"ILA dah sedia?"soal Puan Sri Syarifah ketika dia masik ke kamar anak perempuan nya.
Dia mendekati Kirla yang sedang menghadap almari solek itu. Jelas terpancar di wajah Kirla yang dia sedang berdebar.
Kirla melihat ke arah pantulan cermin. Dia memberikan senyuman tipis buat ibunya.
"dah"balas Kirla yang sedang gementar. Tangan dia menggenggam satu sama lain. Berdebar jantung dia. Hampir tercopot.
"okay jom"kata Puan Sri Syarifah.
Kirla bangun dan berjalan ke arah Puan Sri Syarifah. Sempat dia membaca basmallah sebelum kaki melangkah keluar dari bilik mengikut langkah ibunya.
"aku akan pastikan kau merana!"terngiang-ngiang kata-kata dari Warlin semasa makan malam haritu. Dia risau kalau-kalau Warlin betul-betul buat apa yang lelaki tu cakap dekat dia.
Sampai je dekat ruang tamu. Kakinya melangkah ke arah kusyen yang berada di situ. Dia pun mula duduk bersimpul di sebelah ibu dan bakal ibu mertuanya.
Mata terpandang belakang badan Warlin. Lelaki tu nampak sangat kacak di matanya dengan berbaju Melayu sedondon dengan dia. Senyuman tipis menghiasi bibirnya.
Sedang ralit dia tenung Warlin. Tiba-tiba Warlin berpaling ke arahnya sambil memaparkan senyuman sinis. Senyuman tu amat menakutkan. Senyuman lelaki tu bagaikan orang psiko.
Kirla terus mengalih pandangan dia ke arah lai . Perasaan takut mula menyelubungi dirinya. Nafas cuba ditarik dalam-dalam untuk menghilangkan rasa takut dan debar yang terasa tu.
Sedang dia sibuk menghilang rasa itu. Tiba-tiba suara tok kadi mula menyapa gegendang telinganya. Rasa debaran semakin kuat terasa. Dia dah tak perlu nak berlari marathon dah kalau macam ni gayanya jantung dia berdegup.
"aku nikah kan dikau dengan Nur Kirla Delisha binti Syed Idham berwakil walikan aku dengan mas kahwinnya sepuluh ribu ringgit tunai".
"aku terima nikahnya Nur Kirla Delisha binti Syed Idham dengan mas kahwinnya sepuluh ribu ringgit tunai".
"sah"ucap kesemua saksi.
"alhamdulillah"ucap tok kadi dan yang lain.
Dengan sekali lafaz akhirnya Kirla sah menjadi isteri kepada Warlin. Setelah habis je bacaan doa. Warlin bangun dan berjalan ke arah Kirla. Senyuman sinis tidak lekang dari bibirnya. Dia mengambil tempat di hadapan wanita itu.
Tangan dia mencapai cincin yang dihulurkan oleh ibunya dan disarungkan ke jari manis sang isteri. Kemudian Kirla pun melakukan perkara yang sama.
Kirla mencium kekura tangan suaminya. Katika lelaki itu mencium dahi Kirla sempat dia berbisik sesuatu yang menyeramkan ke telingan Kirla.
"welcomed to my hell!!"bisik Warlin ke telinga Kirla. Dia memberikan senyuman senget. Mata dia dialihkan ke arah sang ibu dan Puan Sri Syarifah. Senyuman tipis menghiasi wajahnya.
"tahniah"ujar Julia lalu menarik Kirla ke dalam pelukan. Dia mencium dahi menantunya lembut.
Kirla hanya mampu tersenyum je. Dia risau dan takut dengan apa yang dikatakan oleh Warlin tadi.
"tahniah anak mama..tak sangka kamu dah jadi isteri orang"ucap Puan Sri Syarifah pula. Badan anaknya itu dipeluk erat.
Hatinya terasa sayu dan pada masa yang sama ucapan syukur tak lekang disebut. Dia bersyukur Kirla telah membina rumah tangga. Dia kemudian mencium kedua-dua belah pipi anaknya itu.
