11 ALEX

940 28 0
                                    

Aku makan dengan penuh selera tanpa mengendahkan orang sekelilingku. Aku dah lama tunggu kedatangan Carolyn sejak tadi. Tapi, belum juga datang.

Buat kali kelima aku pandang jam pada skrin telefon dan ianya sudah menunjukkan waktu pukul 2 petang. Rasanya hampir sejam dah aku duduk sini. Apa yang aku buat cuma melantak je dalam kafe ni. Rasanya ini untuk kali ketiga aku makan.

Aku lapar dan penat tunggu minah tu sampai.

Dari jauh, aku terpandang satu kelibat seorang gadis yang amat aku kenali memasuki kafe tersebut. Dari jauh gadis itu sudah mengukir senyuman lebar ke arah aku. Dia melangkah mendekati mejaku lalu melabuhkan duduk di depan kerusi berhadapan dengan aku.

"Lama tunggu?"

"Ha'ah, lama sangat. Sampai turun salji dekat luar tu tunggu kau."

"Hmm, merepek."

Carolyn memanggil pelayan lalu memesan makanan dan minuman. Aku cuma duduk diam melihat kerenah perempuan di depanku ini.

"Amboi, banyak duit kau."

"Hehe..aku tak ada duit pun sebenarnya. Kau lah belanja. Okey." Katanya pada aku.

"Hmmm, Yelah labu~~"

"Hehe.."

Aku pandang wajah Carolyn dan tidak ada banyak perubahan pun pada gadis itu. Cuma, dia kelihatan lebih meningkat dewasa.

"Nothing change on you, huh. From 16 to 19, still the same."

"Buat apa aku nak berubah. Bukannya ada faedah pun."

"Berubahlah.. mana lah tau kau berubah dari kasar kepada yang lebih ayu."

Carolyn buat muka jijik mendengarkan kata-kataku.

"Kau pergi macam ni je..ada keizinan kah?"

"Aku..minta izin? Ishh, tak nak aku."

"Hmm, dah agak dah. Kau pergi sini pakai apa?"

"Terbang guna sayap."

"Kau ni aku tanya betul-betul, kau main-main pula."

"Uish, serius. Yelah, aku guna helikopter lah dengan diorang. Kebetulan pula diorang bawa aku sekali."

"Ohhh, macam tu ceritanya..." Kataku dengan  nada yang sedikit menjengkelkan.

Aku pun boleh jadi 'annoying'. Bukannya dia seorang.

"Sampai bila kau tinggal dengan diorang?"

"Ermm, entahlah labu~~ Aku pun tak pasti lagi sampai bila. Sebab, diorang ada minta tolong aku. Ermm, Rayyen yang minta tolong aku."

Aku pandang wajahnya sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut. Minah ni baru keluar penjara pun terus dapat kerja? Aku ni kerja pun tunggang-langgang.

"Tolong apa?"

Percakapan kami terhenti seketika apabila pelayan datang menghantar makanan ke meja mereka berdua. Aku lihat makanan yang dipesan oleh Carolyn.

Semangkuk ice cream pelbagai perisa.

Lobster soup.

Lychee juice.

Sushi.

"Perut kau kantung babi kah? Banyak ni." Kataku padanya.

Carolyn mengunyah makanannya penuh selera.

"Aku lapar."

"Takkan kau tak makan langsung.

"Aku belum breakfast lagi." Katanya dengan mulut yang masih penuh dengan makanan itu.

Gelojoh betul minah ni.

"Haa, jawab soalan aku tadi."

"Emmm, jap."

Carolyn mengelap bibirnya yang kotor dengan tisu sambil tangannya membuat isyarat tunggu padaku.

"Yang mana satu?"

"Alah, kau tolong diorang untuk apa?"

"Ohh, yang tu. Aku tolong sebab diorang minta tolong lah."

Aku cuba menahan perasaan rasa nak tendang je muka budak ni. Dia punya jawapan tu KBAT sangat. Sampaikan aku sendiri pun rasa macam nak cekik je dia ni.

"Kau boleh tak jangan bagi jawapan macam tu."

"Hehehe.. Yelah. Ada kerja yang diorang tak boleh buat. Jadi, diorang minta lah bantuan aku."

"Diorang kerja apa?"

Carolyn buat muka sedang memikirkan sesuatu.

"Entahlah. Mungkin, kerja pembunuh upahan juga kot. Mungkin..."

Aku mengangguk sahaja mendengar jawapan Carolyn. Air yang sudah separuh itu aku minum sehingga habis. Cuma, perlu tunggu minah ni habis makan je lagi.

Dia punya melantak tu macam tak makan setahun.

"Jadi, kau nak semua barang tu bila?"

"Ermmm, kau bawa tak hari ni?"

"Tak."

Sebab, aku memang malas nak bawa. Haha...

"Hmmm, aku ingat nak hari ni terus. Tapi, kau tak bawa pula. Tak apalah, kau bawa lain kali lah. Nanti aku beritahu bila aku nakkan semua barang-barang tu."

"Okey."

Tiba-tiba, deringan telefon milik Carolyn berbunyi tanda ada orang yang membuat panggilan ke telefonnya. Aku lihat dari jauh skrin memaparkan nama pemanggilnya.

Lion King.

Minah itu tidak mengangkat malah ditutupnya panggilan tersebut tidak dijawab. Aku gelengkan sahaja melihat nama pemanggil tersebut.

"Siapa pula yang kau gelar Lion King?"

"Hmmm, mamat kuat period tu lah. Rayden. Sudahlah, aku kena pergi ni. Aku takut pula diorang tahu aku lari jumpa kau."

"Eh, takkan kau nak biarkan makanan ni tak habis."

Ice cream separuh dia dah makan.

Soup lobster dia teguk sikit je.

Sushi langsung tak disentuh olehnya.

Jus laici dia habiskan pula.

"Kau habiskan! Bye."

Gadis itu berlalu pergi meninggalkan aku seorang diri dengan lambakkan makanan yang belum habis itu. Dari tempat duduk, aku dapat lihat susuk tubuh seorang lelaki yang berwajah bengis berdiri di depan Carolyn yang sudah berada di luar kafe.

Tidak lama kemudian, gadis itu ditarik pergi daripada situ.

"Hmmm, tak guna betul ada kawan macam dia ni. Membazir."

Aku biarkan sahaja makanan yang belum habis itu. Kakiku melangkah pergi ke kaunter dan membayar semuanya.

B&W |THE PERFECT MATCH|Where stories live. Discover now