BAB 9

1.4K 31 0
                                    

"SWEET kan student you dengan abang dia tadi?"soal Seri. Dia tersenyum kecil. Suka dapat tengok hubungan adik beradik macam tu. Comel je.

Warlin mengangguk bersetuju. Mereka melangkah menuju ke tempat parkir kereta.

Sekali lagi mereka berdua terserempak dengan Kirla dan Khalif. Tapi Kirla dan Khalif tak perasan akan kewujudan Warlin dekat situ.

Warlin menjadi pemerhati je gelagat dua beradik tu. Mereka bagaikan orang yang sedang hangat bercinta. Tapi hakikatnya mereka berdua adalah adik beradik.

"abang nak pergi mana pula lepas ni?"soal Kirla kepada Khalif sambil kaki berjalan ke arah kereta.

"balik lah Kirla oii..malam ni ada makan malam dengan kawan baba kan."balas Khalif.

Kirla mendecit. Dia malas sebenarnya. Tahu sangat dah apa tujuan makan malam tu.

Warlin yang terdengar bualan dua beradik tu terus dia teringat yang Julia berpesan suruh balik awal sebab dia ada makan malam ni.

"sayang"panggil Seri bila dia nampak Warlin tengah termenung jauh.

Warlin pun berpaling melihat wajah Seri.

"jom malam ni teman I pergi club"kata Seri. Tangan dia naik memeluk lengan sasa Warlin.

"sorry malam ni tak boleh..family I ada makan malam dengan kawan mama dengan papa I."balas Warlin serba salah.

Seri berdecit perlahan. Dia pun melangkah ke kereta dengan rajuknya. Warlin pun mengejar langkah Seri yang dah semakin menjauh.

........

PADA malam itu. Kirla menyarungkan dress bewarna biru laut. Iya dia sukakan warna biru. Hampir keseluruhan baju dia berwarna biru.

Mereka sekeluarga mempunyai makan malam di sebuah hotel yang terkemuka di Malaysia. Biasalah orang kaya kan.

Kirla pergi ke hotel tu bersama dengan Khalif. Tan Sri Idham dan Puan Sri Syarifah dah tiba di sana lebih awal sebab mereka berdua taj sabar nak berjumpa dengan bakal besan dia.

Dengan langkah yang malas Kirla masuk ke dalam hotel tu sambil diikuti oleh Khalif yang berjalan disisinya.

Setelah mereka tiba di meja makan. Tangan dia laju bersalaman dengan Julia. Senyuman manis diberikan kepada wanita tua itu.

Mata kemudian berpaling ke arah Warlin dan Warlan yang turut memandang ke arahnya sejak tadi. Pandangan dari Warlan dia sendiri tak mampu nak tafsirkan.

Tetapi pandangan dari Warlin pula menandakan dia sedang tidak percaya dengan apa yang baru dia nampak. Adakah dia akan berkahwin dengan student dia sendiri?

"mama dia ke yang Arlin akan kawin nanti?"bisik Warlin. Riaksi tidak percaya masih terlakar diwajahnya.

Julia mengangguk perlahan. Terkejut bukan kepalang Warlin dibuatnya.

"dia student Arlin ma..are you serious?"bisik Warlin lagi. Sungguh tak percaya sekarang ni. Tolong lah bagitahu yang mama dia tengah buat prank sekarang ni.

"yess..I'm serious"bisik Julia serius.

"so..semua persiapan dah siap..tak sangka lagi seminggu kita akan jadi besan."Puan Sri Syarifah memulakan bicara. Senyuman teruja menghiasi wajahnya.

Kirla dah mengeluh. Mata dia melihat makanan yang sejak tadi terhidang atas meja tu. Dia takut nak tengok muka Warlin yang amat menyeramkan tu.

Mata Warlin tajam menikam wajah gadis tu. Dia tak sangka betul pelajar yang selalu lewat dan tak datang ke kelas dia tu bakal menjadi isteri dia nanti.

Sudah semestinya dia akan menyeksa wanita itu nanti. Dia dah tk kisah yang Kirla itu pelajar dia atau tidak. Dia cuma akan pastikan dendam yang tersemat di jiwa tu terbalas.

Di sebabkan Kirla dia tak dapat kahwin dengan si kekasih hati. Benci sungguh dengan wajita itu!

"pihak media semua dah tahu..jadi nanti penuh lah dewan tu dengan pihak media"kata Isaac. Dua keluarga yang terkenal dalam bidang perniagaan akan bersatu. Semestinya nanti akan meletup kebaboom!

Siapa je yang tak kenal Tan Sri Idham dan Isaac William Danial? Sebut saja dua nama itu. Pasti akan ada yang berbisik dan takut.

"jemputlah makan."Tan Sri Idham menjemput semua yang berada di aitu untuk menjamu selera.

Semasa makan Warlin masih lagi menatap Kirla dengan pandangan tajam. Dia tidak boleh melepaskan Kirla dari tatapan nya. Dia benci akan wanita itu.

Habis je makan. Mereka mula berbincang tentang hal berkaitan perkahwinan yang bakal berlangsung tak lama lagi.

Tapi dalam perbincangan itu. Kirla dan Warlin hanya buat tak endah. Mereka langsung tak kisah atau memberi sebarang pendapat.

Kirla hanya menghadap telefon miliknya dan Warlin pula sibuk membalas pesanan dari Seri. Mereka seperti tak ada apa yang akan berlaku antara keluarga mereka. Seperti hidup dalam dunia sendiri. Malas nak ambil kisah hal orang.

Habis saja berbincang. Kirla bersalaman dengan bakal ibu mertuanya itu. Dia pun berlalu keluar ke kereta Khalif. Sedang menunggu Khalif di luar hotel. Tiba-tiba ada satu tangan menarik dia.

Terkejut dia dibuatnya. Hampir saja dia nak menjerit. Dia ingatkan ada hantu. Kang tak pasal-pasal hidup dalam alam bunian.

"aku akan pastikan hidup kau merana!"kata Warlin dengan penuh emosi.

Tapi riaksi Kirla hanya biasa je. Tak ada sebarang respon atau ketakutan di wajah itu. Dia bagaikan robot yang tak berperasaan sekarang ni.

"okay"balas Kirla sepatah. Tak takut pun.

"aku cakap aku buat tau!!kau ingat ni!"bentak Warlin lagi. Dia rasa dirinya sedang dicabar bila melihat wajah Kirla yang langsung tak berperasaan itu. Sungguh mencabar ego seorang Warlin.

"tahu lah dah nak kahwin..tapi jangan buat adik aku macam tu"kata Khalif yang entah dari mana. Dia menatap tajam wajah Warlin.

Warlin pun melepaskan tautan tangan dia dari lengan Kirla.

Kirla pun menggosok tangannya yang sedikit sakit akibat cengkaman tangan Wirlan yang kuat itu.

Dia pun berlalu membolosi kereta. Matanya langsung tidak memandang wajah Warlin yang tak berapa nak kacak tu. Tapi kacak. Hm entah lah kacak ke tak.

Setelah kereta Khalif hilang dari pandangan. Warlin pun berlalu membolosi perut kereta miliknya. Dia memilih untuk pergi ke kelab yang terkemuka di Kuala Lumpur. Dia perlu hilangkan tekanan yang membelenggu dirinya sekarang ni.

Kirla DelishaWhere stories live. Discover now