BAB 53

759 27 0
                                    

"KAU serious ke nak bawa aku jumpa baba kau?"soal Alvin risau. Dia takut.

"betul lah..kita ada dekat Malaysia dah ni..kau jangan bazirkan duit dengan masa aku eh dekat sini!!"Mereka membolosi sebuah kereta yang dihantar oleh pemandu keluarganya tadi.

Kirla yang membawa kereta pada waktu itu jadi dia agak gugup ye. Dia memandu dengan agak berhemah. Dia risau kalau-kalau eksiden nanti tak sempat jumpa Tan Sri pula.

"aku takut lah Ila..kang baba kau halau aku kang ha takut lah"adu Alvin. Matanya menatap sisi wajah Kirla. Berpeluh tangan dia sekarang ni.

Kirla memalingkan wajahnya memandang Alvin. Dia tertawa geli hati. Itu kali pertama dia tengok Alvin gelabah macam tu.

"are you serious?Alvin William Johnson takut?"soal Kirla. Lebih kepada mengejek sebenarnya.

Alvin menjeling manja Kirla. Mulut dicebitkan menyampah.

"of course I am!!aku ni manusia juga tau."balas Alvin.

"ceh aku ingatkan kau lembu"gurau Kirla.

Kirla menumbuk perlahan bahu Alvin.

"come on Vin..jangan takut sangat lah..baba aku tu tak makan orangnya dia masih makan nasi lagi macam manusia biasa"kata Kirla.

Alvin dah tak gugup lagi setelah mendapat kata-kata semangat dari Kirla. Dia memejamkan mata mula menghembus dan menarik nafas secara teratur. Kirla yang terlihat akan perbuatan Alvin yang lucu itu terus tertawa.

Alvin teruskan saja tanpa peduli makhluk di tepinya. Kirla pula hanya biarkan saja.

Tiba di kawasan rumahnya. Alvin mula terasa gugup kembali. Ketika kaki ingin melangkah keluar dari kereta Alvin memegang lututnya. Takut sangat lah tu.

"dah jangan takut..aku ada dengan kau"kata Kirla. Dia pun berjalan menuju ke arah pintu utama.

Loceng ditekan beberapa kali. Setelah hampir lima minit menunggu akhirnya ada yang membuka pintu. Sempat juga lah Kirla membebel kepada bibiknya sebab lambat buka pintu.

"mana Tan Sri?"soal Kirla kepada bik Yati.

"Tan Sri nya ada di dalam perpustakaan cik muda..mahu aku panggilkan nggak?"balas bik Yati.

Kirla menggeleng perlahan.

"Vin kau duduk dekat sana dulu..aku nak panggil baba jap.."arah Kirla sebelum kaki melangkah menuju ke arah terletaknya perpustakaan yang selalu babanya pergi.

Alvin ikutkan lah arahan Kirla. Dia mengambil tempat di atas sofa di ruang tamu.

Tiba di muka pintu perpustakaan Kirla mengetuk tiga kali. Setelah mendapat kebenaran dari orang di dalam dia pun masuk ke dalam. Tangan Tan Sri Idham dicapai dan dikucup dengan penuh kasih.

"ingatkan tak nak balik jumpa baba dah"kata Tan Sri Idham.

"sorry Ila terpaksa..ni Ila nak kenalkan baba dengan someone..jom turun."Dia menarik tangan Tan Sri Idham untuk menurut langkahnya.

Kirla DelishaWhere stories live. Discover now