"KENAPA ni?"soal Doktor Murni risau. Matanya melihat ke arah Khalif kemudian matanya beralih kepada Kirla yang tidak sedarkan diri dalam pangkuan Khalif.
"d..dia muntah darah tadi lepastu terus pengsan."jelas Khalif dalam nada kerisauan.
Doktor Murni mengarahkan Khalif untuk meletakkan Kirla di atas katil wad dan dia menghalau Khalif untuk keluar.
Hampir dua jam Doktor Murni merawat Kirla. Akhirnya dia pun keluar bersama jururawat yang membantunya tadi. Keluhan kecil meniti dibibirnya bila dia berdiri di hadapan Khalif.
"sel kanser dia dah merebak ke jantung dan paru-paru..sekarang hanya satu je harapan kalau nak dia sihat macam biasa."jelas Doktor Murni. Wajah Khalif yang sedang kerisauan tu di pandang.
"dia perlukan pembedahan secepat mungkin.."sambungnya lagi.
Khalif menunduk memandang lantai. Kepalanya rungsing sebab Kirla tak nak membuat pembedahan. Dia kemudian mengangkat kepala semula. Wajah Doktor Murni di tatap.
"saya dah pujuk dia tapi dia masih nak anak tu..tak apa lah saya akan cuba lagi pujuk dia."ujar Khalif dan dia pun berlalu menuju ke wad Kirla.
"Ila okay tak?"soal Khalif setelah dia membolosi ruangan wad.
Kirla mengangguk lemah. Bibirnya pucat sangat. Senyuman tipis menghiasi wajahnya.
"abang"seru Kirla perlahan. Tapi masih boleh didengari oleh Khalif.
Khalif pun mendekati si adik.
"tolong..Ila nak air..lepastu tolong ambil kan fon."pinta Kirla. Dia menunjuk ke arah telefon yang berada di atas meja di sisinya.
Khalif pun memberikan apa yang Kirla pinta. Dia meletakkan telefon Kirla di atas riba wanita itu.
"thanks".
Tiba-tiba Kirla terasa loya. Plastik di pinta. Khalif dengan gelabah mencari plastik. Tapi tak sempat. Kirla sekali lagi memuntahkan darah.
"Ila tsk..tsk"tangis Khalif. Kirla menayangkan senyuman manis. Walaupun bibirnya pucat dia masih lagi mampu untuk menenangkan hati orang dengan senyuman itu. Lesung pipit dipipinya sungguh indah.
Tubuh badan Kirla dipimpin ke tandas. Selepas itu Khalif berlari memanggil jururawat untuk membersihkan katil.
Selesai membersihkan diri. Kirla kembali semula ke katil. Badan di baringkan. Dia penat.
"abang...Ila nak tidur kejap ye..kalau Ila tak bangun tolong kejut kan tau."pesan Kirla lalu dia pun memejamkan matanya.
Khalif terus berlalu keluar dari wad. Air matanya mulai jatuh. Sedih dia melihat keadaan adik dia begitu. Hatinya bagaikan disiat-siat dengan pisau.
"sabar ye..saya tahu ini menyakitkan.."kata seseorang.
Khalif memandang gerangan di hadapan dia. Wanita yang manis bertudung itu memberikan senyuman kepada Khalif.
"thanks Murni..saya sedih sangat tengok keadaan dia macam tu..saya tak sangka di sebalik senyuman kebahagiaan dia selama ini ada penderitaan yang terpaksa dia tanggung."kata Khalif sayu.
YOU ARE READING
Kirla Delisha
RomanceKisah ini menceritakan tentang seorang gadis yang dipaksa kawin dengan anak kepada kawan ayahnya sendiri. Jadi dengan keterpaksaan dia relakan saja. Jadi pada awal perkahwinannya dia mengharungi banyak dugaan sehinggakan dia dimasukkan ke dalam hosp...