Hmmm.." aku melepaskan keluhan.

Selalunya di awal pagi, Rayyen mesti sudah siapkan sarapan pagi ataupun tengah memasak di dapur. Tapi, pagi ni pandai menghilang pula budak tu.

Tiba-tiba, pintu yang berdekatan dengan almari gelas itu, terbuka dari dalam. Ya, aku tahu itu bilik Rayyen selalu buat kerja.

Almaklumlah, budak tu tak suka diganggu masa kerja. Aku buatlah bilik khas untuk dia.

Aku lihat Rayyen yang baru sahaja bangun tidur dengan muka basinya itu bersama seorang gadis yang berada dalam dukungannya. Serta-merta wajah aku berkerut dan aku rasa macam nak mengamuk je.

Tapi, aku tak tahu lagi apa yang dia buat dengan minah tu dalam satu bilik.

"Apa korang buat dalam bilik tu?" Tanya aku pada Rayyen.

"Hehe...making love together."

Rasa sakit hati aku makin membara. Dia ingat aku main-main kah?

"Aku serius. Kau buat apa dengan dia dalam bilik tu?!" Nada aku kedengaran sedikit tinggi.

Rayyen menjulingkan matanya ke atas tanda dia rimas dengan aku yang banyak tanya.

"Buat kerja lah. Takkan aku nak berparti dengan dia dalam bilik kerja aku tu."

Aku lihat Rayyen yang mendukung Carolyn itu dengan pandangan yang tajam.

"Kau letak je minah tu dekat ruang tamu."

"Okey, bos!"

Rayyen melangkah keluar daripada dapur meninggaljan aku seorang diri di situ. Aku habiskan segelas air kosong sebelum aku melangkah pergi meninggalkan dapur. Kotak first aid kit aku bawa sekali bersamaku.

Aku lihat ke arah Rayyen yang sedang mengeliat sambil berjalan menaiki anak tangga dengan mulutnya yang tidak ditutup ketika menguap itu. Tak senonoh betul lah budak ni.

Kakiku membuka langkah menuju ke arah ruang tamu. Dapat aku lihat Carolyn yang sedang nyenyak tidur di sofa itu. Badannya ditutup menggunakan jaket hitam milik Rayyen. Namun, kain baju yang menutup bahagian pahanya sedikit terselak menampakkan pakaian dalamnya.

Fuck, is she trying to seduce me?

Aku menggelengkan sahaja kepala aku membuang jauh-jauh perasaan yang tak sepatutnya datang itu. Aku mengagak bagaimana Rayyen boleh tahan dengan pemandangan didepan matanya itu.

Hmm, kalau buat memang cari nahas lah. Minah ni bukannya lembut macam sotong. Sekali kau baling batu pada dia pun, batu itu boleh pecah.

Okey, merepek.

Aku menarik kebawah kain bajunya yang terselak itu menutup semula apa yang tak patut aku lihat. Namun, tindakan aku membuatkan gadis itu terjaga daripada tidurnya.

Tetapi, matanya masih dalam keadaan bertutup. Kakinya menyepak lengan aku kasar.

"Eee, kacau. Pergi lah."

Gadis itu melipatkan kakinya mendekati dadanya. Hmmm, ada yang kena cabul nanti.

Aku menarik jaket yang digunakan oleh Carolyn sebagai pelindung badannya yang terdedah itu. Maka, terserlah lah bahagian yang aku rasa aku tak patut tengok juga.

Tapi, salah aku juga sebab belikan dia baju dengan kain yang jarang. Hehe, aku nak tengok macam mana reaksi dia bila aku belikan pakaian macam tu.

Tak apa, lepasni aku akan belikan baju tidur yang tidak jarang. Dalam rumah ni bukannya aku seorang je lelaki, Rayyen tu boleh jadi bernafsu kalau tengok minah ni pakai pakaian seksi.

Aku lihat pada bahunya yang masih berbalut itu. Aku ubah posisi badannya supaya terlentang. Jaket milik Rayyen itu aku gunakan untuk menutup bahagian dadanya tetapi, aku tidak menutup bahagian bahunya yang berbalut itu.

Kalau aku tutup, memang tak dapat lah aku nak tukar balutan.

"Eee, kau ni tak faham bahasa kah? Aku kata jangan kacau aku!"

Carolyn tersentak. Dia kaku ditempatnya sedang berbaring. Aku pandang muka dia dengan pandangan kosong. Gadis itu kelihatan terkejut apabila melihat wajahku yang dia pandang selepas bangun daripada tidur.

Kenapa? Seram sangat kah muka aku ni?

"App..apa kau buat dekat sini?" Tanya Carolyn padaku.

Nada gadis itu kedengaran sedikit gugup. Tangannya mengetatkan jaket yang menutup bahagian dadanya itu mengelakkan jaket itu daripada terlucut jatuh.

"Aku nak ganti balutan kau tu lah."

Aku menyentuh bahunya sekali lagi. Gadis di depan aku itu melepaskan keluhan.

"Ishh, kau ni. Tak boleh kah kau tunggu aku mandi?"

"Kau nak aku tukarkan masa kau tengah mandi kah? Aku on je nak join kau mandi." Kata aku dengan nada yang sedikit menggoda.

Aku suka pandang muka dia merah-merah setiap kali malu dengan aku. Makin buatkan aku suka nak usik dia.

"Bodoh. Aku tak maksudkan masa mandi. Aku maksudkan lepas aku habis mandi lah."

"Ohh~~ masa kau pakai baju lah ni."

Wajah Carolyn semakin merah. Aku pula makin suka nak menyakat dia.

"Eee, kau ni. Tak reti bahasa kah? Lepas mandi dan lepas aku pakai baju. Dah! Fullstop."

Aku hanya pandang dia bersahaja. Badannya yang tadinya duduk tegak aku sandarkan pada kepala katil.

"Tak boleh. Aku kena tukar sekarang juga."

"Ishh, nantilah..lep.."

"Dua pilihan je. Kau nak aku tukar sekarang ataupun tukar masa kau pakai baju? Mana yang kau nak?"

Carolyn menghadiahkan aku satu jelingan tajam. Jelingan daripada gadis itu membuatkan aku rasa tercabar.

"Yelah, tukar sekarang. Nah..nah..buka ni buka! Kau nak sangat tukar sekarang kan."

"Kau nak aku buka semua pakaian kau kah?" Ugut aku padanya.

"Pervert, Bodoh!"

B&W |THE PERFECT MATCH|Where stories live. Discover now