BAB 21

1.4K 30 0
                                    

"ILA kau okay tak?"soal Imani risau apabila dia nampak muka Kirla kelihatan agak pucat.

Kirla mengangguk perlahan. Senyuman manis diberikan kepada rakan karibnya.

"jom makan nasi ayam."ajak Imani cuba menghilangkan kerisauan itu.

Kirla mengikut saja. Lagipun dah lama dia tak makan nasi ayam. Rindu pula.

Dah hampir seminggu berlalu sejak kejadian itu terjadi. Hidup dia dah semakin membaik. Tapi sejak dua menjak ini Daus seringkali mengganggu kehidupan dia.

"Kirla!!"jerit Daus. Kirla menarik tangan Imani lari dari lelaki tak betul tu. Hatinya yang hacur masih lagi belum dibaiki. Dia benci kan lelaki itu.

"hoi jangan lari lah!!kau tu mengandung lah!!"marah Imani sambil mengikut langkah Kirla.

"biarlah..aku taknak jumpa jantan bodoh tu"balas Kirla tenang. Lariannya semakin dilajukan sehingga mereka sampai di kereta.

Pintu cepat-cepat dibuka. Setelah Imani membolosi perut kereta. Dia memecut laju meninggalkan kawasan itu.

Daus yang masih lagi mengejar mereka tu dia abaikan. Pedal minyak ditekan sehingga kereta semakin laju memecut.

"kau kenapa?"soal Imani termengah-mengah. Penat dia berlari tadi.

"tak ada apa..aku taknak jumpa bodoh tu je"balas Kirla malas. Matanya fokus pada pemanduan.

Kelajuan kereta sudah diperlahankan. Keluhan panjang meniti dibibirnya. Rahang diketapnya.

Setiba saja mereka di restoran kegemarannya. Mereka berdua pun turun. Kaki melangkah memasuki restoran itu.

Mereka mengambil tempat di kawasan yang agak terpencil. Kirla tak nak dengar suara-suara pelanggan lain yang agak mengganggu ketenangan tu.

"tu bukan suami kau ke Ila?"soal Imani menunjuk ke arah lelaki yang sedang bersama dengan seorang lelaki yang tidak dia kenali.

Kirla berpaling ke arah gerangan yang ditunjukkan oleh Imani. Tapi dia abaikan saja setelah mengenal pasti gerangan itu. Pandangannya dikalihkan menghadap telefon miliknya.

Nombor seseorang didail. Dia pun meminta diri kepada Imani untuk pergi sebentar.

Imani hanya membiarkan saja Kirla berlalu pergi. Nombor si kekasih di mesejnya. Kejap lagi dia akan bagitahu sesuatu kepada Kirla.

"assalamualaikum doktor"sapa Kirla di dalam talian.

Usai doktor menjawab. Kirla memberitahu sesuatu kepada doktor peribadinya tu.

"esok saya tak dapat datang..maaf ye"kata Kirla.

"baiklah nanti saya telefon balik"balas Kirla lalu dia pun mematikan panggilan.

Dia kembali semula ke meja makan. Wajah Imani ya g tersenyum sorang diri tu dia pandang geli.

"Ila"seru Imani bila dia sedar kedatangan Kirla. Senyuman manis meniti dibibirnya.

Kirla yang baru duduk tu memandang wajah Imani. Kening diangkat.

"apa?".

Kirla DelishaWhere stories live. Discover now