"KIRLA!!!"jerit Tan sri Idham kuat hingga hampir runtuh rumah agam itu. Matanya tajam menikam wajah anak perempuan dia tu.
Kirla yang tertunduk di hadapan Tan Sri terus mengangkat mukanya. Jelas riak takut terpapar diwajahnya.
"kamu gila ke?!!"soal Tan Sri geram.
"sorry pa Ila kena buat juga..kalau tak perkara ni tak akan pernah habis!!sanggup ke papa tengok anak papa dengan cucu papa macam ni?!!"Mukanya menayang riak simpati.
Tan Sri Idham mengeluh lemah. Entah apa nak jadi dengan anak perempuan dia ni.
"kamu masih belum sembuh dari penyakit kamu Ila!!tolong lah jangan buat papa dengan ibu risau macam ni."kata Tan Sri sedikit berlembut. Dia cuba untuk memujuk anak nya itu untuk tidak masuk campur dalam hal ini.
"tak pa!!Ena and Drake kena sedar..semua yang dia buat ni hanya sia-sia je..Ila perlu sedarkan dia orang."balas Kirla.
"Ila please jangan buat perkara bodoh!!"celah Khalif yang entah dari mana.
Kirla memandang wajah abangnya. Jelas riak risau diwajah itu.
"abang ikut Ila kalau Ila nak buat juga!!"tegas Khalif.
Kirla menggeleng perlahan.
"tak..biarlah Ila yang buat semuanya."tolak Kirla.
"apa pun Ila cakap abang still nak!!"tegas Khalif.
Kirla memilih untuk berlalu pergi. Dia malas dah nak berbincang hal ni.
........
"SENANG je kerja aku sekarang ni..so ni masa kau pula."kata Elina kepada Drake melalui panggilan telefon.
Senang hatinya melihat Kirla dalam keadaan lemah. Ini lah masa mereka untuk merampas kumpulan Mafia itu.
"wow aku tak sangka adik aku ni hebat juga."puji Drake.
Kembang hidung Elina dibuatnya.
"esok aku pergi US."kata Elina.
"tak payah..aku boleh uruskan yang ni..senang je ni."balas Drake dengan bangganya. Eee biasanya orang yang terlebih bangga akan kecundang jua.
"okay"balas Elina dan dia pun memutuskan panggilan.
Sejak-sejak Kirla dan Warlin bercerai. Elina tidak lagi muncul di rumah lelaki itu. Tapi suatu hari nanti dia akan pergi juga untuk membuat sesuatu.
.........
"KEPALA kau okay tak?"soal Alvin risau.
"jangan risau pasal aku..sekarang ni aku nak kau cari Drake!!"balas Kirla tegas. Matanya memandang skrin Ipad di tangan.
Baru je beberapa hari ambil cuti. Kerja dah berlambak dekat pejabat. Naik pening kepala dia.
"hantar aku pergi office aku nak ambil fail dekat sana."arah Kirla setelah sekian lama mendiamkan diri.
Alvin hanya turutkan saja. Kereta dipandu ke J.G group.
Tiba saja di sana kereta diparking di pintu masuk. Kirla pun melangkah keluar dari kereta. Terkejut beruk pekerja di situ apabila melihat wajah Kirla.
"afternoon miss"sapa salah seorang pekerja. Kirla hanya mengangguk dan terus berjalan menuju ke arah lif.
Setiba saja di lif Alvin yang hanya mengikut jejak langkah Kirla terus menekan punat 32 iaitu tingkat di mana terletaknya pejabat milik Kirla.
"semalam Kaish ada terserempak dengan ahli kumpulan dia..tapi dia tak sempat nak tangkap sebab lelaki tu cepat-cepat larikan diri."kata Alvin sambil menunggu lif tiba.
Kirla hanya diam saja di penjuru lif sambil melihat ke arah Ipadnya. Sibuk sangat tu.
"lepastu sebelum kau balik Malaysia aku ada ternampak seseorang macam hendap kau..ada jadi apa-apa tak masa dalam flight?"sambung Alvin lagi.
Kirla mengangkat kepalanya. Dia memandang wajah Alvin melalui pantulan yang berada di dalam lif.
"tak ada apa-apa..aku just nak kau siasat siapa dia"balas Kirla senada dan dia pun kembali meneliti Ipad nya semula.
Alvin mengangguk faham. Dia akhirnya pilih untuk mendiamkan diri je.
Tiba di tingkat 32 Kirla pun melangkah keluar dari lif diikuti oleh Alvin. Mereka berdua jalan beriringan menuju ke arah bilik pejabat Kirla.
Sepanjang perjalanan mereka ke bilik pejabat Kirla mereka sentiasa di sapa oleh pekerja.
Kirla menolak pintu gergasi itu. Jelas di situ ternampak meja pembantu peribadinya. Dia pun melangkah ke sebuah pintu di sebelah meja pembantunya.
Pembantu peribadi dia iaitu Sofea terus terbangun. Terkejut dia apabila terlihat kelibat Kirla di situ dengan kepala yang berbalut.
"miss"sapa pembantunya.
"I just want a take some files...just continue your work.."kata Kirla tegas. Sofea mengangguk faham. Dia pun kembali duduk.
Matanya melihat ke arah Alvin. Dia perasan yang Algin sentiasa bersama Kirla. Tapi dia tak tahu apa status dua orang ini.
Usai mencapai fail yang diperlukan Kirla pun berlalu pergi. Sempat dia berkata kepada Sofea yang esok dia masih belum masuk pejabat.
YOU ARE READING
Kirla Delisha
RomanceKisah ini menceritakan tentang seorang gadis yang dipaksa kawin dengan anak kepada kawan ayahnya sendiri. Jadi dengan keterpaksaan dia relakan saja. Jadi pada awal perkahwinannya dia mengharungi banyak dugaan sehinggakan dia dimasukkan ke dalam hosp...