BAB 14

1.6K 35 1
                                    

"HOI perempuan!!"pekik Warlin dari luar bilik Kirla. Pintu diketuk berkali-kali sampai habis nak runtuh pintu tu. Tapi ketukan nya di abaikan.

Warlin pun berlalu dan mencari kunci pendua. Perasaan marah dan benci semakin membuak-buak di dalam dirinya apabila Kirla tak melayan panggilan dia.

Setelah dia mencapai kunci. Pintu bilik Kirla diterjah.

"hoii perempuan!!"jerit Warlin kuat apabila dia berjaya membolosi ruang bilik Kirla.

"bodoh ke duduk dalam gelap!!"makinya sambil tangan m ligat mencari suis lampu. Suis lampu ditekan. Lampu pun mula meneranhi bilik Kirla.

Kaki dia melangkah menghampiri katil wanita itu. Dia melihat ke atas katil. Tersentak dia apabila matanya terlihat darah yang banyak di atas bantal Kirla.

"woi perempuan..kau tak reti nak bangun ke?!!"kejut Warlin. Tangan menggocang dengan kasar tubuh wanita itu. Tapi Kirla langsung tak menjawab.

Dia pun memusingkan badan Kirla menghadap dirinya. Terkejut dia bila jelas terpapar kepucatan diwajah wanita itu.

"woii bodoh!!"kejut Warlin sambil menepuk-nepuk pipi Kirla.

"woii jangan nak menyusahkan aku lah bodoh..baik kau bangun!!"kejut Warlin lagi. Tapi langsung tiada riaksi dari Kirla.

Dia bagaikan sedang mengejut anak patung. Langsung tiada riaksi atau apa pun.

Hati dia mula rasa risau. Dia pun mengangkat tubuh ramping gadis itu dan di bawa ke hospital secepat mungkin.

Dalam hatinya tak henti-henti berdoa supaya tiada apa-apa yang terjadi pada Kirla. Perasaan risau mula bertandang di dalam hati nya. Entah kenapa dia risau kalau Kirla pergi meninggalkan dia.

Dia risau kalau kalau dia tidak mampu memohon maaf pada gadis itu. Air mata mula bergenang pada tubir matanya.

Kelajuan kereta dipertingkatkan untuk cepat sampai di hospital.

"doktor!!"jerit Warlin sambil mendukung Kirla.

"kenapa ni?"soal doktor yang baru muncul.

"tak tahu..tapi tadi ada darah dekat kepala dia"jelas Warlin.

Doktor mengangguk dan dia pun membawa Kirla ke wad kecemasan. Warlin dipinta untuk tunggu diluar.

"apa aku buat dekat dia?"soal Warlin pada diri sendiri. Rambut di raup kasar.

"a..aku minta maaf Ila"kata Warlin menyesal. Air mata kian membasahi pipinya. Rasa menyesal mula menguasai hatinya.

Dia menyesal menghantuk kepala Kirla semalam dan dia menyesal memaki wanita itu. Dia juga menyesal berbuat begitu pada isterinya sendiri. Akibat dendam dia mungkin akan kehilangan Kirla.

Entah lah. Dia rasakan dendam itu kian memudar apabila kali pertama dia nampak Kirla tersenyum ketika di dewan semasa hari persandingan mereka berdua.

Tapi dia tolak semua itu ketepi dan dia terus menerus cuha untuk membenci wanita itu. Sebab itu lah dia cuba untuk mencari salah Kirla semalam. Dia akan cuba mencari jalan untuk membenci wanita itu walau apa pun terjadi.

Kirla DelishaWhere stories live. Discover now