KETIKA hari pembedahan Warlin rasa berat hati ingin melepaskan Kirla. Tapi dia terpaksa. Kondisi Kirla dah semakin teruk sekarang.
"abang..sayang nak pesan kalau Ila dah tak sedar selepas pembedahan ni..tolong jagakan Danish dan Darwin elok-elok..bagi dia orang kasih sayang yang cukup..kalau abang perlu kahwin lain..kahwin lah..Ila izinkan."kata Kirla sayu. Dia dapat merasakan yang dia akan meninggalkan segalanya setelah pembedahan di jalankan.
"jangan cakap macam tu sayang..sayang perlu kuat untuk abang dan anak-anak kita..sayang adalah kekuatan abang dan sayang juga adalah kekuatan bagi anak-anak kita."Air mata perlahan-lahan menitis membasahi pipinya. Dia takut. Dia takut kalau-kalau ini adalah perpisahan buat kali keduanya bersama Kirla. Tapi perpisahan ini adalah perpisahan selama-lamanya.
"ibu..baba..Ila nak minta maaf sebab tipu ibu dengan baba..Ila tak sengaja..kalau ibu dengan baba berkecil hati Ila betul-betul minta maaf..kalau lah ini kata-kata terakhir dari Ila..Ila nak mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki..tolong doakan kebahagiaan Ila dekat akhirat nanti kalau Ila pergi."kata Kirla kepada Tan sri Idham dan Puan sri Syarifah.
Puan sri Syarifah sudah menitiskan air mata nya. Rasa sedih sungguh. Dah lah Kirla adalah anak perempuan tunggal dia. Selama 20 tahun dia menjaga dan memberi kasih sayang yang cukup buat wanita itu.
Tapi dia tak sangka sungguh yang Kirla mempunyai penyakit kronik. Dia rasa amat sedih bila melihat keadaan Kirla sebegitu parah.
Dia mula tahu mengenai penyakit Kirla bila Doktor Murni memberitahu kepadanya semalam. Pada mulanya ia susah untuk diterima. Tapi setelah sekian lama. Ia terpaksa menerima.
"abang.."seru Kirla. Khalif berpaling memandang wajah Kirla yang pucat itu.
"ye adik abang"jawab Khalif lembut. Kakinya melangkah lebih dekat dengan Kirla.
"tolong bahagiakan Doktor Murni tau..dah nak dekat lima tahun dia jaga Ila..kalau Ila tahu dia sakit siap abang."usik Kirla. Senyuman nakal diberikan.
"jangan mengada eh..abang gigit kejap lagi"marah Khalif. Muka yang malu ditahan.
"Ila dah ready?"soal Doktor Murni yang baru sahaja tiba bersama baju bedah. Senyuman diberikan pada ahli keluarga Kirla dan ahli keluarga Warlin.
"kak Murni"panggil Ila.
Doktor Murni pun mendekati Kirla.
"kalau lah Ila pergi selepas pembedahan atau masa pembedahan tolong berjanji satu benda dengan Ila boleh?".
Doktor Murni mengangguk.
"tolong jagakan abang elok-elok..dia ni selalu pelupa dan dia selalu malas nak pergi gym bila tak ada orang teman..jadi tolong ingatkan abang apa yang dia lupa dan tolong teman dia pergi gym selalu..dia dah gemuk tu"pesan Kirla. Sempat juga lah dia kutuk Khalif.
Doktor Murni mengangguk bersama senyuman nipis.
"Imani"seru Kirla.
Imani pun mendekati tubuh rakan baiknya itu. Air mata ditahan dari turun. Jiwanya diruntum pilu melihat Kirla terbaring dengan bibir yang pucat. Dia bagaikan menunggu malaikat maut mencabut nyawanya saja.
YOU ARE READING
Kirla Delisha
RomanceKisah ini menceritakan tentang seorang gadis yang dipaksa kawin dengan anak kepada kawan ayahnya sendiri. Jadi dengan keterpaksaan dia relakan saja. Jadi pada awal perkahwinannya dia mengharungi banyak dugaan sehinggakan dia dimasukkan ke dalam hosp...