Kirla memberikan senyuman sayu. Dia pun bangun setelah semua orang bangun. Kaki kemudian melangkah ke arah Imani yang sedang menunggu dirinya.
"tahniah"ucap Imani lalu dia menarik Kirla ke dalam pelukan. Air mata perlahan-lahan mengalir membasahi pipinya.
"aku takut"adu Kirla. Dia menatap wajah Imani yang dah mula kemerahan sebab menangis.
Berkerut kening Imani dibuatnya. Dia memandang wajah Kirla yang sedang ketakutan tu.
"kenapa?".
"d..dia betul betul akan siksa aku"ujar Kirla risau. Dia fikirkan semua yang Warlin cakap haritu adalah tipu. Tapi bila dia mendengar apa yang Warlin bisik tadi. Sememangnya lelaki itu serius.
"think positive".
Kirla mengeluh. Dia berlalu pergi ke arah Khalif.
"tahniah my little sister"ucap Khalif lalu dia memeluk Kirla. Sempat dia mencium pipi Kirla sekejap. Dia kemudian menitiskan air mata.
"ni kenapa menangis pula ni?"soal Imani hairan. Matanya memandang Khalif.
"nanti tak ada dah lah orang nak teman abang pergi shopping..lepastu tak ada lah yang nak teman abang makan hm."ujar Khalif sayu.
Kirla pula tertawa kecil. Lawak pula tengok muka Khalif tu. Buruk betul bila abang dia ni menangis.
"kahwin lah cepat..nanti mesti ada orang temankan abang."
"nak kahwin macam mana kalau semua girlfriend abang Ila tolak..hmm"Khalif mengeluh panjang. Sekarang siapa yang salah bila dia terpaksa membujang sekarang ni?
Kirla terus menghemburkan tawa yang kuat. Dia lupa pula hal tu.
"alahh..tak apa lah kalini abang cari yang elok..Ila akan pastikan yang Ila tak tolak dah."balas Kirla bersama sisa tawanya.
Khalif terus tersenyum. Dia pandang Imani yang berdiri di sebelah Kirla.
"dah kalau dia Ila tolak tak?"soal khalif sekadar ingin bergurau.
"hell no!!"bentak Imani. Oh tidak!! Dia tak nak Khalif yang tua tu.
"yang ni tak boleh.."
"why?".
"sebab dia punya citarasa bukan orang tua"jujur Kirla. Sempat Imani mencubit lengan dia sikit. Geram pula dengan jawapan Kirla tadi.
Khalif terus mengeluarkan telefon dia dari dalam poket dan membuka kamera. Dia perhati setiap inci muka dia. Tak nampak tua pun.
"tak ada lah tua mana pun muka abang ni"kata Khalif sambil tangan naik membaiki rambut yang sedikit serabai tu.
"eee"kata Imani dengan mimik jijik.
"hello mr Khalif!!muka awak tu dengan berjambangnya..ingat si Iman ni nak ke?"soal Kirla. Tak percaya betul dengan ayat Khalif tadi. Tak sedar diri betul.
Khalif memegang jambang dia. Tak ada yang pelik pun dengan jambang dia. Berdosakah bila berjambang? Hm.
"eleh..tak apa..nanti kalau abang dah buang jambang ni..kalau Imani ni suka dekat abang..abang akan tolak dia"balas Khalif terlalu riak.
Kirla dan Imani terus memandang satu sama lain. Mereka terus meletuskan tawa yang kuat sehingga tetamu yang datang memadang ke arah mereka.
"geli geli je abang ni"kata Kirla lalu dia pun pergi ke arah rakan dia yang lain. Lama-lama dengan Khalif risau tambah dosa je kejap lagi.
YOU ARE READING
Kirla Delisha
RomanceKisah ini menceritakan tentang seorang gadis yang dipaksa kawin dengan anak kepada kawan ayahnya sendiri. Jadi dengan keterpaksaan dia relakan saja. Jadi pada awal perkahwinannya dia mengharungi banyak dugaan sehinggakan dia dimasukkan ke dalam hosp...