"Jadi, cecair tu dah meresap ke dalam tubuh badan Nade untuk selamanya."
Aku angguk mendengar setiap penerangan Rayyen pada aku mengenai cecair kelabu dan cecair putih itu.
"Macam mana nak hilangkan cecair tu?"
"There's nothing we can do about it. But, it can stay for a year in Nade's body..or more."
"Ohhh, lepastu cecair tu boleh hilang lah dalam badan Nade dengan sendirinya?"
"I don't know. Ikut antibodi badan dia lah. Nasib baik aku dapat godam sistem makmal Menzel."
"Menzel ni siapa sebenarnya?" Tanya Rayden pada Rayyen.
Rayyen menekan profil maklumat peribadi mengenai lelaki yang bernama Menzel itu. Hologram memaparkan semua maklumat tersebut.
"Menzel Tom. Berumur 25 tahun dan dia merupakan salah seorang bekas pekerja di Mercury Lab.."
Rayyen menekan pula pada satu maklumat yang ada bersama difailkan dalam satu dokumen yang sama.
"..Mercury Lab merupakan sebuah tempat yang melahirkan ramai saintis yang bijaksana untuk kemajuan negara. Tetapi, Menzel salah seorang yang kena buang daripada situ sebab dia punya eksperimen membawa kepada lebih banyak kemusnahan. Dia bukannya nak bantu manusia, tapi nak membahayakan manusia. Saat tu, Menzel diambil oleh Zack untuk bekerja dengannya. Sebab, itu lah Zack boleh ada cecair macam tu. Ianya adalah hasil kerja daripada Menzel." Terang Rayyen panjang lebar.
"Aku akan bawa Nade lari daripada mereka." Kata aku pada Rayden dan Rayyen.
Mereka berdua memandang aku serentak.
"Bila kau nak bawa dia lari?" Tanya Rayden padaku.
"Malam esok."
"Kau dah plan untuk semua ni." Rayyen pula yang mengajukan soalan padaku.
"Ofcourse... Melalui apa yang kau terangkan dekat aku tadi, Nade mempunyai ketahanan yang kuat, kan?"
Rayyen mengangguk.
"Kita dah dapat tahu juga bila dan di mana Nade akan dibawa oleh Zack. Kita pun dah dapat agak bila kesan cecair putih itu akan hilang dan bila cecair itu hilang, Nade akan sedar daripada kawalan. Jadi, aku nak culik Nade bila mereka bawa Nade ke villa."
"Asal tak culik terus masa Nade dekat gudang?" Tanya Rayden.
"Kalau kita culik Nade masa diorang bawa Nade ke gudang, ia mempunyai risiko yang tinggi untuk kita cedera dan ditangkap. Sebab, gudang itu merupakan tempat pemprosesan senjata. Dalam masa yang sama, Nade masa tu masih dibawah kawalan Zack sepanjang dia dibawa ke gudang. Benda tu memudahkan Zack untuk serang kita menggunakan Nade. Kau nak kena belasah dengan Nade?"
Aku memandang wajah Rayden dan Rayyen silih ganti melihat reaksi mereka apabila aku menanyakan soalan sebegitu.
"Kitorang tak pukul perempuan." Jawab Rayden padaku.
"Okey, kalau korang berdua tak pukul perempuan, bermakna korang yang akan maut dalam tangan Nade. Aku tak nak dedahkan korang dengan risiko yang meragut nyawa korang. Bukan mudah untuk menjangkakan tindakan Nade."
"Hehe, sayang juga kau dekat kitorang eh?" Sempat Rayyen mengusik aku.
Aku pandangnya dengan membuat muka yang menjijikkan ke arah mereka berdua.
"Tak ingin aku nak sayangkan korang berdua. Baik aku sayang diri sendiri je."
Aku senang je kalau nak dibawa bergurau semasa perbincangan. Aku bukannya Nade yang suka ambil serius dengan semua benda. Kami bertiga teruskan perbincangan untuk melarikan Nade pada malam esok.
Aku kena bebaskan Nade esok juga.
♥♠♣◆
Malam yang aku tunggu-tunggu, kini sudah tiba. Kami bertiga sudah bersiap sedia untuk melaksanakan rancangan untuk melarikan Nade. Rayden memandu kereta miliknya keluar daripada perkarangan rumah tepat pada jam 7:20 malam yang sudah aku tetapkan dalam rancangan aku.
Sekarang ni pasti Zack sudah membawa Nade ke gudang. Kereta diparkirkan jauh daripada gudang tersebut dimana kereta hitam milik Rayden dilindungi oleh pokok-pokok. Sebab, gudang itu berdekatan dengan hutan. Jadi, ia memudahkan kami bertiga untuk melindungi diri daripada diketahui oleh Zack dan orang-orangnya.
"Berapa lama lagi kita kena tunggu sini?" Tanya Rayyen pada aku yang duduk di tempat duduk belakang
"Ada..10 minit lagi. Tak lama lagi tu."
Rayyen membaringkan badannya di tempat duduk belakang tanda sudah bosan menunggu terlalu lama.
"Booosannnn.." keluh Rayyen di dalam kereta.
"Wei, kau jangan nak bosan bosan. Kau kena alert dengan situasi tau tak?" Kata aku sedikit tegas padanya.
"Yelah..baik aku merokok."
"Kau jangan nak macam-macam dalam kereta aku Rayyen. Sebelum aku tinggalkan kau dekat sini. No smoking in my car!" Larang Rayden pada Rayyen.
"Yes, Bos!" Kata Rayyen sambil tabik ke depan seperti seorang askar
Mamat ni kalau buat kerja memang suka main-main eh? Aku rasa ini lah apa yang Nade selalu rasakan pada aku yang suka main-main masa buat kerja.
Tidak lama kemudian, aku dapat lihat Zack dan orang-orangnya membawa Nade masuk ke dalam van.
"Diorang dah nak pergi." Kataku pada Rayden dan Rayyen.
Rayyen menjenguk ke depan secara mengejut. Aku dan Rayden memandang Rayyen dengan pandangan yang geram.
"Kau ni kot ya pun teruja sangat, tak yah lah sampai macam tu sekali." Kata aku pada Rayyen.
"Mestilah. Aku dah lama dah tak buat kerja macam ni. Tambahan pula buat kerja dengan orang macam kau buatkan aku rasa nak tahu, macam mana kau buat kerja."
"Dah lah. Kita ikut diorang dan pastikan jarak kereta ni dengan van jauh." Kata aku pada Rayden.Rayyen langsung tidak diendahkan dan hanya dibiarkan menyepi di tempat duduk belakang.
YOU ARE READING
B&W |THE PERFECT MATCH|
Боевик[⚠MATURE] COMPLETE✅ Black and White satu persamaan yang sangat padan. Semuanya berjalan dengan lancar apabila mereka berdua bersama. Namun, akibat pendedahan oleh lelaki yang bernama Zack mengenai kerja buruk mereka berdua membuatkan mereka berdua d...