Kepalaku terasa amat sakit dan pandangan sedikit berpinar apabila aku cuba untuk membuka mataku. Benda pertama yang aku pandang adalah sebuah siling berwarna biru muda. Aku duduk tegak pada kepala katil. Mataku tidak lepas daripada meliar memandang sekeliling bilik tersebut.
Almari.
Bilik mandi.
Tingkap yang terbuka luas.
"Where am.."
KLAK
Pintu bilik mandi yang tiba-tiba sahaja terbuka dari dalam itu menarik perhatian aku. Seorang lelaki berbadan tegap keluar daripada bilik tersebut bersama sepuntung rokok melekap pada bibirnya. Lelaki itu tersenyum senget ke arah aku.
"Who are you, fucking asshole?" Tanyaku dengan nada yang kasar.
Lelaki itu membuang puntung rokok miliknya ke dalam tong sampah setelah mematikan api pada hujung rokok tersebut. Dia datang mendekati aku dan duduk pada birai katil.
Aku semakin pelik melihat lelaki yang berada di depan mataku ini.
"Jaga percakapan kau tu sikit. Kalau tak disebabkan aku, kau tak kan duduk dalam bilik ni."
Aku cuba ingat balik apa yang terjadi padaku sebenarnya dan.. yaa..Benda terakhir yang aku ingat adalah aku jatuh ke dalam laut dan tenggelam.
"Ohhh, thank you for saving me and.. who are you?"
"I'm Rayyen. Nice to meet you Black Joker or can i call you..Carolyn?" Kata Rayyen senyum senget ke arahku.
Dari mana mamat tak guna ni dapat info pasal aku?!
Rayyen mendekatkan dirinya padaku.
"Jangan terlalu terkejut. Aku takkan cederakan kau ataupun kurung kau dalam penjara."
"That's not the problem. The thing is...how do you know me?"
"Hmm, searching your info is too easier for me to do. Technology..modern.." Kata Rayyen bersahaja padaku.
Mata hitam pekat milik Rayyen tidak lepas daripada memandang wajahku.
"Okay, then."
"Jadi, kau duduk lah dekat sini. Aku perlu keluar sekejap. Ada kerja yang nak dibuat." Pesannya padaku.
Aku pandang kelibat Rayyen yang berlalu pergi meninggalkan aku seorang diri di dalam bilik tersebut sehingga hilang daripada pandanganku. Sekali lagi aku melihat sekeliling bilik tersebut.
Hmm, mewah.
Aku turun daripada katil dan menuju ke arah pintu bilik yang masih terbuka luas itu. Kepala aku jengukkan keluar. Tiada sesiapa melainkan aku sahaja yang berada di tingkat ni.
Aku keluar daripada bilik dan melihat ke bawah. Ianya terdapat sebuah ruang tamu yang besar dan dapat aku lihat Rayyen yang sedang duduk di depan televisyen sambil menghisap rokok. Itulah kerja yang dia sibukkan sangat tu. Merokok.
Aku pandang badan aku yang masih tersarung kemas dengan baju lokap berwarna putih itu. Badanku sedikit melekit kerana belum lagi mandi. Lagipun dekat lokap mandi seminggu 2 kali je. Gila kan? Aku pun boleh mati cium bau busuk badan sendiri.
Aku berpusing semula. Ada tiga buah bilik yang berada di depan mataku.
'Ermm, mana satu bilik yang aku guna tadi eh? Aduh, asal lah aku pergi tutup pintu bilik tu tadi.' Desisku di dalam hati.
Aku membuka pintu pada bilik yang pertama. Bau asap rokok menerpa hidungku dan aku boleh agak bilik ini mesti bilik kepunyaan Rayyen. Pintu bilik yang berada di tengah-tengah pula aku buka dan bilik kelihatan sangat kemas daripada bilik pertama. Tapi, aku masih ragu-ragu sama ada itu bilik yang aku gunakan tadi ataupun tidak. Aku periksa pula bilik terakhir dan...aku tak tau mana satu bilik yang aku guna tadi. Aku berdiri melihat silih ganti pada bilik kedua dan bilik ketiga.
"Hmmm, A..B..C..D..Okey, aku pakai bilik tengah."
Aku masuk ke dalam bilik yang menjadi pilihan ku tadi dan terus mencapai sehelai tuala yang tergantung kemas pada penyangkut tuala. Baju yang aku guna aku masukkan ke dalam bakul kosong yang sudah semestinya tempat khas untuk memasukkan pakaian kotor.
Kakiku membuka langkah masuk ke dalam bilik air.
"Huhh, rindu rumah sendiri."
Aku membersihkan badan aku sebersih-bersihnya. Sudah agak lama aku tak mandi macam ni. Mandi dalam lokap kau diberi sabun dan air mandi je. Mana ada syampu rambut, syampu untuk badan, berus gigi, ubat gigi semua tu.
Carolyn, benda yang dah lepas. Lepaslah. Jangan dikenang lagi. Akhirnya, kau bebas daripada cengkaman penjara.
Tapi, macam mana dengan Nade sekarang ni?
Hidup lagi kah minah tu? Haih, aku haraplah kau hidup lagi, Nade..Nade...
YOU ARE READING
B&W |THE PERFECT MATCH|
Action[⚠MATURE] COMPLETE✅ Black and White satu persamaan yang sangat padan. Semuanya berjalan dengan lancar apabila mereka berdua bersama. Namun, akibat pendedahan oleh lelaki yang bernama Zack mengenai kerja buruk mereka berdua membuatkan mereka berdua d...