BAB 12

1.5K 36 3
                                    

"CANTIKLAH awak ni"puji mak andam yang sedang mentacap muka Kirla. Sebenarnya tak tahu lah nak panggil mak ke ayah sebab dia ada halkum. Hm.

Kirla hanya memberikan senyuman tipis. Kang orang cakap sombong pula.

"sesuai betul baju ni dengan awak..saya tengok awak ni macam Jessica Alba dah..cantik sangat"puji dia lagi. Badan Kirla diteliti. Dia suka dengan design baju tu.

"mana ada lah..saya ni biasa biasa je"balas Kirla merendah diri. Dia tak suka orang cakap dia cantik. Entah lah kenapa.

Crown yang berada di atas kepalanya di tatap. Cantik. Crown itu dipenuhi dengan batu permata disekeklilingnya. Sangat cantik bila diletakkan di atas kepala dia.

"okay dah siap.."kata mak andam tu. Kirla pun tersenyum melalui pantulan cermin.

'Cantik gak aku ni.'Puji hati Kirla. Dia tersengih  sendirian sambil mata meneliti setiap sudut wajahnya yang dipenuhi dengan solekan tu.

Sedang dia ralit meneliti muka dia tiba-tiba si abang andam tu membawa kasut tumit tinggi 3 inci. Nasib dia dah terbiasa pakai yang macam tu dan nasib juga tinggi dia hampir sama dengan Warlin. Kalau tak tersiksa lah dia.

Dia pun mengambil kasut itu dan disarungkan ke kaki. Dia pun bangun dan meneliti dirinya melalui pantulan cermin. Dia sangat cantik malam ni. Melalui rupa itu boleh membuatkan ramai lelaki jatuh hati kepadanya.

"dah siap ke?"soal Puan Sri Syarifah dari muka pintu bilik hotel. Kirla dipandangan seketika. Senyuman puas hati meniti dibibirnya. Cantik betul anak dia.

Bang andam tu mengangguk.

Puan Sri Syarifah pun menghampiri Kirla dan meneliti wajah anaknya.

"cantik anak ibu malam ni"puji Puan Sri Syarifah bersama senyuman.

"dah sebelum ni tak cantik ke?"Kirla tertawa kecil diakhir ayatnya.

"cantik je..tapi malam ni sejuta kali cantik dari sebelum ni."puji Puan Sri Syarifah lagi. Dia pun tersenyum dan memimpin Kirla untuk ke dewan.

Kirla pula mula terasa debarang di dada dia. Entah apa lab yang buat dia rasa berdebar ni. Nafas cuba diambil untuk menenangkan diri dia.

Ketika dia dan Puan Sri Syarifah tiba di hadapan pintu dewan. Kirla berpaling ke arah Warlin yang memakai blazer berwarna biru dan seluar yang sama warna dengan blazer. Tetapi baju kemeja yang dipakai oleh Warlin berwarna putih. Di leher lelaki itu pula terdapat bow tie yang sama warna dengan blazer.

Sungguh kacak Warlin malam itu. Baju mereka berdua seondon iaitu warna royal blue. Warna itu adalah pilihan Kirla sendiri walaupun dia tak suka dengan perkahwinan ni dia masih nak kan perkahwinan yang sempurna.

Warlin terus memalingkan wajahnya ke arah pandangan Raykal bila lelaki itu tidak memberikan tumpuan apabila dia sedang bercakap.

Dia terus terpaku bila terlihat Kirla yang terlalu cantik malam tu. Jantung dia tiba tiba mengepam dengan laju. Dia menggeleng. Dia tak boleh suka dekat Kirla. No and never!!

"okay..erm pengantin lelaki dengan perempuan sila rapat ye."kata jurugambar. Dia perlu mengambil gambar dahulu sebelum pengantin memasuki dewan.

Kirla DelishaWhere stories live. Discover now