50 (ENDING)

2.1K 29 3
                                    

Setahun berlalu~~

Hari ni, aku dibawa oleh Rayden dan Rayyen keluar. Sepanjang aku hidup dengan mereka berdua aku rasakan aku dah berubah macam perempuan yang normal. Bukannya yang suka mendiamkan diri, kejam dan suka bunuh orang.

Rayden juga sudah pulih sepenuhnya. Lelaki itu memang jenis yang tak banyak cakap. Tapi, nampak daripada wajahnya dia sudah sihat daripada penyakit kemurungan itu. Dia akan bercakap dalam sehari walaupun sikit.

Dia tidak lagi menyendiri dan suka mengurung diri dalam bilik. Sekarang, dia pulih sepenuhnya. Suka bersama Rayyen dan bercakap dengan Rayyen.

Mungkin, disebabkan oleh aku sebagai orang asing yang buatkan dia tak banyak sangat bercakap walaupun aku dah lama tinggal dengan mereka. Aku memang dapat rasakan aku berubah disebabkan Rayyen lah.

Mamat tu tak habis-habis nak buat aku sakit hati dan kadang tu entah macam mana lah aku pandai rasa malu. Okey, forget about it.

Alan pula...dia dah pulih dan dapat berjalan semula. Jadi, dia pun dah mula kerja.

"Nade, jom! Kau nak tinggal dengan hantu kah dalam rumah ni?" Kata Rayyen padaku.

"Ishh, kau ni. Sabar lah. Aku datanglah ni."

Aku melangkah ke tingkat paling atas di mana tempat letaknya helikopter. Sesampainya di tingkat atas aku lihat Rayyen bersama Kris yang sudah sampai mahu mengambil mereka keluar daripada pulau.

Aku pun tak tahu diorang nak pergi mana. Yang pastinya keluar lah.

"Nade.. lama dah aku tak jumpa kau." Sapa Kris pada aku.

Kris memeluk badan aku yang pendek hanya paras dadanya itu. Aku lah paling pendek dalam rumah ni. Sebenarnya aku tinggal dengan hantu galah.

"Ehhh, dahlah kau peluk dia. Semput minah ni kau kerjakan." Tegur Rayyen.

Rayyen menarik Kris daripada terus memeluk aku.

"Dia semput kah, kau yang semput sebab jeles aku peluk dia." Sindir Kris pada Rayyen.

"Ofcourse aku jeles. Kau peluk dia lama sangat."

Aku rasa membahang pada kedua-dua belah pipi aku. Aku tak tahulah kenapa Rayyen ni jujur sangat orangnya. Entahlah, apa yang aku rasa ni malu suka ataupun malu tak suka sebenarnya?

"Dah lah korang tu. Jom kita jalan sekarang." Kata Rayden kepada Kris daa Rayyen.

♥♠♣◆

Tidak lama kemudian, kami sudahpun berada di Las Vegas. Bandaraya yang sudah lama aku tidak jejaki selepas aku dibawa lari oleh Rayden dan Rayyen. Kami terus mengambil kereta dan menuju ke sebuah bar. Aku pelik sebab mereka bawa aku ke sini.

Jarang betul ada orang pergi bar pagi-pagi macam ni. Selalunya malam je.

Kami bertiga keluar daripada perut kereta selepas memarkir kereta di tempat parkir kereta. Aku berjalan di antara Rayden dan Rayyen seiring dengan mereka berdua.

Masuk sahaja ke dalam bar tersebut, aku lihat ramai pelanggan lelaki di situ. Dan ada juga pelanggan perempuan, tapi sedikit sahaja.

"Lama dah tak jumpa." Sapa seorang lelaki berwajah cina.

Mereka bersalaman antara satu sama lain. Lelaki itu memandang ke arah aku dengan pandangan yang lain macam. Dia menyentuh dagu aku.

"Your new girl huh?"

Rayyen menjauhkan aku sedikit kebelakang dan Rayden menolak tangan lelaki itu daripada menyentuh aku.

"Tak payah lah kau sentuh. Dia kitorang punya." Kata Rayden pada lelaki itu.

B&W |THE PERFECT MATCH|Where stories live. Discover now