Iyan Shah Darren.
Pang! Pang!
Bunyi libasan itu bergema di segenap pelosok rumah. Badannya yang terasa sakit-sakit hanya dibiarkan sahaja. Hati yang pedih dan terluka juga dibiarkan tanpa ada niat untuk merawatinya. Malah air mata yang sering merembes keluar dari tubir mata juga dibiarkan mengalir tanpa ada niat untuk menghapuskan. Dia hanya mampu diam. Senyap! Apa juga kesalahannya kali ini, dia patut terima.
"Aku tak pernah ajar kau mencuri! Kenapa? Hah kenapa? Apa masalah kau sampai nak mencuri? Siapa yang ajar kau? Siapa?" soal ayah bersama jerkahan yang sangat lantang. Shah hanya mampu diam dan menangis. Badannya yang terasa sakit-sakit itu cuba ditahan sekuat hati seorang lelaki.
Jika dibenarkan, sudah lama dia melawan dan membalas semula perbuatan ayahnya. Tapi dia harus bersabar. Sebagai anak, apa yang mereka perlukan adalah kesabaran yang tinggi. Mungkin ayahnya itu terlampau marah sehinggakan hati dan perasaan anaknya sendiri tidak dipedulikan lagi.
Tetapi Shah faham. Dia tahu dia juga salah. Dia cuma mengikut sahaja kawan-kawannya. Bukannya dia sekali yang mencuri! Satu penyesalan terbit di hatinya. Bodoh! Ya, betapa bodohnya dia saat membuatkan keputusan untuk mengikuti rakan-rakannya mencuri di kedai runcit di seberang jalan itu. Namun, nasib juga dia tidak di tangkap oleh pihak polis. Kalaulah dia juga ditangkap, memang tidur lokaplah malam ini!
"Aya... ayah, dengar dulu apa yang Shah nak jelaskan. Ayah sa... sakit ayah. Argh!" Kakinya yang timbul bengkak-bengkak merah itu dibelek. Sakit yang tidak terhingga!
"Apa kau cakap? Sakit? Huh? Habis kenapa kau malukan aku? Kau memang suka kan buat masalah? Kenapa? Hah? Kau sama dengan ibu kau. Bodoh! Aku menyesal ada anak macam kau ni!"
Encik Hadi berhenti dari terus melibas anak kandungnya itu. Dia membetulkan bajunya yang sudah tersisip hingga ke atas. Buat seketika, Encik Hadi melepaskan keluhan berat.
"Aku nak kau berambus dari rumah ni! Aku tak nak tengok muka kau! Mak kau tu bodoh! Tak layak jadi isteri aku. Kau pun sama bodoh! Pelajaran entah ke mana. Suka menconteng arang di muka aku! Tak reti hormat mak tiri kau! Kalau boleh aku nak kau mampus sekarang! Ikut mak kau yang bodoh tu! Berambus kau dari sini!"
Encik Hadi berdiri tegak lalu disumbat segala pakaian anaknya dan dimasukkan ke dalam beg. Lalu dia baling beg tersebut ke arah anaknya yang masih tersungkur di lantai. Puan Nina yang berdiri di tepi suaminya sudah tersenyum suka. Akhirnya!
Shah semakin dilanda perasaan 'benci' terhadap ayah kandungnya sendiri. Ayah yang dia kenal sudah banyak berubah. Semenjak mengenali Puan Nina mak tirinya itu, ayah memang berubah 100%. Seorang yang kaki pukul, kaki arak, tak hormat perasaan ibu kandungnya semasa hidup dahulu. Ayah juga semakin membenci dia yang merupakan anak darah dagingnya sendiri! Apa salahnya? Kenapa ayah berubah sebegitu rupa? Kenapa?
Ya Allah!
"Kau boleh berambus sekarang! Aku tak ada anak macam kau! Memalukan! Pergi ikut mak kau tu! Aku benci kau! Dasar anak haram! Pergi kau dari sini! Ingat, jangan pernah munculkan diri kau lagi lepas ini!"
Halau Encik Hadi dengan wajah yang merah menahan marah yang menyesakkan jiwa. Shah akhirnya menitiskan juga air matanya.
Dia berjalan perlahan-lahan menjauhi kawasan perumahannya dulu. Dan sekarang, dia tiada hala tujuan. Ke manakah yang harus dia pergi sekarang?
Apabila teringatkan apa yang telah terjadi, Shah mengetap bibir. Tangan digenggam erat. Timbul urat-urat hijau.
"Aku benci kau ayah! Kau bukan ayah aku lagi! Aku benci kau!"
YOU ARE READING
Tolong Jagakan Dia
Romance( Tengku Iyan Shah Darren × Nurul Insyirah Delysha ) NURUL INSYIRAH DELYSHA seorang gadis polos dan naif. Dia terpaksa bekerja di kelab malam hanya disebabkan satu perjanjian bersama ayah kandungnya yang kaki judi. Hidupnya tidak seindah wanita dil...