BAB 36

889 26 0
                                    

WARLIN masuk ke dalam ruangan pejabatnya. Terkejut dia bila nampak anak buah dia berada di situ. Eksperisi muka cuba dikawal.

"siapa bagi kau kebenaran datang office aku?"soal Warlin dingin.

"sorry Prynce..aku ada maklumat baru"kata anak buah Warlin.

"apa?".

"aku ada terjumpa yang keluarga Gonzalez tu dah tukar nama dan dia orang semua dah masuk Islam..sebelum ini dia orang agama lain"kata Allan.

"kau jumpa ke nama baru dia orang?"Dia melangkah ke arah kerusi kerjanya. Punggunv dilabuhkan di situ.

"nama-nama tu aku masih cari..tapi ni ada satu lagi berita..tadi Aiden dapat tangkap sorang anak buah kepada kumpulan J tu"balas Allan.

"bagus..aku nak kau siasat dia dulu..habis waktu pejabat terus aku pergi sana..kau boleh keluar dah kalau tak ada apa-apa"arah Warlin.

Allan pun berlalu keluar. Warlin menghantar kepergian anak buahnya itu dengan ekoran mata.

Hilang sahaja kelibat Allan. Warlin termenung seketika. Kepala dia mula berfikir mengenai ketua kepada kumpulan mafia tu.

Keluhan kecil meniti dibibirnya. Dia cuba untuk buang segala info tadi dari kepalanya. Komputer dibuka dan dia pun menyibuk kan diri dengan kerja.

.........

"MANA bos kau?!!!"tengking Warlan. Dia mencengkam kuat rambut lelaki di hadapan nya itu.

"kau tanya lah seribu kali pun..aku tak akan jawab"balas lelaki itu dengan senyuman sinis.

Warlan mula memberikan tumbukan padu ke arah muka lelaki itu. Raykal dan Warlin hanya melihat sahaja dari jauh.

"aku tanya sekali lagi!!mana bos kau?!!"jerit Warlan kuat. Matanya merah menunjuk kan dia sedang menahan amarah.

"kau tak akan pernah tahu mana dia dan siapa dia!!"balas lelaki tadi dengan darah yang mula keluar dari bibirnya.

Warlin pun berjalan mendekati lelaki itu. Dia mencekak leher baju lelaki itu. Mata takam menikam wajah lelaki itu.

"kau buat lah macam mana pun..aku tak pernah takut!!"katanya tanpa rasa gentar.

"kau dengar sini bodoh!!aku tak suka main-main!!lebih baik kau bagitahu aku mana bos kau sebelum kau aku tembak mati!!"kata Warlin geram. Tangan masih mencekak leher baju lelaki itu.

Lelaki tadi tidak menjawab. Dia hanya memberikan senyuman sinis. Dia langsung tak takut kan kematian.

Warlin meminta pistol dari adik kembarnya. Warlan pun menghulurkan sepucuk pistol. Mata dia tajam menikam wajah lelaki di hadapan nya itu.

Warlin menghalakan pistol ke kepala lelaki tadi. Tetapi langsung tiada riak diwajah lelaki itu.

"kau bunuh lah aku sekali pun kau tak akan pernah jumpa dia!!"kata lelaki itu tegas.

Bang...
Bang...
Bang...

Tiga das tembakan di lepaskan tepat di kepala lelaki itu. Raykal memalingkan wajahnya menghadap lain. Warlan pula hanya melihat saja.

Kirla DelishaWhere stories live. Discover now