BAB 35

952 25 0
                                    

RAYKAL berjalan dengan laju memasuki ruangan pejabat Warlin. Nasib dia kurang baik bila ada seseorang di dalam bilik itu.

"sorry"kata Raykal dan berpusing kembali untuk melangkah keluar.

Tapi belum sempat dia keluar tetamu Warlin sudah memanggilnya.

"erm Kal masuk lah..Ena dah siap dah"kata Elina.

Raykal kembali berpusing dan melangkah ke arah meja kerja Warlin. Setelah Elina hilang dari pandangan. Dia mengambil tempat di hadapan Warlin.

"sejak bila?"soal Raykal pelik.

"entah..dia nak bagi makanan tu..kau nak makan lah..aku dah kenyang"balas Warlin malas.

"biarlah..aku pun dah kenyang..bini aku masak sedap harini"tolak Raykal.

"kau kenapa datang sini?"soal Warlin.

"bodoh semalam Iman jumpa pistol aku..nasib dia tak marah".

"siapa suruh tak simpan elok-elok..bengap!"balas Warlin geram.

"aku simpan elok dah lah".

"kau simpan dekat mana?".

"dalam seluar kerja"balas Raykal selamba.

Warlin pun dengan bagusnya dia membalingkan pen ke atas dahi Raykal yang bengap tu.

"perché ho un amico stupido?(kenapa aku dapat kawan bodoh?)"kata Warlin perlahan. Tapi masih boleh didengari oleh Raykal.

"eh kau..suka hati"marah Raykal.

"kau faham ke?"

"stupid stupid tu..siapa je tak faham?"balas Raykal menyampah.

"ceh..faham yang tu je lah kau..yang lain tak faham pun".

"google ada..apa gunanya dia kalau kita tak guna dengan betul?"

"whatever lah..dah pergi berambus sana"halau Warlin.

Raykal pun berlalu keluar dari ruangan pejabat Warlin. Hilang je kelibat Raykal dari pandangan dia. Warlin membuka komputernya.

Dia membuka google dan mencari nama syarikat yang bermula dengan huruf J. Dia pasti yang pemilik syarikat itu akan meletakkan nama syarikat hampir sama dengan nama kumpulan mafia mereka.

Usai menaip. Dia mendapati banyak hasil carian nama syarikat di situ. Tangan mula lincah mencari sehingga dia terjumpa nama syarikat J.G group.

Warlin melihat satu persatu isi tentang syarikat yang gah itu.

"syarikat dari US.."kata Warlin perlahan. Dia melihat lagi. Tiba-tiba dia tertarik dengan nama pemilik syarikat itu.

Board of Director:Jefry Chris Gonzalez

Chief Executive Officer:Juliana Kirla Gonzalez

Chief Operation Officer:Jake Dzakry Gonzalez

Tiga nama ini menarik perhatian Warlin. Dia mencatat nama syarikat dan ketiga-tiga nama ini. Telefon nya dicapai. Nombor Raykal di dail.

Kirla DelishaWhere stories live. Discover now