SETELAH sebulan menunggu. Akhirnya tibalah hari pernikahan Kirla dan juga Warlin. Perkahwinan mereka buat kali kedua ini hanya dibuat kecil-kecilan saja atas permintaan Kirla. Dia minta untuk menikah saja. Tiada sanding. Jadi yang lain ikut kan saja lah.
"Prynce Warlin ye namanya?"soal tok kadi. Matanya menatap borang yang berada di atas meja.
Warlin mengangguk perlahan.
"amboi nama susah betul nak sebut..cuba lah isi nama tu senang..tak ada lah berbelit lidah ni nak sebut haih.."keluh tok kadi. Warlin hanya menayangkan senyuman senget. Dia pun tak tahu le nak cakap apa. Dah papanya isi nama macam tu nak buat macam mana?
"okay mari mulakan.."kata tok kadi. Tangan dihulurkan untuk berjabat dengan Warlin.
Warlin pun menyambut huluran tangan tok kadi dengan gementar. Walaupun ini kali kedua masih gugup ye.
"amboi sejuknya tangan.."usik tok kadi.
Warlin hanya menayangkan senyuman saja. Dia tak rasa nak balas gurauan tok kadi tu.
"Prynce Warlin bin Isaac William".
"ye saya".
"aku nikahkan dikau dengan Nur Kirla Delisha binti Syed Idham berwakil walikan aku dengan mas kahwin seberangkap alat solat".
"aku terima nikahnya Nur Kirla Delisha binti Syed Idham dengan mas kahwin seberangkap alat solat".
"sah..sah sah.."kata tok kadi. Setelah saksi mengesahkan nya. Akhirnya yang lain mengucap syukur.
Kirla dibelakang sudah menitiskan air mata. Entah apa yang dia rasakan. Gembira? Sedih? Dia sendiri tidak pasti dengan apa yang dirasakan.
Dahi Danish dan Darwin disisi dicium penuh kasih. Habis melekat lipstik dekat dahi dua ketul tu. Habis lah satgi nak tonyoh.
Usai saja bacaan doa tibalah masa pembantalan air sembahyang. Warlin dipinta untuk ke arah Kirla.
Dengan berhati-hati dia duduk antara dua sujud di hadapan Kirla. Salam diberikan. Kirla menjawab dengan sopan.
Dia mencapai cincin yang baru saja dibeli. Cincin yang pernah dipakai oleh mereka ketika perkahwinan pertama kali mereka telah selamat di dalam sebuah kotak. Biarlah cincin itu menjadi kenangan saja.
Dia mencapai cincin dan disarungkan ke jari manis Kirla. Kemudian Kirla pula yang menyarungkan cincin dijarinya.
Kirla mencium lembut tangan si suami. Setelah itu Warlin mencium dahi si isteri pula. Sewaktu Warlin mencium dahi Kirla. Kirla sekali lagi menitiskan air mata.
"stop crying..you hurt me"bisik Warlin.
Kirla mengesat air matanya. Dia memandang wajah Warlin lama sebelum memberikan senyuman kecil kepada lelaki itu.
Usai saja upacara pembatalan air sembahyang. Tetamu dipinta untuk menjamu selera di luar rumah.
Setelah semua tetamu sudah keluar untuk menjamu selera Kirla pun bangun. Tubuh badan Darwin di dukungnya. Danish pula didukung oleh Warlin. Ni kalau Kirla dukung budak dua ketul ni mahu patah pinggang oii.
YOU ARE READING
Kirla Delisha
RomanceKisah ini menceritakan tentang seorang gadis yang dipaksa kawin dengan anak kepada kawan ayahnya sendiri. Jadi dengan keterpaksaan dia relakan saja. Jadi pada awal perkahwinannya dia mengharungi banyak dugaan sehinggakan dia dimasukkan ke dalam hosp...