BAB 18

1.3K 34 2
                                    

SETELAH BEBERAPA BULAN....

KETIKA Warlin pulang dari kerja. Dia disambut mesra oleh isterinya. Kirla memberikan senyuman yang manis sambil dia mencium kekura tangan Warlin. Tapi Warlin hanya sambut dengan riak yang dingin.

Dia kemudian terus berjalan naik ke biliknya untuk mandi. Kirla tersenyum pahit. Dia tahu suami dia penat. Iya lah dulunya seorang pensyarah sudah bertukar kepada seorang CEO kepada sebuah syarikat yang besar.

Kaki menuju ke dapur untuk menyiapkan makanan setelah menutup pintu rumah. Beberapa minit kemudian Warlin turun dengan baju yang sudah ditukar dan rambut yang sedikit basah.

Kirla memberikan senyuman manis kepada si suami. Lesung pipit melekuk elok dipipinya menambahkan lagi kecantikan diwajahnya. Tapi Warlin hanya memabalas dengan wajah yang dingin.

"abang duduk lah dulu..Ila ada masak lauk kegemaran abang."kata Kirla mesra.

Kerusi ditarik oleh Warlin. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi tadi. Lauk dihadapan dia pandang sepi. Warlin sekarang bagaikan robot yang bernyawa.

Kirla mula menyenduk kan nasi ke dalam pinggan mikiknya dan Warlin. Setelah itu dia meletak kan lauk ke dalam pinggan Warlin.

"erm abang"panggil Kirla usai saja mereka makan. Warlin mengangkat keningnya sebelah.

"minggu depan Ila ada kem..boleh tak kalau Ila join?"soal Kirla. Matanya dibulatkan. Pipinya dikembungkan. Dia fikir dia comel lah tu.

"berapa hari?"soal Warlin dingin.

"3 hari 2 malam je"balas Kirla.

"boleh ke?"soalnya lagi.

"hm".

Kirla tersenyum. Akhirnya dapat juga dia merasa pergi kem. Tak sangka betul. Warlin memandang wajah si isteri. Mukanya semakin dingin. Entah apa yang dia tak puas hati pun tak tahu lah.

Warlin terus bangun dan membawa diri ke dalam ruangan kerjanya. Senyuman dibibir Kirla kian memudar apabila dia melihat Warlin yang dingin itu. Itulah kali pertama Warlin bersikap dingin dengannya setelah dia dan Warlin berbaik.

"dia penat kot..positif Ila"kata Kirla pada dirinya sendiri. Pinggan dia bawa ke sinki untuk dicuci.

Usai saja mencuci pinggan. Dia terus mendaki tangga pergi ke bilik kerja Warlin. Sebelum dia melangkah masuk. Salam diberikan.

"abang okay?"soal Kirla apabila kakinya sudah melangkah masuk. Muka Warlin di tatap penuh kelembutan.

"hm"balas Warlin malas.

Kirla mendekati meja kerja suaminya.

"tipu!!abang tak pernah macam ni selama ni..abang kenapa?tak nak share ke?"soal Kirla cuba untuk mengambil tahu tentang perubahan suaminya.

Warlin mengangkat kapalanya memandang wajah Kirla di hadapan.

"non of your business!!"tegas Warlin. Kepalanya dijatuhkan kembali memandang komputer dihadapan.

"okay"balas Kirla sayu. Kakinya perlahan-lahan di bawa keluar dari bilik kerja lelaki itu.

Selepas pintu ditutup. Warlin terus meraup rambutnya kasar. Dia tidak berniat untuk buat begitu. Tapi dia mempunyai sebab yang tersendiri. Hati dia sakit bila nampak Kirla macam tu.

Kirla DelishaWhere stories live. Discover now