BAB 16

1.6K 32 0
                                    

HAMPIR seminggu dia hanya duduk dekat rumah. Akhirnya boleh pun keluar ke Universiti semula. Nasib lah kepala dia dah baik.

Kirla dan Warlin pergi ke Universiti bersama-sama. Banyak mata memandang ke arah pasangan sejoli itu. Mereka bagaikan pinang dibelah dua.

"sweet lah kau dengan sir..baku sedondon siak."usik Imani. Dia perhati je dua orang tu. Dah lah pakai baju warna sama. Kesian orang singlet.

"tak ada lah..dah jom nanti lambat masuk miss marah pula."balas Kirla. Pipi dia mula kemerahan sebab di usik macam tu. Mereka berdua pun masuk ke dalam kelas.

"pengantin baru dah sampai..uu!!"ujar Delima. Matanya memandang wajah Kirla yang berseri-seri.

"mengada lah kau!!"marah Kirla.

"elehh malu lah tu..macam mana kahwin?seronok?"soal Delima. Dia tersengih menunggu jawapan Kirla.

"kahwin lah dulu..baru kau tahu"balas Kirla. Dia tertawa kecil melihat wajah cemberut Delima. Sedang mereka bersembang. Pensyarah pun masuk.

Habis je kuliah. Kirla laju keluar pergi ke kafeteria. Perut dia dah berkeroncong kuat sejak tadi.

"hai Ila"sapa seseorang ketika Kirla sedang menunggu Delima dan Imani membeli. Matanya menatap malas gerangan itu.

"yes Daus..nak apa?"soal Kirla acuh tak acuh. Matanya berpaling melihat telefon dia. Tak berminat nak pandang lama-lama lelaki gatal tepi dia ni .

Mesej dari Warlin dibalas dengan sengihan.

"aku dengar kau dah kahwin..betul ke?"soal Daus ingin tahu. Kepala dijenguk sikit nak tengok siapa yang Kirla mesej tu.

"hmm"balas Kirla acuh tak acuh.

"ala aku baru nak tackle kau"ujar Daus sayu.

Kirla menjulingkan matanya ke atas. Tiba-tiba dia mendapat panggilam si suami. Tersenyum lebar bibirnya.

"excuse me..."pinta Kirla dan dia pun berlalu pergi ke tempat yang agak terpencil.

"awak dah makan?"soal Kirla lembut selepas memberi salam.

"belum..jom teman aku makan"ajak Warlin selepas dia menjawab salam.

"alaa saya dah beli makanan lah dekat kafe ni"balas Kirla serba salah.

"its okay..kau tunggu dekat situ..kita makan dekat situ je"balas Warlin .Dia mematikan panggilan. Tersengih sendiri Kirla dekat situ.

Dia kembali ke meja makan semula. Daus masih kekal di situ. Keluhan kasar diberikan.

"kau nak apa lagi?"soal Kirla geram.

"aku suka kau"Daus berterus terang. Riak menyampah terpapar diwajahnya. Dia kemudian berpaling memandang wajah Delima dan Imani yang sedang terkejut.

"kau gila ke?!!"soal Kirla dingin.

"aku tahu kau tak sayang suami kau..tu sebab aku berani."ujar Daus.

Kirla DelishaWhere stories live. Discover now