"ESOK Arlin nak hantar Darwin dengan Danish ke?"soal Julia. Dia menatap wajah anaknya.
Warlin mengangguk.
"taknak mama hantar rombongan ke?"soal Julia setelah mereka berdiam diri sebab tak ada topik yang ingin dibualkan. Dia tahu anak dia masih sayangkan Kirla.
Warlin mengangkat kepalanya dari menatap telefon di tangan. Dia memerhati wajah si ibu.
"ma Arlin memang nak..tapi Arlin cuma nak bagi dia masa lagi untuk maafkan Arlin..dah banyak benda yang Arlin buat dekat dia..Arlin dah banyak sakitkan dia ma.."balas Warlin sayu. Dia mengeluh kecil dihujung ayatnya.
"it's okay..be strong okay..mama always with you.."kata Julia memberi semangat buat si anak.
Dia mengalih pandang memandang cucu-cucunya yang sedang bermain. Dia tersenyum kecil.
"Darwin..Danish come to nanny."panggil Julia. Dia mendepakan tangannya untuk memeluk Darwin dan Danish. Tapi mereka hanya memulaukan Julia. Julia mencebit.
"ceh mengadanya.."
Warlin yang memandang ibunya dipulau terus tertawa kecil.
Julia menjeling si anak.
"gelak lah gelak!!"marah Julia.
Warlin menayangkan sengihan. Dia kembali menatap telefon dia.
.......
KAKI melangkah laju turun ke ruang tamu setelah dipanggil oleh Khalif. Kirla mengeluh panjang sebab dia malas nak turun. Tapi terpaksalah juga.
Tiba di ruang tamu dia terlihat wajah tetamu yang hodoh itu. Dia menjeling tajam tetamu hodoh tu. Kaki melangkah menuju ke arah Puan sri Syarifah dan dipeluk lengan wanita itu. Suka betul dia peluk tangan orang.
Tetamu yang hodoh tu hanya memandang saja Kirla.
"apa pandang pandang?!!nak kena cokeh mata?!!"marah Kirla geram.
Puan sri Syarifah mencubit lengan Kirla perlahan. Kirla mengaduh kecil.
"apa ni bu?sakitlah"adu Kirla.
"jaga sikit..dia tetamu kita!!"marah Puan sri Syarifah. Kirla mencebit.
Dia melepaskan tautan di tangan si ibu dan mendekati kedua orang anaknya yang sibuk bermain dengan kucing.
"hai Darwin..hai Danish"sapa Kirla. Kedua anaknya dipeluk dan dicium sehinggalah kedua-duanya menangis sebab rimas. Hambik kau.
"Ila kesian dekat anak tu!!"marah Khalif. Kirla hanya biarkan saja. Dia teruskan aktiviti menggomol kedua budak kecik tu sampailah dia hampir digigit oleh Darwin.
"amboi nak gigit orang ehh!!"kata Kirla. Dia terus menggeletek kedua budak tu pula. Ni mak orang ke budak umur 10 tahun ni? Tak matang langsung.
Darwin dan Danish terus mengekek ketawa. Malam ni kalau mengigau semua salah Kirla ye.
"dah lah tu Ila...mengigau budak tu malam nanti!"marah Tan sri Idham. Kirla terus memberhentikan perbuatannya. Dia mencium dahi kedua anaknya sebelum bangun dan menuju ke sebelah Puan sri Syarifah.
YOU ARE READING
Kirla Delisha
RomanceKisah ini menceritakan tentang seorang gadis yang dipaksa kawin dengan anak kepada kawan ayahnya sendiri. Jadi dengan keterpaksaan dia relakan saja. Jadi pada awal perkahwinannya dia mengharungi banyak dugaan sehinggakan dia dimasukkan ke dalam hosp...