"AMBOI Arlan..tak habis-habis senyum dari tadi..dah jatuh cinta ke tu?"usik Isaac. Dia pandanb wajah anak lelakinya melalui pantulan cermin pandang belakang.
"mana ada pa..pandai-pandai aje"bohongnya bersama sengihan. Padahal dalam hati dah berbunga-bunga tu. Tak sangka pula dia yang Kirla tu anak kawan papa dia.
Boleh lah nanti dia memetik bunga di taman. Eh eh.
"mama suka lah dengan dia..sopan je."kata Julia. Tersenyum-senyum dia bila teringatkan Kirla.
"papa pun suka..apa kata kalau kita pinangkan dia untuk Warlin"cadang Isaac. Dia kerling sekilas isterinya di sisi.
Mati terus senyuman Warlan. Dia menatap Isaac dan Julia silih berganti. Tolong cakap semua ini hanya tipu je.
"kan?mama pun rasa macam tu..dia pun bukan muda lagi."Setujunya. Dia pandang Isaac seketika. Gembira dengan cadangan suami dia tu.
Warlan mengeluh. Dia ingatkan mama dan papanya nak jodohkan dia dengan Kirla. Tapi sangkaan dia meleset.
"erm mama..kalau Arlin ada girlfriend macam mana?"soal Warlan ingin tahu.
"alaa biar je lah..awek je pun"balas Julia selamba.
Warlan menunduk memandang tangan dia. Nafas ditarik panjang. Dia kecewa.
.......
KIRLA yang sedang lena diulit mimpi tu terus tersedar bila pintu bilik dia digegar kuat oleh seseorang. Gelabah dia bangun dan buka pintu bilik tu.
"amboii anak dara sorang ni!!tak reti nak siap ke?harini tak ada kelas ke?"Puan Sri Syarifah menatap tajam Kirla yang selekeh tu.
Kirla yang masih mamai tu terus pandang muka ibunya. Dia menguap.
"harini hari apa?"soal Kirla mamai.
"harini hari Isnin sayang"balas Puan Sri Syarifah dengan nada yang meleret. Geram je dia tengok anak dara dia ni.
Terbuka terus biji mata Kirla. Dia menghempas pintu bilik dan masuk ke dalam bilik air untuk bersiap.
"ehh budak ni..nasib tak terhantuk pintu ni dekat muka..kalau tak habis lah aku.."omel Puan Sri Syarfiah sendiri. Dia berura-ura ingin turun ke bawah untuk bersarapan.
"apa bising ni ibu?Khalif nak tidur pun tak boleh"kata Khalif iaitu abang Kirla. Dia menggaru kepala yang tak gatal.
"haa ni lagi sorang..tak pergi kerja ke?kang baba kamu marah pula"kata Puan Sri Syarifah. Dia menggeleng kecil tengok anak-anak dia macam ni.
Kalut terus Khalif berlari ke bilik dia. Dia lupa yang dia tu bekerjaya. Habis semua kalut harini. Entah apa tah.
........
KIRLA berlari sepantas kilat menuju ke dewan kuliah. Jam tangan ditilik sekejap. Dia mengetuk kepala dia kuat. Macam mana dia boleh lupa nak kunci jam semalam entah.
Sampai je dekat dewan kuliah dia pun menerjah masuk tanpa salam. Pensyarah yang berada di hadapan berpaling ke arah nya. Dia menunduk memohon maaf.
YOU ARE READING
Kirla Delisha
RomanceKisah ini menceritakan tentang seorang gadis yang dipaksa kawin dengan anak kepada kawan ayahnya sendiri. Jadi dengan keterpaksaan dia relakan saja. Jadi pada awal perkahwinannya dia mengharungi banyak dugaan sehinggakan dia dimasukkan ke dalam hosp...